A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Showing posts with label Retrospect(s). Show all posts
Showing posts with label Retrospect(s). Show all posts

Friday, August 2, 2013

Ramadan & Syawal: Untuk Mereka Yang Terlupa Pengertiannya

Masa mula-mula brainstorm untuk projek Ramadan/Raya tahun ni, gua lontarkan satu statement kepada creative team, "Puasa dan Raya sucks bila kita dah dewasa. Kita tengok dua-dua ni tak lebih daripada upacara yang kita nak cepat-cepat habiskan tanpa menikmati/mendalami ertinya. I wish I was still a kid so I can enjoy this once again". Setelah dicampur, digaul dengan segala jenis idea dan perisa. We came up with this integrated campaign/web films. Gua kena bagi kredit kepada the whole team for the amazing efforts. 

Kenapa Ramadan/Raya sangat bermakna untuk kanak-kanak? Sebab jiwa diorang suci and they can see right through it. Takde pretentious and shit. Just straight from their heart. Enjoy :)









Kemudian, datang brief baru untuk TVC Raya pulak. Gua sebenarnya mati akal. Raya tak menarik pada gua kecuali biskut chocolate chip dan daging dendeng mak gua. Lain daripada tu apa ada? Gua tak suka beraya. Gua tak suka ajak orang datang beraya. Pendek kata, Raya gua adalah Raya versi solitary. Lantas gua share kepada team sewaktu kami diskus tentang hala tuju TVC Raya. Tentang bagaimana seawal pagi Raya Pertama gua bersarapan pancake McD, kemudian naik LRT dari Ampang Park ke Kelana Jaya semata-mata nak buang masa, sambung maraton movie di KLCC sampai malam. Cerita gua mengundang rasa pelik, kenapa macam sekali raya awak? Tanya diorang. Gua jawab, I don't like people. Raya takde makna. Raya adalah masa untuk gua jauhkan diri daripada orang. I don't know what happened after that sebab gua terpaksa bahagi concentration dekat ongoing project yang lain. Gua tak tau la TVC ni berdasarkan cerita gua ke apa, tapi from some perspective it rings true. Kahkah macam perasan la pulak. But whatever. Macam mana? Nilaikan la.






Salam Aidilfitri!

Monday, December 31, 2012

2012: A Year in Review

Hari ni hari Sabtu (actually dah Isnin, 3 hari gua amik nak siapkan post ni). Beberapa hari lagi sebelum 2012 melabuhkan tirainya, dan 2013 datang menyapa...cey mukadimah kahkah.

Gua amik keputusan untuk review apa yang jadi, apa yang tercapai, apa yang gagal dan macam-macam lagi untuk tahun 2012.

Pencapaian

- Beberapa hari sebelum 2011 tamat, gua rasa dalam 27 Disember macam tu. Gua dapat panggilan daripada ECD tempat kerja gua sekarang. I nailed it. Mereka tawarkan gua kerja dekat situ. Boom. Sebenarnya gua tak expect nak dapat, tapi pada masa yang sama gua terdesak nak duit..maksud gua, kerja sebab dah 3 bulan menganggur. Syukur. 'We want to offer you the job' masa tu gua pekup muka kat bantal pastu jerit puas-puas sebelum sambung perbualan, acah-acah calm and collected. Awesome.



- Sambutan Tahun Baru kononnya nak lain daripada sebelum ni (sebenarnya gua tak ingat bila last gua chill sambut tahun baru sebab rasa pointless) disebabkan gua dapat kerja baru tambahan pula buddies gua ajak chill jadi gua macam okey jom. So uh, nak kata sambutannya disaster tak jugak, nak kata it went well pun jauh sekali. Actually we went to top of Genting Highlands, sebab buddy gua cakap ada fireworks show. Yeah right. Gerak naik pukul 10 malam, lu tau je padahnya camne. Jam packed dengan kereta ditinggalkan tepi jalan, and we actually had to walk all the way to the top. It was stupid, for some reason kami gelak gelak gelak sampai atas. Crazy shit. And then makan McD. What the hell sial hahahaha. Nak makan McD baik chill kat KL je. And then around 2 am nak turun KL balik, visibility was near zero dengan kabus tebal. Jawabnya tidur dalam King, panggilan kepada kenderaan buddy gua ni. Sampai pukul 5 pagi baru turun. Hilarious.

- New workplace. A dream come true sebenarnya sebab gua dah bertahun-tahun berangan nak sertai agensi pengiklanan antarabangsa (tanpa narrow down kepada mana-mana agensi) dan merasai macam mana jadi copywriter sebenar. Awesome place, awesome people, awesome location (walaupun sebenarnya gua harap dekat tengah-tengah KL haha) and awesome brands to work with. Secara kasarnya, gua jadi bayi balik, bertatih macam mana nak mula, jadi newbie dengan kesilapan bangang and shit. All is well.



- Gua travel ke luar negara untuk kali ke 2, ke negara yang sama. Thailand, tapi kali ni ke Chiang Mai dengan seluruh pejabat. Yeaahaaay! Sakit jugak bontot travel ke utara ni, kena tukar flight lagi la hape. Overall it was okey sebab ni kali ke 2 pergi Thai. Yang gua perasan kelainan dia, Chiang Mai ni sejuk sikit, walaupun pukul 10 pagi hawa dingin terasa lagi. Syok. Ciki-ciki sana pun lawa-lawa even yang terserempak kat tepi jalan. Srs. Tour guide cakap orang Chiang Mai ni banyak bercampur dengan orang border jadi diorang rupa lain sikit dari Bangkok ke Pattaya ke. Selain daripada tu takde la keji macam Pattaya yang infested dengan beer bars, hooker tepi pantai dan kelab bogel. Actually gua pusing gak cari kelab bogel sana, tadak pun. Chiang Mai basically macam pekan yang chill je. Gua cuma ada masalah nak cari makanan yang halal. Ada sekali tu dah lapar gila gua makan je ayam, tah halal tah idak. Adoi. Lepas tu balik hotel gua pusing jumpa pulak gerai Muslim, jual beriyani lak tu. Ya tuhan sedapnyaaaaaaaaaa. Bila malam gua pusing market sana, tengok barang-barang etnik, chill usha-usha orang sana, naik teksi trak (diorang panggil red cab). Ada sekali tu member gua tertinggal phone Galaxy S2 dia dalam trak teksi ni, berkicap gak la kejar. Macam dalam movie sial bila gua tahan teksi lain pastu jerit kat cabbie tu ' Follow that truck cab, now!'. Gila babi bayar campak duit je pastu lompat keluar berlari cari trak yang kawan gua tertinggal phone tu. Dapat gak jumpa, apparently cabbie tu jumpa S2 tu and decide simpankan sampai kawan gua cari dia. Jujur aih. Bagus.

