A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Thursday, November 24, 2011

We are about to sail to Dreamland. Wash your feet first, gentleman.

When I was a little boy, I always went to sleep in fear. 20 ++ years later, I still sleep in fear. Guess some things are meant to last forever. And I'm very very upset.

Sunday, November 20, 2011

We bang it hard, real hard.

Ini.... infectious. Met DJ Blink the other day and told him personally I dig Rave. The look on his face was priceless yao. To have such statement coming out from the mouth of a metalhead, that would be very, very peculiar I guess.

Saturday, November 19, 2011

Sentimen anti-Budin

Ucop memang tak puas hati dengan Budin, supervisor Dewan Makan. Lelaki keding laksana penagih dadah tu seringkali maki penghuni hostel tanpa sebab bila tiba waktu makan. Sebenarnya bukan Ucop sorang rasa camtu. Sentimen anti-Budin memang dikongsi seluruh pelusuk asrama. Ucop pernah dengar pelajar form 4 merancang nak bakar Dewan Makan, tapi biasalah cakap orang masa hormon tengah naik mana boleh percaya sangat.

Hari tu hari Rabu, makan malam selalunya disajikan ayam masak merah dengan sayur kubis masak lemak. Lepas selesai solat Maghrib berjemaah, seluruh penghuni berpusu-pusu menuju ke Dewan Makan untuk makan malam sebelum menjalani prep malam. Macam biasalah tunggu semua dah duduk, baru Mazli si ketua surau bacakan doa makan. Tak semena-mena Budin mula balik perangai dia. Terjerit sana-sini entah kenapa. Nak kata budak-budak riot takde jugak. Ucop malas nak layan jadi dia tenung aje lauk ayam masak merah tu dengan berselera. Fawwaz kat sebelah dia dah mula cuit-cuit sikit ayam. Si gemuk ni mana reti sabar, getus hati Ucop.

"Weh Ucop, kau rasa mana satu lauk aku patut habiskan dulu ah?" tanya Fawwaz sambil hisap jari-jarinya yang comot disaluti kuah ayam masak merah. Ucop malas nak layan perangai Fawwaz, baru aje bukak mulut nak jawab apabila tiba-tiba elektrik terpadam.

Jeritan gadis-gadis bergema. Itu Ucop dah biasa dengar. Tapi yang dia tak biasa dengar adalah bunyi benda lembik menghentam tempat keras bertalu-talu. Kepishhkk!Kepekkk!Splattt!Bhishkkk!Blerppp! Ucop cuak jugak kalau tiba-tiba ada orang main tikam-tikam dalam gelap ni. Kang jadi kes polis Ucop malas nak terlibat. Fawwaz, dah memang dasar penakut awal-awal dah pegang lengan Ucop.

Tanggg! Bunyi pelantik kotak fius utama terpasang semula. Dewan Makan kembali terang. Kat tengah-tengah Dewan Makan, Budin berdiri tegak. Diam laksana patung. Seluruh badan Budin dihujani pisang lenyek, cebisan tembikai, dua tiga ketul potongan ayam melekat kat bahu, juraian kobis menitis dari rambut Budin dan baju serta seluar Budin basah dengan kuah ayam masak merah. Seluruh isi Dewan Makan bergegar dengan gelak. Nampaknya Budin dah terima akibatnya. Masalahnya, siapa punya kerja? Mesti dalam gelap tadi ada kutu yang buat kerja keji ni.

Esoknya, Budin terus letak jawatan dan balik kampung.

Wednesday, November 16, 2011

Satu perkara anda patut tahu

Celebrity crush kadang-kala buat kamu kembali ke bumi nyata untuk berusaha jadi lebih kacak dan berperut leper. Celebrity crush ya, twitter crush boleh pergi jahanam.


Siapa dia anda bertanya? Saya reveal dalam siri akan datang. Sehingga itu salam manis dan sayang dari saya.

Yang dahagakan sekelumit kasih dan secubit sayang,
Abang A


Tuesday, November 15, 2011

Nasik tambah semangkuk!


 Akhir kalam, sila trim off some fat.

Saturday, November 12, 2011

Milik siapakah jejaka ini

Ini pagi memang nyaman. Kena pulak hujan mengguyur turun macam air mata gadis baru break-up. Gua tarik selimut sampai ke dagu dan sengih kepuasan. Tidur memang nikmat terhebat (setaraf berak dan makan).

Kemudian gua rasakan bagaikan ada satu sensasi yang menyerbu di bahagian celah kangkang. Jahanam, kalau biar boleh basah tilam! Gua paksa diri bangun dan ke tandas. Kain diselak, kepala didongak dan Hoover Dam bagaikan meletup.

Gua selak rambut, tenyeh mata dan hela nafas sebelum melihat wajah gua di cermin. Wajah separa kacak dan maskulin sebelum ni dah takde, yang tertera hanyalah...eh,macam serigala akuan. Patutlah ramai orang mengadu gua dah macam mamat Twilight. Whatever okay? Gua lupa nak shave.

Saturday, November 5, 2011

5 sebab untuk dengar Anuar Zain


- Sebab lagu dia tak puja setan dan berpijak pada bumi nyata (takde cerita menunggang naga dan selamatkan puteri)
- Sebab suara dia sedap ihikz
- Sebab lagu-lagu dia kuntum
- Makcik-makcik aprove dia kalau propose untuk majlis makan malam
- Chicks dig sensitive guy yang dengar Anuar Zain

Friday, November 4, 2011

Hihikz

Tiba-tiba datang mood pasang Aku Cinta Padamu padahal takde pun rasa nak berkuntum. Eh by the way, hari tu dapat kasut sepasang masa press conference. Nice eh. Ok tu jewwwwwwww.






Eh headphone Sennheiser ni dah sebulan, diorang tak nak collect balik ke?
Related Posts with Thumbnails