A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Sunday, November 24, 2013

Hei, apa jadi?

Sebab busy dengan campaign baru. Tu aje. Sibuk sangat sampai diri sendiri pun tak terurus. Nanti ah gua update. Sekian.

Friday, August 2, 2013

Ramadan & Syawal: Untuk Mereka Yang Terlupa Pengertiannya

Masa mula-mula brainstorm untuk projek Ramadan/Raya tahun ni, gua lontarkan satu statement kepada creative team, "Puasa dan Raya sucks bila kita dah dewasa. Kita tengok dua-dua ni tak lebih daripada upacara yang kita nak cepat-cepat habiskan tanpa menikmati/mendalami ertinya. I wish I was still a kid so I can enjoy this once again". Setelah dicampur, digaul dengan segala jenis idea dan perisa. We came up with this integrated campaign/web films. Gua kena bagi kredit kepada the whole team for the amazing efforts. 

Kenapa Ramadan/Raya sangat bermakna untuk kanak-kanak? Sebab jiwa diorang suci and they can see right through it. Takde pretentious and shit. Just straight from their heart. Enjoy :)









Kemudian, datang brief baru untuk TVC Raya pulak. Gua sebenarnya mati akal. Raya tak menarik pada gua kecuali biskut chocolate chip dan daging dendeng mak gua. Lain daripada tu apa ada? Gua tak suka beraya. Gua tak suka ajak orang datang beraya. Pendek kata, Raya gua adalah Raya versi solitary. Lantas gua share kepada team sewaktu kami diskus tentang hala tuju TVC Raya. Tentang bagaimana seawal pagi Raya Pertama gua bersarapan pancake McD, kemudian naik LRT dari Ampang Park ke Kelana Jaya semata-mata nak buang masa, sambung maraton movie di KLCC sampai malam. Cerita gua mengundang rasa pelik, kenapa macam sekali raya awak? Tanya diorang. Gua jawab, I don't like people. Raya takde makna. Raya adalah masa untuk gua jauhkan diri daripada orang. I don't know what happened after that sebab gua terpaksa bahagi concentration dekat ongoing project yang lain. Gua tak tau la TVC ni berdasarkan cerita gua ke apa, tapi from some perspective it rings true. Kahkah macam perasan la pulak. But whatever. Macam mana? Nilaikan la.






Salam Aidilfitri!

Thursday, July 18, 2013

Jawapan Teragung

Ucop berkali-kali tengok jam tangannya. Bedebah, maki Ucop dalam hati. Ujian tengah tahun kali ni sememangnya susah, terutama Sains. Atau Ucop memang tak study langsung, entahlah.

Ada setengah jam lagi masa akan tamat. Bahagian subjektif Sains tingkatan 3 masih banyak yang lompang tak berisi.

Ni semua salah Shahrul Mansor, suruh aku training ragbi hari-hari sampai melepek, bengong! Ucop sempat menyalahkan jurulatih ragbinya. Sebab kepenatan training, Ucop selalu terlelap sewaktu prep lantas tak study.

Jari Ucop pantas memutar-mutar pen menulis sebelum tiba-tiba berhenti. Ucop genggam dengan kukuh. Tersenyum lebar.

Aku dah dapat jawapan kepada semua ni.

'Hanya Allah yang mengetahui jawapannya'

Ucop tonyoh jawapan kepada semua soalan yang belum terjawab. Ucop senyum dan berkata dalam hati, takkan cikgu nak kata jawapan ni salah pulak kan? Berani pulak dia nak lawan ketentuan Tuhan!

Ucop angkat tangan, serahkan kertas jawapan dan berlalu keluar puas. A yang solid dalam genggaman!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, March 28, 2013

Becoming the Voice

Recently, due to some changes happening at my workplace, I am roped in to help working on female brand. Being a real masculine (sans six pack and shits) I was at first reluctant to get involved. I was like hell no, that's just ridiculous. For the last a year and a half, I've been always working on telco brand and starting this year, banking but never, cosmetics products.

My pessimist self sees this as an attempt to sabotage my career, while my optimist self assures this is just another learning opportunity. But let's be serious, that shit is hard as fuck. But that's just another story.

Few days ago, as one of the effort to familiarize myself with the brand (or as the female Suits call it, initiation ceremony), I followed my mentor for a VO recording. And then, came the revelation.

I always like to spend time talking to my mentor in person, because she's kinda reminding me of my mother (minus the loud voice and all lol), friendly and like any mother, full of knowledge. I think she already knew my hesitation to help them and so I got pep talked during the journey back to the office. The conversation went more or less like this.