Selain chill dan melawat tempat-tempat yang menarik macam Bee Farm (ah dah pergi dah dulu), Sanctuary gajah (ini awesome dapat naik gajah, redah sungai, naik ox cart dan dapat makan halal food!), naik temple atas bukit sampai putus nafas, dinner sampai semua mabuk rabak and all, kami ada team building kat sana. Gua ingat LDK ke apa ke. Rupanya cooking competition, kat cooking school. Awesome, srs. Merasa gak la main api bagai, masak macam-macam. Group gua dapat nombor dua, buhaha bangga sungguh. Also dapat tengok mereka-mereka yang selama ni berkicap kerja kat pejabat tapi sebenarnya terer masak. Oh syok.



Satu perkara yang gua perasan sepanjang berada kat Chiang Mai, asal bas berenti je mana-mana gua mesti terkial-kial cari toilet nak melepas. Member gua pun perasan menda ni, dia cakap gua macam binatang tanda kawasan kahkah. Srs weh. It went well, generally speaking.



- Gua bikin makan tour ke Penang. Sebuah perjalanan yang dirancang last minute, bawak duit cukup-cukup dan pakaian seminima mungkin dengan hanya satu tujuan: makan sampai tergolek. Turned out ia antara journey terbaik tahun ni. Gua tak peduli apa pun, gua datang hanya nak makan makan makan pastu balik. Dari nasik kandar Line Clear, ke cendol popular Teochew, melantak kat Padang Brown, melahap kat Zul's Burger (bersaiz epik) sampailah melawat Toy Museum, huuu tersengih memanjang. Gua pun sempat chill dengan co-editor webzine gua masa kat Penang. Awesome. Sebelum berangkat balik KL, kami naik Bukit Bendera yang sebenarnya dah takde apa pun. Cable car sekarang dah canggih macam LRT, berdesup je naik atas.



- Sekitar Mei, gua attend KL Metalcamp. Gua sebenarnya dah malas nak attend gig, banyak la sebabnya. Satu, One Cafe dah tutup, rasa macam dah tak syok datang gig nak chill kat venue. Dua, sebab gua rasa gua dah tak relevan ah nak tengok gig. Tapi gua turun Metalcamp (siap beli pre-sale ticket!) sebab lagenda crossover DRI dan band death metal kental Hate Eternal mari! Power gila! Hate Eternal punya set punya la berdesing sampai blackout venue kahkah! Sempat jugak la chill dengan kawan-kawan scene dengan mereka yang gua selama ni kenal online saja. Awesome.




- Awal Julai, segala rasa risau gua terjawab bila menerima surat pengesahan sebagai staf tetap kat agensi ni (juga dengan gaji dinaikkan sedikit, syukur). 6 bulan hidup dalam ketakutan, ye lah mana tahu peristiwa kat NSTP berulang. Gua tak sanggup nak hadapi menda yang sama, seriously.

- Rockaway tahun ni power gila. Dapat jugak gua tengok Max Cavalera depan mata, walaupun sebenarnya gua tak minat pun sangat dari zaman dia kat Sepultura ke Nail Bomb ke Cavalera Conspiracy ke Soulfly ke. Gua sebenarnya ditawarkan untuk interview Unearth sempena konsert ni tapi disebabkan gua takde knowledge langsung pasal band ni (gua siap ingat Unearth tu Earth Crisis, punya la bangang) gua tolak la untuk elak daripada malu sendiri. Stellar concert, cuma gua berbulu dengan harga air dan makan yang melambung tinggi. Amenda Coke sampai RM5? Tahap-tahap beer dah tu.



- Barangkali pencapaian/perubahan besar gua pernah dalam hidup gua setakat ni. Gua enrol gym. Serius. Berbekalkan rasa tak senang hati melihat kawan sekolah gua meninggal akibat kemalangan, gua terfikir life is short. Jangan sebab salah sendiri (tak jaga makan, jadi gemuk gila dan berpenyakit) gua mati. What a waste. Mati itu pasti, tapi tak jaga diri sama erti dengan menzalimi diri sendiri. So far progres adalah bagus. Gua belajar mendisiplinkan diri, jaga makan, kuatkan willpower and shits. So far dah hilang 12 kilogram dalam tempoh hampir 3 bulan, Gua memang progres lembab tapi asalkan ada perubahan itu dah cukup bagus bagi pesimis seperti gua.



- Bila Dark Funeral umur mereka nak tour Malaysia, gua tak hairan sangat. Dark Funeral adalah band black metal yang cool tapi bukan dalam liga band yang gua into sangat. Tapi bila tour mereka dibatalkan dan mereka kena rip off gua pun terasa kesian dengan mereka dan baran dengan organizer. Kemudian gua di offer untuk turut serta interview diorang sebelum diorang balik Sweden. Cool beans! So gua dapat spend dekat sejam borak/interview dengan mereka kat Campbell. Nice.



- Macam biasa gua memang selalu beli releases daripada band-band gua minat. Tahun ni highlightnya adalah Eluveitie- Helvetios, Nile - At the Gates of Sethu dan Eluveitie - The Early Years, semuanya didatangkan dengan t shirt yeaaahayyy! Juga beberapa releases tempatan dan non metal gua sempat sambar tahun ni.





- Entah macam mana gua jadi minat nak cuba memasak. Ni semua jadi lepas gua selalu buntu nak makan apa lepas balik kerja dan jugak disebabkan berhati-hati dengan kalori intake gua. Jadi gua mula rajin google recipe la tengok video kat Youtube la tanya sana-sini. Dalam masa terdekat gua nak beli dapur yang lebih mantap.




- Dapat attend Kancil Awards buat pertama kalinya. Malang sekali gua tak submit apa-apa. Oh. Sedikit kecewa agensi gua gagal pertahankan kedudukan macam tahun lepas. Mmm-hmm.



Tak tercapai

- Hajat untuk memiliki kenderaan sendiri masih belum tercapai sungguhpun simpanan dah cukup menjelang pertengahan 2012. Gua risau. Hati gua kata 'jangan, belum masa lagi'. Setakat ni hati/intuisi gua tak pernah salah lagi. Jadi gua ikut kata hati. Yang sebenarnya komitmen bulanan yang merunsingkan gua. Banyak benda nak bayar sana sini bil itu ini. Gua risau gua tak mampu save duit, itu yang membantutkan hajat besar ni. Jadi gua chill aje. Balik lewat dari ofis 3,4 pagi pun selamba naik cab, nasib baik boleh claim. Sama la halnya kalau pergi recording kat studio yang jauh dari jalan utama tu. Redah je ngan cab. Pegi balik keja naik LRT. Setel.




