A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Friday, August 31, 2012

Sebab #YOLO

Ni post pertama gua untuk After the Storm melalui mobile. Jadi tadak edit tadak touch up.

Gua tak tau nak cakap dari mana datang kesedaran ni. Barangkali ia muncul disebabkan gua terpaksa memilih satu daripada dua pilihan yang ada. Lu orang pun tau dalam hidup ni kita bukan boleh dapat semua yang kita nak.

Cerita ni pada gua bermula pada awal pagi tadi. Hari ni public holiday, Hari Merdeka. Gua seorang yang DGAF, jadi hari istimewa camni gua tak amik pusing, walaupun malam semalam dah kecoh pasal perhimpunan Janji Demokrasi yang tuntut tukar bendera Malaysia la apa la. Tapi pagi gua dikejutkan dengan berita pemergian bekas rakan sekolah dulu. Memang mengejutkan. Al Awazangi, bila sebut nama dia gua akan ingat dia sebagai individu yang selalu sengih sepanjang gua kenal dia. Semalam, dia meninggal dalam kemalangan jalan raya. Details pasal tragedi tu vague, gua pun tak tahu yang sebenarnya sampai sekarang.

Ini menyedarkan gua sesuatu. Yang mati tu pasti semestinya. Dan betapa quarter life crisis semakin dekat. Rakan-rakan berkahwin dan mempunyai versi mini mereka sendiri (baca:bayi), tekanan kerja bertambah, ibu bapa bertambah tua dan ini, rakan-rakan ada yang meninggal dunia.

Al Awazangi, you've gone too soon buddy. Perkara ni bermain-main dalam kepala gua sepanjang hari.

Satu hari kita pasti menyusul juga. Bila-bila. Kemudian gua terfikir. Gua tak nak mati muda. Gua gemuk, tahap obese morbid boleh dikatakan. Gua tak nak mati sebab benda-benda camni. Benda yang sebab salah gua sendiri buat.Gua belum ada penyakit kronik (tak pasti pulak kalau vertigo tu kronik ke) tapi dengan gaya hidup sekarang boleh jadi gua kena, tapi mohon dijauhkan. Lutut kiri gua macam dah mula nak give in. Gua selalu sakit-sakit badan. And let's face it, orang gemuk tak attractive. Orang tend to view fat people as bunch of lazy fatfucks dan lemah otak. Boleh jadi sebab tu jugak gua dah bertahun tadak girlfriend, mungkinlah. Gua jugak yakin sebab gemuk jugak la gua selalu distracted dengan kerja dan demotivated.

Gua tak mau mati tanpa mencapai apa-apa. Mati tanpa sempat bantu mak bapak gua (despite gua not on speaking terms dengan mak gua). Mati tanpa tinggalkan impak dalam hidup orang lain. Mati sebelum capai impian gua nak bukak bakery dan belajar main tin whistle. Paling utama, jadi Muslim yang sempurna (as hypocrite as it sounds).

Betul la ajal tu di tangan Tuhan. Tapi takkan la gua nak terus-menerus menzalimi diri sendiri. Sampai bila nak biar makan tak terjaga, merokok dan macam-macam lagi. Takkan nak mati sebab salah sendiri? Macam bunuh diri pulak.

Sejak seminggu yang lepas gua start buat semula perkiraan belanja bulanan. Sebab gua dah berhajat nak beli kereta menjelang hujung tahun ni. Dana kereta pun dah boleh kata cukup. Jenis kereta apa nak beli pun dah terbayang-bayang tiap kali berangan. Kemudian, it hit me. Gua rasa nak buat sesuatu dengan keadaan diri gua. Gua tak nak kena penyakit. Gua dah penat jadi gemuk. Gua nak masuk gym. Nasib baik dekat-dekat McCann ada gym, jadi gua berkira-kira nak join sana punya. Kemudian, datang dilema. Kalau gua beli kereta dan masuk gym, belanja bulanan masih dalam lingkungan tapi jadi masalah duit reserve tak cukup.