'Advertising ni kita boleh anggap tempat a gathering place of failed play writers, pelakon, and all. We have the ability to produce all play, drama, stories tapi most of us tak dapat realisasikan tu sebab...kekangan kerja. Saya nak buat buku tapi sampai sekarang tertangguh. Anyway, as a writer kamu kena assume macam-macam voice dan identiti. Variasi. Berubah ikut brand yang kita kerja. Kalau banking tone dia lain, telco lain, cosmetics lain. Bila menulis, kita bukan menulis apa yang kita nak, tapi kita jadi voice of the brand.'

That hit the spot. I mean I know that for a long time but I never really experience that myself, until now. Be the voice for them, not for yourself. Kalau nak syok sendiri, buat lagi novel. Tak pun jadi pemuisi 140pp Twitter.

I don't know how long I will get involved but now I see it as a blessing in disguise. An opportunity to learn. Might be good for my repo as well.

'Saya tunggu writer sorang lagi, entah bila nak surface. Asyik berenang je' she shot me a meaningful look.

I think its time to crack out the shell and fly. No more comfort zone and shit.

About damn time.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, March 24, 2013

Dilema...or rather misteri.






Damn right.

Thursday, January 31, 2013

Gua nak cakap tapi takpe tunggu dulu.

Sebenarnya gua tengah mengayuh kat gym ni. Waktu lunch pulak tu. Dan gua ada menda nak jot down sini. Tapi gua tunggu sampai malam esoklah.


Something big is about to happen.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 24, 2013

Duit: Tuhan untuk umat pasca-moden.

Gua sedang workout di gym sewaktu menulis ni.

Gua dapat rasakan keraguan mula bersarang dalam jiwa. Gua ada rasa goyang sikit.

Gua gembira dekat tempat kerja sekarang. In general, I've never feel better than this. Great place, great people and all. Senang cakap tempat ni takde masalah kepada gua.

Yang bermasalahnya adalah gua. Ya, that vernacular writer yang selalu duduk diam dan buat hal sendiri.

Gua rasa incompetent. Rasanya gua belum layak nak panggil diri gua Creative. Bila brainstorm gua hanya senyap. Even translation gua pun dah macam deteriorate. Crafting tak usah cakaplah.

Satu lagi, well... Don't get it wrong. Gua bukan ungrateful ke apa. Tapi gua mula dapat rasa gua perlukan duit yang lebih. Come on, gua dah lepas mid 20s, financial kena lebih stabil.

Jadi awal bulan hari tu gua hadiri satu test untuk kelayakan jadi freelancer satu company subtitling ni. Just for the sake of getting more money sambil mengekalkan day job yang ada. Gua sayang tempat sekarang, takde intention pun nak turn my back against them.

And then, a week has passed.

Gua dapat emel daripada seorang Creative Director satu agensi ni, bertanyakan sama ada gua minat ke tak nak try tempat dia. Now, sebelum ni ada juga HR daripada agensi lain tanya gua nak try ke tak, gua hanya emelkan CV je. Apparently dia tengah cari English writer,automatically gua tak minat. Anyway, yeah CD tu mesej gua mintak gua emel CV dan portfolio kepada dia. Gua cakap okey I'll email you soon. Macam biasa gua akan ignore 3,4 hari dulu. Entah apasal dia duk push tanya bila nak hantar la apa lagi semua. Pun gua buat tak tau lagi. Agaknya dia pun dah hilang sabar, dia mesej terus cakap suruh call dia untuk setup interview. Gua macam whoa ni dah kenapa camtu sekali.

Gua pun tak nak la kena pandang seorang sombong ke apa kan, gua pun emel la malam semalam semua. Haih cepat pulak dia reply. Damn.

I dunno man. Seriously kalau dia interested nak panggil gua interview pun gua dah okay dah. At least gua tau nilai gua dalam scene (sesuai ke pakai term scene advertising?Well,advertising industry lagi ok kot) berapa camne kan. Gua pun nak tengok demand gua tu masuk akal ke tak. Now gua tak nak cakap la kemungkinan untuk nail it tu macam mana ke apa. Honestly, priority gua adalah duit buat masa ni. Tapi kadang-kadang gua terfikir jugak recognition pun penting jugak. Shit.

Okay ni tak sepatutnya jadi dilema. Gua patut senyum! But please, more money! Also, gua patut berusaha lebih!

Haih. Okay gua dah habis berkayuh. Gua nak mandi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Related Posts with Thumbnails