- Gua berhajat nak beli meja study dan rak buku. Siap dah survey kat Ikea. Bila dah pendam lama-lama gua jadi malas dan lupa. Sekarang pun malas. Rasa macam bodoh aje tak beli disebabkan malas.

- Masih gagal memahami emosi dan manusia lain (baca: wanita). Dari segi kehidupan romantik, ia seperti pekan koboi. Yang sepi kebanyakan masa dan hanya ada aksi sekali-sekala. Ada beberapa wanita yang gua sempat keluar bersama (kalau itu boleh dipanggil ritual courting/dating) tapi haram takde satu pun melekat. Sama ada gua terlalu hodoh, takde perasaan, tak reti main peranan atau bebal bertimpa-timpa, gua sendiri pun tak tahu. Impak paling kuat adalah gadis dari Shah Alam, yang ended abruptly. Gua pun tak tahu apasal tah. Wanita, spesies yang lagi tricky dari memahami seekor panda. Salah satu faktor menyumbang kepada kegagalan ini adalah tendency gua untuk over analyze segala menda, mungkin. Takpe. Kita cuba lagi lain masa.




Overall, tahun ini masih macam roller coaster macam sebelum ini, albeit tak berapa chaotic sangat. Banyak benda gua pelajari dan rasanya ada laaa matang sikit. Wise to the game, kata orang putih. Ada hit dan miss, ada yang tak diduga ada yang dah boleh agak. Can't wait too see what's there for me in 2013.

Selamat Tahun Baru. Moga 2013 membawa kita semua ke satu tahap yang lebih baik!


Saturday, April 7, 2012

Surat yang Gagal

Gua sepatutnya menghabiskan review Helvetios di DtE, tapi rasa nak menulis serius masih belum mari. Gua rasa nak post e-mail yang gua hantar kepada ECD-ECD dan bahagian HR agensi periklanan seluruh KL dalam usaha mencari kerja setelah menganggur dekat 3 bulan pada penghujung tahun lepas. Gua baca balik, gua rasa macam kelakar dengan cerita yang gua concoct sendiri dengan perisa exaggerate..yang Tuhan je tahu merapunya macam mana. Dan juga, memang ada sense of desperation dalam semua e-mail yang dihantar. Memanglah, out of job kot. Malangnya, e-mail ni langsung tak dapat balasan dari mana-mana agensi kecuali Lucideas. Sebab apa gua pun tak boleh teka tapi tekaan gua:


a. Masuk inbox terus kena delete, terlalu merepek untuk jadi sebuah permohonan kerja
b. Dianggap sebagai prank menjelang hujung tahun
c. Diterima, tetapi diforward kepada semua orang dalam senarai e-mail dengan tajuk For the LULZ: Dumbest Job Application Ever!!!111 kemudian lupa tujuan asal e-mail diterima


Strategi memancing simpati ini (lu orang baca nanti lu orang akan faham) mungkin tak berjaya disebabkan terlalu poyo dan bebal untuk dikira kreatif dalam standard dunia advertising, tapi e-mail ni mencerminkan betapa terdesaknya gua waktu itu. Selamat bergelak dan memaki. Untuk sebab tertentu gua sembunyikan beberapa details untuk jaga privasi gua kehkeh.



Ke hadapan tuan/puan,
Saya mengutus e-mel ini daripada sebuah lokasi yang jauh dari ibu kota. Jauh dari hubungan dunia luar, tiada elektrik, tiada bekalan air bersih, tiada apa. Dalam erti kata lain, saya sedang off grid.
Beberapa bulan yang lepas  saya adalah seperti individu lain di Kuala Lumpur, sibuk mencari rezeki 5 hari seminggu. Setelah setahun berkhidmat untuk sebuah syarikat korporat gergasi Malaysia, saya mengambil keputusan yang paling mengejutkan.  Meletak jawatan.
Saya meletak jawatan setelah saya mendapati saya sebenarnya tidak gembira dengan apa saya lakukan, dan saya ingin kembali kepada minat asal saya iaitu menulis iklan. Keputusan yang saya ambil ini pun disebabkan saya ingin keluar dari zon selesa yang saya bina sendiri, dan saya yakin destinasi saya yang seterusnya adalah menjadi penulis iklan.
Saya berada off grid pun kerana menjalankan soul searching untuk berfikir sama ada keputusan saya meletak jawatan dan menulis kepada Tuan/Puan adalah satu langkah yang bijak atau sebaliknya (selain daripada membuat scam ads berpuluh-puluh jumlahnya untuk portfolio saya).  Akhirnya pagi ini, saya bangkit dari tidur dan intuisi saya meyakinkan langkah pertama untuk mencapai cita-cita saya adalah menulis kepada Tuan/Puan. Maaf, saya ingin sekali menulis dengan panjang lebar, tapi barangkali adalah lebih baik untuk sekiranya saya sendiri datang bertemu Tuan/Puan dan bercerita panjang mengenai minat saya untuk mencuba nasib saya menjadi penulis iklan bahasa Melayu di [nama agensi periklanan].
Saya masih off grid tetapi saya kembali ke ibu kota sekiranya keadaan memerlukan. Tuan/Puan, besarlah hati saya sekiranya niat saya untuk bertemu dengan Tuan/Puan untuk berbincang panjang lebar dan mengulas portfolio milik saya (sekiranya boleh). Saya boleh dihubungi melalui berikut :
telefon bimbit: [ ]
BBM:[ ] 
e-mel: [ ]

[nama gua]

Disertakan: Resume dan contoh hasil kerja



Ada masa nanti gua letak sebuah scam print ad diinspirasi daripada Fight Club. Orang yang pernah baca scam tu kebanyakkan tak menggemarinya tapi personally gua rasa tu hasil penulisan gua yang paling lucu..dan merepek.

Friday, December 16, 2011

Teh O kaw

Prep malam tu Ucop rasa letih sangat. Berapa kali dah sejak prep malam mula pada 8.00 dia asyik tersengguk-sengguk di meja. Latihan Geografi entah ke mana pergi, bersepah-sepah tulisan tanda dia memang separuh sedar nak siapkan kerja. Ini semua training ragbi la tadi ni, keluh Ucop sambil lap muka bila Fawwaz tanya kenapa dia macam tak fokus.