I'm torn between these two. Gua dah berangan lama dah nak ada kereta sendiri. Gua malu bila lepak asyik tumpang orang. Asal tempat jauh je gua decline. Gua tak banyak keluar sana-sini sebab takde kereta. Gadis-gadis pun maybe tak interested bila gua ajak keluar, maklum aje mana ada kereta (mungkin). Sekarang dah ada can datang pulak yang ini. Gym, gua rasa its now or never. Takkan bila dah terlewat baru nak start. Gua positif la once dah ada kereta mesti gua jadi lagi malas nak jalan. Serba-serbi malas. Jalan malas. Itu malas ni malas. Cukuplah gua jadi gemuk bertahun-tahun. Umur camni pun tak jumpa jodoh. Mungkin sebab gua gemuk (hodoh juga mungkin ya).

Gua amik keputusan untuk check out gym kat ofis gua next week. Dan gua buat kira-kira. Selagi within budget, gua boleh save lagi untuk dana kereta sambil pergi gym. Pergi gym waktu petang atau lepas kerja. 3 minggu sekali. Gua kena kurangkan belanja makan menda merapu. Tak boleh tak.

Petang tadi gua terus pergi KLCC usha harga untuk gym attire n stuff. Tak kira ah harga camne, gua angkat je.Sayang sangat duit bukan boleh bawak masuk kubur. Lepas pusing-pusing sana-sini gua dapat sehelai track bottom Adidas harga boleh buat ikat perut la. Tapi gua butakan je. Now or never gua cakap banyak kali dalam hati. Malang pulak kasut takde yang ngam dengan bajet. Kalau ada pun cam tak feeling pakai. Esok gua akan keluar cari kasut running pulak. Nasib baik ada Pacek, Man ngan Kong yang bagi ideas sambil-sambil gua ronda KLCC.

Gua postpone plan nak beli kereta, sebaliknya gua fokus nak turunkan berat badan dulu. Sambil tu boleh save lagi untuk dana kereta. Sabarlah, banyak kali gua pujuk diri. Gua tak nak dibebankan dengan keadaan kesihatan yang lemah. Now or never. Let's say bayaran gym terlalu mahal, gua akan stick dengan pelan B, iaitu cukup la joging kat kawasan Ampang ni. But hey, that will most unlikely. Ini mesti jadi.

Once gua dapat selesaikan semua (gua bajet Oktober dah boleh mula ah), boleh sangat ah prepare gym playlist kahkah. Gua harap gua terus kekal bersemangat. Yes, I know I can.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone













6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum brader...mungkin kita tak saling mengenal, tp individu yg telah pergi hari ini kita kenal... yes he is the best fren ever known n meet.. betul ckp bro tu...too soon..tp ajal maut di tanganNya.. kita sama doakan semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

A, is for Anomaly said...

Antara perkara yang aku takut nak hadapi, orang yang dah bertahun kau tak sebut dan jumpa tiba-tiba kau tau dia dah tiada. Aku harap aku takde berhutang dengan dia.

Azyze said...

A, is for Anomaly,
hmmmm...susah nak cerita kan soal sihat-sakit-hidup-mati nih. I've been there, and I guess still working on it. Dah gemuk berpuluh tahun, tetiba nak kurus, fuish memang menduga akal.But you will get there. Insyaallah.

Oh tips workout attire murah: gi kedai kat tepi bowling lane kat MidValley. Ntah ape ntah nama kedai tu, tapi dia jual last season's (or last few season's) sports attire. Branded stuff. Sampai ke kasut, socks, even crotch guards pun ada (if you're looking at going into contact sports ah).

Good luck!

btw, thanks for following me. Can't promise much thought provoking stuff though, I mainly write crap :P

A, is for Anomaly said...

Huzzaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah starting soon I hope!

Yea my friends told me to get sports attire kat situ, will definitely go there soon.

Hey no problem. After the Storm is where I write craps too.Heh.

yummien straggy said...

hey there..
got ur blog through surfing of al awazangi..
arwah was a fren of mine too..
mind if i linked ur blog at my post?
a post about arwah..
and that post is still pending at my draft..hehe!

A, is for Anomaly said...

yes, please. No problem :)

Related Posts with Thumbnails