Gua sebenarnya tak sempat nak tulis menda-menda 2010, tapi hari ni gua rasa gatal tangan nak tulis, kenapa tidak kan?
2010: Summary
-Bermula dengan memulakan karier baru yakni Copywriter. Malangnya lepas setahun karier masih belum lift off.
-Pertama kali dalam hidup, gua mengalami um..pengsan. Di tempat kerja, baik punya hentak dinding. Merasa gua kena tolak ke klinik pakai wheelchair. Rupanya paras gula rendah. Cam tak caya pulak. Pagi tu gua selamba je makan nasik goreng dengan teh o ais. Tak cukup gula mendanya. Doktor classify ni isolated case.The incident costed me almost RM600 (medical expenses) + RM 200 (glasses gua pecah aa). Gua syak ni adalah permulaan kepada insiden laik jugak iaitu vertigo.
-Pertama kali gua buat kerja gila dengan melancong ke sana sini secara berterusan, back to back. Setiap hujung minggu tiada di KL dan menghilang ke tempat lain. Redang-Thailand-Perhentian. Sudahnya gua jadi sedikit rentung. Takpe,puas hati dapat berjalan-jalan. Kat Redang dapat tengok hidupan laut (gua tak penah snorkeling seumur hidup gua,dan gua takut air hahahaha!), kat Thailand gua puas melalak lagu Metallica kat Hard Rock Pattaya dan melawat club err..well you don't want to know., kat Perhentian gua cari ketenangan dengan duduk ngadap laut and do nothing.
-Balik dari pecutian semua tu gua mula menghidap Vertigo yang berterusan sampai sekarang. Sekarang dah kurang sedikit, berkat semangat melawan yang masih bersisa.
-Setelah berhempas pulas (dicampur rasa malas), gua berjaya jugak dapatkan lesen, dengan menggunakan duit gua kumpul sendiri. Maaf, kereta tak disertakan sekali. Makanya gua kena kumpul lagi duit lah.[Peringatan untuk berusaha keras la ni sebenarnya]
-Dapat perform setelah bertahun-tahun tak perform. Kat One Cafe dengan band-band bermacam jenis macam Subculture, Qharinth, Tools and Trades etc.
-Belajar macam mana nak membeli stuff secara online. Hasilnya gua berjaya bid limited edition Eluvetie Evocation 1 dan juga purchase hoodie Eluveitie: Slania
-Berjaya mendapat CD straight dari Norway, iaitu Burzum dan Borknagar!
-Berpindah ke rumah sendiri setelah sekian lama mengidam tempat sendiri.
Honestly, semenjak bekerja ni gua takde la write down goals just like I used to. Agaknya tu 2010 agak terbarai dan takde hala tuju. Ah menda dah lepas.
No comments:
Post a Comment