Ucop cuba ke tandas, jalan terhuyung-hayang hampir melanggar meja Fazlin yang terletak dekat pintu. " Ei bongok tau kau ni, mata letak mana!" jeritan nada tinggi Fazlin menggegar gegendang telinga Ucop. Malas dah nak cakap maaf, dalam kepala Ucop dia nak basuh muka dan lepak kejap depan kolam Taman Sains. Penat gila sial, bebel Ucop sorang-sorang.

Ucop ambil keputusan untuk tidur saja kat meja sampai habis prep. Melampau betul ni. Nasib baik prep berbaki lagi setengah jam, jadi Cikgu Samsudin takkan meronda blok akademik untuk merotan budak-budak nakal tuang prep. Cukup masa Ucop kemas barang dan paksa diri pulang ke bilik. Dalam kepala dia hanya  nak tidur. Isyak ke mana, gosok gigi pun entah ke mana. Dia baru je nak melangkah tangga naik ke bilik tiba-tiba terdengar namanya dipanggil dengan nada paling biadab. Ah celaka, Arshad nak apa ni, bisik Ucop.

Arshad berdiri di balkoni memegang botol kosong. "Oi Ucop, tolong aku amik teh o kat dewan makan!" laung Arshad melayangkan sebuah botol kosong untuk disambut Ucop. Nama je tolong tapi lebih kepada arahan. Ingkar bererti Ucop akan tidur dengan perut yang senak. Ucop jadi sakit hati, sudahlah mengantuk lepas tu kena pegi isikan air untuk Arshad pulak. Babi! Maki Ucop bertalu-talu.

Dewan Makan masih penuh. Pelajar lelaki dan perempuan masih melepak menikmati milo panas (yang cair, mengikut standard mamak) bertemankan karipap kentang. Ucop tiada selera malam tu. Katil! Katil! Katil! Jeritan batin Ucop bergema dalam jiwa Ucop. Tangkas dia mengisi botol kosong dengan Teh o di tong minuman ketiga. Usai penuh botol, cepat-cepat Ucop melangkah keluar dari Dewan Makan. dan ambil shortcut untuk ke bilik Arshad. Apabila Ucop melintasi tandas tingkat bawah, akal jahat berbisik kepada Ucop.

'Abang, nah Teh O. Saya letak kat loker abang ye' lembut Ucop bersuara dengan pantas dia letak botol tu dan terus blah ke bilik dia, tersengih. Arshad tengah sibuk meniru kerja rumah Fizik bingkas bangun menuju ke loker dan mengelek botol Teh O ke birai katil. "Peh, layan sial minum teh sambil buat homework, eh aku tiru bukan buat sebenarnya' lantas mengekek gelak terhadap jenaka sendiri.

Ucop pun berderai gelak di biliknya sampai menekup bantal ke muka untuk cover ketawa dia yang tersedu-sedu macam badak beranak. Bodoh Arshad, rasa aku punya Teh O kencing! Sedap tak kahkah! Ucop membetulkan kedudukan penisnya lantas menarik selimut untuk tidur.

Saturday, November 19, 2011

Sentimen anti-Budin

Ucop memang tak puas hati dengan Budin, supervisor Dewan Makan. Lelaki keding laksana penagih dadah tu seringkali maki penghuni hostel tanpa sebab bila tiba waktu makan. Sebenarnya bukan Ucop sorang rasa camtu. Sentimen anti-Budin memang dikongsi seluruh pelusuk asrama. Ucop pernah dengar pelajar form 4 merancang nak bakar Dewan Makan, tapi biasalah cakap orang masa hormon tengah naik mana boleh percaya sangat.

Hari tu hari Rabu, makan malam selalunya disajikan ayam masak merah dengan sayur kubis masak lemak. Lepas selesai solat Maghrib berjemaah, seluruh penghuni berpusu-pusu menuju ke Dewan Makan untuk makan malam sebelum menjalani prep malam. Macam biasalah tunggu semua dah duduk, baru Mazli si ketua surau bacakan doa makan. Tak semena-mena Budin mula balik perangai dia. Terjerit sana-sini entah kenapa. Nak kata budak-budak riot takde jugak. Ucop malas nak layan jadi dia tenung aje lauk ayam masak merah tu dengan berselera. Fawwaz kat sebelah dia dah mula cuit-cuit sikit ayam. Si gemuk ni mana reti sabar, getus hati Ucop.

"Weh Ucop, kau rasa mana satu lauk aku patut habiskan dulu ah?" tanya Fawwaz sambil hisap jari-jarinya yang comot disaluti kuah ayam masak merah. Ucop malas nak layan perangai Fawwaz, baru aje bukak mulut nak jawab apabila tiba-tiba elektrik terpadam.

Jeritan gadis-gadis bergema. Itu Ucop dah biasa dengar. Tapi yang dia tak biasa dengar adalah bunyi benda lembik menghentam tempat keras bertalu-talu. Kepishhkk!Kepekkk!Splattt!Bhishkkk!Blerppp! Ucop cuak jugak kalau tiba-tiba ada orang main tikam-tikam dalam gelap ni. Kang jadi kes polis Ucop malas nak terlibat. Fawwaz, dah memang dasar penakut awal-awal dah pegang lengan Ucop.

Tanggg! Bunyi pelantik kotak fius utama terpasang semula. Dewan Makan kembali terang. Kat tengah-tengah Dewan Makan, Budin berdiri tegak. Diam laksana patung. Seluruh badan Budin dihujani pisang lenyek, cebisan tembikai, dua tiga ketul potongan ayam melekat kat bahu, juraian kobis menitis dari rambut Budin dan baju serta seluar Budin basah dengan kuah ayam masak merah. Seluruh isi Dewan Makan bergegar dengan gelak. Nampaknya Budin dah terima akibatnya. Masalahnya, siapa punya kerja? Mesti dalam gelap tadi ada kutu yang buat kerja keji ni.

Esoknya, Budin terus letak jawatan dan balik kampung.

Saturday, October 29, 2011

Keputusan penting demi masa depan

Ucop masih tak boleh terima hakikat yang baru berlaku 30 minit tadi. Dada Ucop rasa nak meletup. Dia berlari ke tandas dan mengurung diri sorang-sorang. Babi! Maki ucop sendiri. Ucop rasa takut. Macam nak nangis. Tiba-tiba entah macam mana dia termonolog pulak dalam kubikel jamban duduk tu.

"Apa kau nak dari aku ha? Aku cuma nak hidup dengan tenang! Aku datang sekolah ni nak belajar, bukan untuk benda lain! Jangan cuba nak buat aku terpesong. Ini semua godaan syaitan! Setan! Jawab la sial!" sebelum disambut dengan simbahan air dari kubikel sebelah. "Pukimak, dalam jamban pun nak buat perangai, bodoh!" jeritan kedengaran dari kubikel sebelah disusuli bunyi zip ditarik kuat. Ucop terdiam. Lepas itu dia kuatkan semangat dan keluar dari kubikel tu dan keluar tandas dan menuju ke suatu destinasi.

