A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Saturday, April 7, 2012

Surat yang Gagal

Gua sepatutnya menghabiskan review Helvetios di DtE, tapi rasa nak menulis serius masih belum mari. Gua rasa nak post e-mail yang gua hantar kepada ECD-ECD dan bahagian HR agensi periklanan seluruh KL dalam usaha mencari kerja setelah menganggur dekat 3 bulan pada penghujung tahun lepas. Gua baca balik, gua rasa macam kelakar dengan cerita yang gua concoct sendiri dengan perisa exaggerate..yang Tuhan je tahu merapunya macam mana. Dan juga, memang ada sense of desperation dalam semua e-mail yang dihantar. Memanglah, out of job kot. Malangnya, e-mail ni langsung tak dapat balasan dari mana-mana agensi kecuali Lucideas. Sebab apa gua pun tak boleh teka tapi tekaan gua:


a. Masuk inbox terus kena delete, terlalu merepek untuk jadi sebuah permohonan kerja
b. Dianggap sebagai prank menjelang hujung tahun
c. Diterima, tetapi diforward kepada semua orang dalam senarai e-mail dengan tajuk For the LULZ: Dumbest Job Application Ever!!!111 kemudian lupa tujuan asal e-mail diterima


Strategi memancing simpati ini (lu orang baca nanti lu orang akan faham) mungkin tak berjaya disebabkan terlalu poyo dan bebal untuk dikira kreatif dalam standard dunia advertising, tapi e-mail ni mencerminkan betapa terdesaknya gua waktu itu. Selamat bergelak dan memaki. Untuk sebab tertentu gua sembunyikan beberapa details untuk jaga privasi gua kehkeh.



Ke hadapan tuan/puan,
Saya mengutus e-mel ini daripada sebuah lokasi yang jauh dari ibu kota. Jauh dari hubungan dunia luar, tiada elektrik, tiada bekalan air bersih, tiada apa. Dalam erti kata lain, saya sedang off grid.
Beberapa bulan yang lepas  saya adalah seperti individu lain di Kuala Lumpur, sibuk mencari rezeki 5 hari seminggu. Setelah setahun berkhidmat untuk sebuah syarikat korporat gergasi Malaysia, saya mengambil keputusan yang paling mengejutkan.  Meletak jawatan.
Saya meletak jawatan setelah saya mendapati saya sebenarnya tidak gembira dengan apa saya lakukan, dan saya ingin kembali kepada minat asal saya iaitu menulis iklan. Keputusan yang saya ambil ini pun disebabkan saya ingin keluar dari zon selesa yang saya bina sendiri, dan saya yakin destinasi saya yang seterusnya adalah menjadi penulis iklan.
Saya berada off grid pun kerana menjalankan soul searching untuk berfikir sama ada keputusan saya meletak jawatan dan menulis kepada Tuan/Puan adalah satu langkah yang bijak atau sebaliknya (selain daripada membuat scam ads berpuluh-puluh jumlahnya untuk portfolio saya).  Akhirnya pagi ini, saya bangkit dari tidur dan intuisi saya meyakinkan langkah pertama untuk mencapai cita-cita saya adalah menulis kepada Tuan/Puan. Maaf, saya ingin sekali menulis dengan panjang lebar, tapi barangkali adalah lebih baik untuk sekiranya saya sendiri datang bertemu Tuan/Puan dan bercerita panjang mengenai minat saya untuk mencuba nasib saya menjadi penulis iklan bahasa Melayu di [nama agensi periklanan].
Saya masih off grid tetapi saya kembali ke ibu kota sekiranya keadaan memerlukan. Tuan/Puan, besarlah hati saya sekiranya niat saya untuk bertemu dengan Tuan/Puan untuk berbincang panjang lebar dan mengulas portfolio milik saya (sekiranya boleh). Saya boleh dihubungi melalui berikut :
telefon bimbit: [ ]
BBM:[ ] 
e-mel: [ ]

[nama gua]

Disertakan: Resume dan contoh hasil kerja



Ada masa nanti gua letak sebuah scam print ad diinspirasi daripada Fight Club. Orang yang pernah baca scam tu kebanyakkan tak menggemarinya tapi personally gua rasa tu hasil penulisan gua yang paling lucu..dan merepek.

3 comments:

Azyze said...

Kamu cari kerja? Saya bersusah payah berbulan mencari seorang writer... yang saya jumpa semuanya hampeh belaka. Akhirnya terpaksa juga ambil pilihan yang tak berapa mantap.

Cheh, kamu lambat 2 bulan follow saya. Kerana kalau surat permohonan kamu ini sampai di meja saya, dengan cepat kamu dapat panggilan dari HR untuk temuduga. You'd most probably aced it too. My current junior is an attention seeker with a weak grammar delivery and no creativeness whatsoever. Sigh...
But good to know you're enjoying your time at McCann :)

A, is for Anomaly said...

Really? I'd like to do some freelancing haha!

Kamu agency jugakah? Mohon tunjuk ajar, saya young blood dalam advertising!

Thank you, I feel I'm doing the right thing finally. Hey kamu ada di LinkedIn? Ayuh connect di sana!

http://my.linkedin.com/pub/amin-muhammad/56/569/a43

Azyze said...

Oh, sorry. No Linked-In or any other work-social-network thingy. A few years ago I decided to cut down on my online footprints.

But i'm @ my blog, so u can find me there :) Or email me if you ant.

Have a good day :)

Related Posts with Thumbnails