Ucop berkali-kali ingatkan diri dia yang keputusan ni sangat penting untk masa depan dia. Dia mesti laksanakan jugak. Ucop berhenti di kolam Taman Sains yang nyata berkeladak dengan lumut. Ucop tarik nafas dalam-dalam "Saya tak nak jadi adik angkat akak sebab saya kena tumpukan perhatian kat pelajaran. Ni semua buang masa." Lega jugak akhirnya. Senior perempuan form 4 overweight yang mendengar kata-kata Ucop, antara lain hobinya kumpul adik angkat terus berubah muka, lantas berlari pulang ke hostel dengan air mata bercucuran. Hari ini, satu lagi insan di sekolah tu terselamat dari menjadi mangsa trend adik/akak angkat. Syukur.


Sunday, October 23, 2011

Tragedi Bilik Basuh

Malam tu, malam Sabtu. Prep malam memang tiada di hujung minggu. Kebanyakan pelajar menjalani aktiviti bebas selepas waktu Isyak tak kiralah membasuh baju ke, diskusi keagamaan di belakang surau, melahap nasi goreng di kantin (hanya berharga 70 sen, lazat!), termasuk berlari-lari bebas memanjat pagar menuju kebebasan dunia luar (juga dikenali sebagai fly). Ucop, hanyalah berusia 14 tahun waktu itu, yang dia tahu hanya belajar, belajar dan belajar. Tiada istilah serong dari tujuan asal dia datang ke sekolah berasrama penuh tu sekalipun di hujung tahun yang sama dia mula mengenali nikmat fly ke cyber cafe untuk bermain CS dan menonton porno.

Ucop selepas waktu Isyak, bersiap-siap turun ke kampus akademik dengan berpakaian baju Melayu dan berseluar slack beserta kopiah putih. Niatnya cuma satu, tugasan sains Cikgu Mazwin mesti disiapkan malam tu jugak beserta membuat latihan Matematik, sebab ujian bulanan terbaru dia hampir terjerumus ke gred C. Ucop malu. Ucop mesti tebus kembali maruahnya. Dia nak menyaingi Sarah, budak pandai dalam kelas beliau. Mana tahu Sarah mula bagi perhatian kat dia pulak, bonus okay!

"Coppp! Pegi mana?" jerit sekumpulan budak berpakaian sukan kepada Ucop yang tengah menuruni tangga tonggek (dikenali dengan nama sebegitu kerana kadar kecuramannya menjadikan sesiapa yang menaiki dan menuruni sedikit menongkat punggung, justeru tonggek). Ucop berpusing menghadap suara tersebut, "Ahh abang Khalid, abang Fariz, abang Acap, saya nak pergi kelas buat kerja sekolah la" sambil menguntum senyuman kepada kumpulan pelajar senior tingkatan 4 itu. "Ala Ucop jom lah main badminton seround dua, karang-karang buatlah kerja tu" tukas Fariz yang juga dikenali sebagai Wok, lantaran nama neneknya yang aneh lantas menjadi bahan cercaan kawan-kawan sebaya. 'Sori la bang, next week boleh? Kerja banyak sangat lah", tolak Ucop dengan sopan. Silap gaya boleh kena settle kalau tone suara macam biadap. Di sini, semuanya kena hormat. Jangan nak tunjuk hardcore, kelak memang selalu kena hukum, walaupun tak beri salam.

Kelas kosong, barangkali ramai yang pergi menonton filem bootleg di bilik Telesidang di bawah. Malam tu Cikgu Rahmat tayang filem The Crow, pakai VCD cinema copy lepas itu mengenakan bayaran RM2, jadi mungkin ramai yang berhimpit tengok dekat bilik tu. Ucop duduk dan membuka buku latihan dan mula menulis.Sains tingkatan dua sangat memberi tekanan. Ucop selalu berangan untuk cepat-cepat naik tingkatan tiga supaya dia boleh terus belajar tentang bab 1 Sains tingkatan tiga. Terlalu banyak misteri yang mengelilingi chapter tu, kena pula diajar oleh Puan Zaleha yang berdada besar dan seksi..."Ucop!" lamunannya mati dengan tiba-tiba oleh jeritan Fawwaz. "Apa?" pendek balasan Ucop, marah sebab fantasinya melayang tak pasal-pasal. "Abang Acad panggil kau, katanya ada menda penting", beritahu Fawwaz sambil membetulkan cermin matanya. Ucop mengeluh, ni mesti tak suruh ambik air kat water cooler, mesti suruh buatkan homework fizik. Dia tau sangat perangai pemalas si Arshad tu.

"Kau cakap la dengan dia aku ada kerja la" balas Ucop lepas lama berfikir. Fawwaz jadi sikit baran, nak relay mesej ke sana sini bukan kerja yang seronok! Lagi pulak nak naik tangga tonggek tu, "Wei aku penat la nak ulang alik, kau naik la cakap sendiri" lantas terus berpusing keluar dari kelas. Babi! Maki Ucop dalam hati. Dengan hati yang berat dia mengemas barang dan menutup lampu serta kipas dan menuju semula ke hostel. Waktu minum malam dah hampir, Ucop agak mesti Arshad suruh dia ambil sepinggan kuih dengan sejag Milo. Lepas perlahan-lahan mengelak melalui zon larangan antara blok A dan B, Ucop akhirnya tiba di bilik Arshad.

"Abang panggil?" tegur Ucop. Arshad sedang baring di atas katil sambil mendengar walkman. Kelihatan cover kaset Cradle of Filth bertaburan di sebelahnya."Ucop, tolong aku okay?" bunyi macam meminta pertolongan tapi hakikatnya lebih kepada arahan. Ucop mendengus perlahan, "okay, apa dia?". Arshad menunjukkan sehelai uniform sekolah tergantung di tepi tingkap. Ucop faham dah, suruh basuhlah tu. "Nah tangkap!" Arshad lemparkan sebuku sabun basuh. Ucop letakkan buku dan tukar baju lantas menuju ke bilik membasuh. Dalam hatinya memaki hamun Arshad. Baju sehelai pun kau tak nak basuh! Pemalas! Sial! Badan penuh panau! Aku doakan kau fail SPM! Begitulah yang selalu didoakan oleh budak junior kalau dibuli oleh senior yang bad ass.

Bilik membasuh lengang. Hairan tapi mungkin semua pergi minum dekat dewan makan kot. Ucop mula membasahkan uniform Arshad yang berdaki dan masam tu. Sial ni tak reti bersihkan badan ke, tanya Ucop sorang-sorang. Baru saja dia nak tenyeh sabun dan mula memberus, satu idea jahat timbul. Ucop londehkan seluar dan terseringai puas. Lepas tu Ucop kasi kibas sikit lebih kurang terus bawak balik bilik Acad terus jemurkan kat tingkap. Arshad si bangang pulak sibuk layan Cradle of Filth dan tak peduli nak periksa baju dia tu.


Hari Isnin, waktu pengetua tengah berucap, Ucop usha Acad dekat line student form 5 sana. Kelihatan Acad asyik tergaru-garu tak tentu hala. Ucop senyum dan berkata dalam hati, beracun jugak kencing aku ni. Sejak daripada tu, Acad tak kacau lagi Ucop.


Friday, September 16, 2011

Zon terlarang antara blok A dan B

Ucop memang skeptikal sedari kecil. Hantu setan momok hatta UFO memang dia tak percaya langsung. tapi Ultraman (terutamanya Ace, sebab khunsa) dan Satria Baja Hitam dia percaya pulak wujud. Sikap tak percaya perkara-perkara aneh dan pelik ni terbawa-bawa sampai Ucop masuk ke sekolah berasrama penuh. Minggu pertama orientasi, waktu assembly* di hostel yang dianjurkan oleh senior tingkatan 4 (dan jugak segelintir tingkatan 3 yang terasa gangster)mengingatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 agar tidak sesekali melalui kawasan lapang berumput di antara blok A dan B. Fawwaz, budak katil sebelah Ucop, memang jenis suka bertanya sekonyong-konyong tu jugak melayangkan pertanyaan ' abang, kenapa pulak kitorang tableh lalu?', yang merupakan satu taboo dalam assembly, yakni tak boleh bertanya sebelum sesi tamat. Selepas disauk barang sepenumbuk dua ke perut, barulah Fawwaz mendapat jawapan.

"Sebab kat kawasan tu ada UFO waktu malam" jawapan yang buat semua junior dalam bilik tu terkedu dan telan air liur. "Kitorang sayang korang, kitorang tanak korang kena apa-apa okay" jelas senior yang badan paling berketul tu, dengan nada abang kawasan. Semenjak arahan tu dikeluarkan, takde seorang pun budak tingkatan satu lalu kawasan berumput tu, malahan kawasan blok A dan B. Takut punya pasal. Tepat pukul 11 malam semua dah siap berkelubung dalam selimut kat katil masing-masing. Mana-mana yang nak kencing tu kena berteman, mana yang lapar nak snacking tengah malam kenalah bertahan sampai esok.

Ucop tak puas hati. Dia mana percaya UFO semua ni, dia rasa dia nak buktikan kata-kata senior tu salah. Malahan dia berazam nak buktikan senior yang bajet tough malam semalam tu sebenarnya penakut. Malam tu lepas prep Ucop usha-usha kawasan yang dikatakan selalu ada UFO tu. Takde apa-apa pun. Ucop kumpulkan keberanian sebelum melangkah ke kawasan berumput tu. Sekali. Takde apa-apa. Ucop ronda lagi.

Bunyi berdesup melepasi telinga Ucop. Babi! Serangan alien! Jerit batin Ucop. Suppp! Supp! Supp! Sial UFO serang aku ni, tukas Ucop sambil elak benda aneh yang berdesup-desup menjunam ke tanah berumput situ. Ucop dongak ke sumber serangan tu.

"Woi, kau pegi dewan makan, amik aku kuih untuk supper, aa tu piring aku.Cepat sikit!"
"Weh kau hantar pinggan aku tu pegi dining hall!'
"Woi form one! Kau ingat piring aku tu boleh pergi sendiri dining hall ke nak amik kuih?Deras!"
Shit. Patut la diorang kata jangan lalu situ. UFO konon sumpah Ucop tak berhenti-henti ke dewan makan.

*Assembly - perhimpunan haram dianjurkan oleh senior-senior dengan memanggil junior-junior berkumpul di dalam sebuah bilik. Selalu diiringi upacara menghukum junior, namun tidak semestinya diakhiri dengan pukul-memukul.

Thursday, January 27, 2011

Nak buat macam mana kan?

"Tu la kau, selalu mintak kerja tempat jauh-jauh. Bangsar la, Damansara la. Kan jauh dari rumah tu"

"......"

Saturday, January 8, 2011

2010: A Summary

Gua sebenarnya tak sempat nak tulis menda-menda 2010, tapi hari ni gua rasa gatal tangan nak tulis, kenapa tidak kan?

2010: Summary

-Bermula dengan memulakan karier baru yakni Copywriter. Malangnya lepas setahun karier masih belum lift off.
-Pertama kali dalam hidup, gua mengalami um..pengsan. Di tempat kerja, baik punya hentak dinding. Merasa gua kena tolak ke klinik pakai wheelchair. Rupanya paras gula rendah. Cam tak caya pulak. Pagi tu gua selamba je makan nasik goreng dengan teh o ais. Tak cukup gula mendanya. Doktor classify ni isolated case.The incident costed me almost RM600 (medical expenses) + RM 200 (glasses gua pecah aa). Gua syak ni adalah permulaan kepada insiden laik jugak iaitu vertigo.
-Pertama kali gua buat kerja gila dengan melancong ke sana sini secara berterusan, back to back. Setiap hujung minggu tiada di KL dan menghilang ke tempat lain. Redang-Thailand-Perhentian. Sudahnya gua jadi sedikit rentung. Takpe,puas hati dapat berjalan-jalan. Kat Redang dapat tengok hidupan laut (gua tak penah snorkeling seumur hidup gua,dan gua takut air hahahaha!), kat Thailand gua puas melalak lagu Metallica kat Hard Rock Pattaya dan melawat club err..well you don't want to know., kat Perhentian gua cari ketenangan dengan duduk ngadap laut and do nothing.
-Balik dari pecutian semua tu gua mula menghidap Vertigo yang berterusan sampai sekarang. Sekarang dah kurang sedikit, berkat semangat melawan yang masih bersisa.
-Setelah berhempas pulas (dicampur rasa malas), gua berjaya jugak dapatkan lesen, dengan menggunakan duit gua kumpul sendiri. Maaf, kereta tak disertakan sekali. Makanya gua kena kumpul lagi duit lah.[Peringatan untuk berusaha keras la ni sebenarnya]
-Dapat perform setelah bertahun-tahun tak perform. Kat One Cafe dengan band-band bermacam jenis macam Subculture, Qharinth, Tools and Trades etc.
-Belajar macam mana nak membeli stuff secara online. Hasilnya gua berjaya bid limited edition Eluvetie Evocation 1 dan juga purchase hoodie Eluveitie: Slania
-Berjaya mendapat CD straight dari Norway, iaitu Burzum dan Borknagar!
-Berpindah ke rumah sendiri setelah sekian lama mengidam tempat sendiri.

Honestly, semenjak bekerja ni gua takde la write down goals just like I used to. Agaknya tu 2010 agak terbarai dan takde hala tuju. Ah menda dah lepas.


Tuesday, June 22, 2010

This your non-standard, darker jazz band!

Dulu bila sebut jazz, gua akan mencemik dan segera terbayang Sheila Majid serta imej-imej pemain saksofon berkulit hitam (antaranya). Pada gua waktu itu, jazz music yang bosan dan lemau. Hanya untuk orang kaya dan perasan nigger, paling kuat pun, nak kasi nampak cam high taste in music. macam prejudis jugak la. Tapi yang gua tak tau jazz ni banyak jenis, dan jazz ni main jugak pengaruh dalam music metal (sapa layan Atheist terutamanya mesti setuju!), takpun ada jugak yang gua jumpa band jazz yang ada unsur grind! Gila ah, two distinct genre bole kasi gabung pulak lol (band tersebut adalah John Zorn and the Naked City)!Despite the fact JZatNC plays a very eccentric music, I still don't see jazz as an interesting music,until...


I listened to Bohren und der Club of Gore! I must say I owed a huge thank you to this blog (to which I forgot the URL,damn!) for posted a video clip of BUDCOG's On Demon Wings. I was caught and fell in love with the band instantly. Instantly I tell ya! So uh..yeah BUDCOG jenis main jazz yang super slow dengan ada unsur-unsur ambient. Tak keterlaluan kalau cakap diorang ada nilai-nilai doom lah. Tapi ada juga label BUDCOG ni main noir jazz (ni gua lagi setuju,karang gua cite pasal apa). Bagi gua, band ni main porn jazz! Hahaha sebab mengingatkan gua kat scene-scene panas dalam mana-mana film (kan selalu scene camni ada soft jazz background music, ada saksofon terutamanya). Senang cakap, music BUDCOG ni tema yang sesuai untuk orang beromen! kahkah!



Still Am Tresen (dari Dolores,2008)

Bohren und der Club of Gore (akan direfer sebagai BUDCOG atau Bohren pasni), as the name implies (und der) berasal dari Germany. Yang menariknya,asalnya line up band ni berasal dari pecahan band-band yang sebelum ni main music yang jauh beza dari jazz. Sumpah dowh jauh gila beza! Apa taknya ada yang main hardcore punk la apa tah lagi. nak tau lagi pegi ah wiki, gua malas nak cerita,baik copy paste aje hahaha~ So anyway, album pertama yang gua dengar dari Bohren adalah Sunset Mission, yang bagi gua memang album terbaik hasil diorang la. Bagi gua, Sunset Mission telah meletakkan satu benchmark untuk music noir jazz. Apa taknya, lagu-lagu dalam ni semuanya catchy dan mmm,sexy. Senang cakap, lagu-lagu Sunset Mission semuanya boleh jadi soundtrack untuk film noir! Apa tu film noir? Tolong pegi search sendiri, tapi untuk sekadar menyedapkan cerita, noir film tu macam film-film gangster era 40s,50s gittew lah. Kalau film local, cuba refer kat Kala Malam Bulan Mengambang (ye film ni tahun millenium punya tapi dia bawak unsur noir). Film noir dia selalu ada unsur-unsur misteri, hardboiled detective,city infested with criminals pastu mesti ada damsel in distress yadayada you get the idea?Good!



On Demon Wings (dari Sunset Mission)

Tapi album sebelum dan selepas Sunset Mission memang sangat berlainan. I learnt that Sunset Mission was intended to be a mainstream and a very accesible album.It's true. All pre-Sunset Mission albums tend to sound like a very psychotic and scary (saxophone player made his appearance beginning from Sunset Mission,replacing guitarist), because of the detuned guitar sound, while post-Sunset Mission albums are very minimalist,almost like ambient and saxophone seems like almost wiped out from the records (padahal saksofon dia layan gila tuuuuuuuu!). Anyway, yang jadi faveret gua selain Sunset Mission, adalah Mitleid Lady dan Dolores. yang penting diorang punya sound memang jadi kegemaran gua, yang cuba nak lari dari bunyi bingit metal, tapi still nak music berunsur gelap dan depressive hahah.

Kekuatan Bohren pada gua adalah saxophone dia dan piano/mellotron/rhodes,yang mampu membangkitkan rasa ambient yang secukup rasa dan tak membosankan (lagu diorang panjang-panjang jugak sebenarnya). Dengan double bass (bukan bass guitar ya) dan drums (yang kebanyakan masa hanya mainkan hihat dan ride) yang sekadar bertindak sebagai filler, lagu-lagu Bohren memang untuk gua dengar bila masa bersantai. Bila masa gua dengar? Selalunya bila gua keja sampai malam, bila masuk waktu senja je gua pasang kuat-kuat kat office. Takpun kalau kat rumah, gua akan padamkan lampu bilik,pasang lilin dan pasang Bohren kuat-kuat. Cun habes. Takpun macam kawan gua, dia pasang lilin aromaterapi, rendam dalam bath tub dan pasang Bohren. Itu lagi hebat!



Mitleid Lady (dari Mitleid Lady EP)

Jadi apa tema music Bohren ni since diorang memang takde lirik? Judging from the song title sumanya, mostly berkenaan dengan dark side of life, urban decay, keruntuhan moral, kematian dan segala yang gelap dan negatif. Tapi tu hanya pendapat gua la. yang penting music Bohren memang masuk dengan gua dan sememangnya alternatif buat gua kalau nak lari dari music yang bingit. Recommended!

Thursday, March 4, 2010

A murderer, a madman, a legend

It feels like as it was recorded in the mid 90s.



He is back. I think Burzum is still pretty much like in the 90s. Heck, when I first listen to Belus, it feels as if it is Filosofem:part II. Welcome back Varg. Anyway I was expecting more keyboard works, but seems it is almost vanished. Oh well. Belus is still in my regular playlist, especially during thunderstorm, Heh.

Monday, February 22, 2010

This is extreme, too!



Introducing, Bohren und der Club of Gore, Ambient Jazz from Germany. But I rather call them porno jazz or noir jazz. Give it a try, and if you are into something different, you will love it. And to those who prefer guttural vocals, chugging guitar works, sorry pal, this is not your cup of tea. Stick to your JFAC, amateurs!

Sunday, February 7, 2010

Ich bin mein eigener Gott























I am my own Master. Curse upon the blind followers.

Monday, January 18, 2010

But I'm still burning in your flames

I have been always fascinated with the works of the 3 Kings of Doom; namely Paradise Lost, My Dying Bride and Anathema. Be it from their beginning in the early 90s or until today (which each of them already evolved into different paths); My Dying Bride is still playing Doom with hint of Gothic Metal, Paradise Lost somehow got lost in somewhere after 'Icon' and lately returned to their Gothic/Doom roots, and Anathema is the most eccentric among of these 3. Anathema shed their Doom sound and evolved into Atmospheric/ Prog Rock in the vein of Pink Floyd, just to name a few of their (new) influence. It is kind of strange, since usually when a band decided to abandon their signature sound and head for a different direction, fans (save the hardcore fans) will usually accuse the band of being either sell out or poser. But this doesn't apply to Anathema. Whether they abandoned their Doom/ Death sound or adopted a Pink Floyd-ish sound, they still fascinate me. There could be one reason to explain this. The emotion. Whether I listen to A Dying Wish or Are You There?, they can still invoke the feeling of despair, sadness and loneliness in me. And I think among the 3, Anathema lyrics are the most straight forward to understand.

This might seems straight forward, but Anathema really played a big role in my life. For example, whenever I play 'Everwake' it will instantly reminds me of me and my former...former flame(so does J'ai Fait Une Promesse, sob sob). 'Alone' will always reminds me how bleak and empty my life is (being emo haha~). ' Angelica'.. Well 'Angelica' is my favorite among all. I think if the lyrics were written in bahasa, it'll be a very leleh cinta anthem. A perfect one, I may say. So I have already listened to the album version ( from Eternity), a live version (from Eternity 2003 re-release), and lastly from Hindsight album (a reworking of the old songs in accoutics version). I like all version, and each and every version is beautiful. Now I feel like going all emo haha. Can't believe when they play Angelica (from A Moment in Time video), some of the crowd bang they head to this. How ironic :) Anyway, I hope you enjoy Angelica, as much as I do.



... And I still wonder if you ever wonder the same?

Friday, December 18, 2009

Kita serang kampung seberang!Tawan penghulu depa, culik perempuan depa, rembat harta depa!




Thyrfing. Band Viking yang sentiasa buat gua rasa tough dan berjanggut tebal.

Wow, apa punya update la lol!

Monday, December 7, 2009

Lu restrict diri lu,ertinya lu ni loser.

Sebenarnya gua memang dah kurang rasa berkobar nak menulis. Selain dari rasa malas, gua juga rasa pengisian dalam ni kurang intelek dan tak mencerminkan latar belakang gua...eh kejap, ni blog bukan jurnal! Anyway, gua baca balik posting gua memang jelak ah. Kejap-kejap bitching pasal emosi la, lonely la, cis apa nak jadi tah. Gua rasa..uhmm kali ni gua nak letak video Nokturnal Mortum ah memandangkan gua tengah gila dengar band NSBM dari Ukraine skang. Ye, diorang NSBM, peduli apa gua. Bukan gua Yahudi pun. Oo sebab Nazi racist la ye? Gua pun pikir gak kadang-kadang, takkan takde orang yang tak bersikap racist walau sedikit. Ahah, a point to ponder eh? Okay okay baik layan Nokturnal Mortum - Tears of Paganism/ Lunar Poetry.



Pada gua, elemen simfonik dan folk yang menonjol dalam band ni ah yang buat gua tertarik. Gua bukan fan pada sound production yang lo-fi, necro dan kering, jadi gua sebenarnya agak kecewa dengan kualiti productionnya ah, tapi musicnya, superb. Yang kelemahan gua nampak adalah, vokal dia reverb banyak betol, sampai tenggelam dan susah nak faham apa dia cakap (again, disebabkan kualiti recording yang necro as fuck), guitar juga agak tenggelam tapi masih boleh dengar apa diorang main dan drum..ahhh drum ni gua suspect either pakai drum machine atau pakai digital drum. Bunyi tak organik. Lain-lain dari tu, suma memang hebat.Gua dengar intro Tears of Paganism aje pun dah meremang (takde la meremang tapi you'll get what I mean,no?). Nokturnal Mortum sekarang berada dalam heavy rotation gua dalam iTunes selain dari Delerium, Sleepthief, Disgorge, Atheist, Dargaard dan Brian Eno. Dan gua jugak bikin Tears of Paganism jadi ringtone gua. Amacam, licin tak? Heh. Lain kali gua letak Reckless Tide pulak haha.

Wednesday, December 2, 2009

Puisi untuk Byzantium..atau untuk diri sendiri

Gua rasa macam dah lama tak tinggalkan something kan sini. Sibuk dengan kerja, selain tu gua pun dah rasa kurang rajin nak tulis apa-apa. By the way, life's been good. Gua sebenarnya macam into kepada karya-karya Delerium dan Sleepthief lately. Dan lagu ni buat gua terkenang sesuatu lah, selain daripada vokal Joanna Stevens yang superb dan menggoncang perasaan (selain dari lagu ni, boleh jugak dengarkan suara dia dalam album Sleepthief,memang bagus!).

A Poem for Byzantine (Delerium & Joanna Stevens)

unforbidden shadows of you formed yesterday
i ran away to a room here on the bay
interrupted life again, another new beginning
where the silence echoes
you're no longer with me

here and now
i feel that i'm embracing freedom
even though i may be alone
but that's okay

through the darkness
i would walk in the streets
confessions never seemed
to provide me with a release

held me down and tried to cure me
tried to give me reason
but nothing could seperate
this burdened mind from me

here and now
i feel that i'm embracing freedom
even though i may be alone, but that's okay
looking out to a different sky will disengage me
absense is never the answer, i know
but it serves as my shade

i do not seek and not intend to find
a calmer ocean or a sun that'll never rise
my world will never change
and time will bring you to my thoughts
i'll move on and forget you all over again
moving on, i can forgive you all over again

here and now
i feel that i'm embracing freedom
even though i may be alone, but that's okay
and looking out onto a different sky
it seems so easy
absense is never the answer, i know
but it serves as my shade




Entah, barangkali lagu ni diam-diam beri semangat untuk gua jadi kuat. Untuk apa, gua pun tak pasti sangat. Hidup, semakin baik kebelakangan ni.
Related Posts with Thumbnails