A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Wednesday, September 28, 2011

Hari ni hang dekat Pavi pastu jumpa boy tu hensem sangatttttt

You know you are reading a 16 years old girl blog when:

-All entries are almost the same: boys, boys, boys
-Bitching about peers
-Re-defining the definition of being hot, and defending herself that she's not hot and will never be
-Emotional breakdown caused by break up of which occur every 5 days
-Occasional entries of BFF (despite the fact they are just online buddies, and never actually hang out together)
-A weekly report of weekend activities, usually involves bits of drama, bitching and of course, boys.

Now why an old fart like me wasted 10 minutes of my life reading stuff like this?

Sunday, September 25, 2011

ArTURD's Day

Dragon Red merupakan band nu-metal yang poser dan poyo, dan Taio Cruz berwajah macam lelaki gatal. Kesimpulannya Arthur's Day memang cibai. Gua takkan hadir lagi konsert anjuran syarikat arak bodoh macam Guinness. Aloud Asia on the other hand memang terbaik walaupun crowd tak ramai. Btw handphone gua dah jahanam masa kat Arthur's Day. Shit.Sepanjang waktu balik tu mulut gua bising cakap konsert Taio Cruz ni memang bangsat.

Thursday, September 22, 2011

__|__

I'm fucking Lou, who the fuck are you?

Back-up Copywriter.

Smart.

Friday, September 16, 2011

Hai,amik la tempat duduk saya

Gua dihantui rasa bersalah. Gua rasa gua gagal membuat tindakan betul. Gua rasa gua gagal jadi contoh yang baik kepada anak-anak muda. Gua rasa gua gagal menyumbang kepada pembangunan moral masyarakat madani.

Gua tak bagi sorang perempuan ni duduk kat LRT tadi.

Masalahnya gua tak tau dia pregnant ke simply buncit lemak. Nak ditanya pulak takut bodoh tolol terang-terang perut dia macam mengandung. MACAM. Macam mana kalau dia tak mengandung sebaliknya boroi? Gua tak sanggup kena tangan depan orang ramai dek tanya soalan macam tu.

Jadi gua buat-buat tidur. Macam Afdlin Aman Ramli dalam TVC budi bahasa tu. Gua syak dia sebenarnya melalui dilema yang sama macam gua time tu. Jadi pada gua berat mata memandang, berat lagi perut yang sarat memikul. Tolong paham sikit.

Zon terlarang antara blok A dan B

Ucop memang skeptikal sedari kecil. Hantu setan momok hatta UFO memang dia tak percaya langsung. tapi Ultraman (terutamanya Ace, sebab khunsa) dan Satria Baja Hitam dia percaya pulak wujud. Sikap tak percaya perkara-perkara aneh dan pelik ni terbawa-bawa sampai Ucop masuk ke sekolah berasrama penuh. Minggu pertama orientasi, waktu assembly* di hostel yang dianjurkan oleh senior tingkatan 4 (dan jugak segelintir tingkatan 3 yang terasa gangster)mengingatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 agar tidak sesekali melalui kawasan lapang berumput di antara blok A dan B. Fawwaz, budak katil sebelah Ucop, memang jenis suka bertanya sekonyong-konyong tu jugak melayangkan pertanyaan ' abang, kenapa pulak kitorang tableh lalu?', yang merupakan satu taboo dalam assembly, yakni tak boleh bertanya sebelum sesi tamat. Selepas disauk barang sepenumbuk dua ke perut, barulah Fawwaz mendapat jawapan.

"Sebab kat kawasan tu ada UFO waktu malam" jawapan yang buat semua junior dalam bilik tu terkedu dan telan air liur. "Kitorang sayang korang, kitorang tanak korang kena apa-apa okay" jelas senior yang badan paling berketul tu, dengan nada abang kawasan. Semenjak arahan tu dikeluarkan, takde seorang pun budak tingkatan satu lalu kawasan berumput tu, malahan kawasan blok A dan B. Takut punya pasal. Tepat pukul 11 malam semua dah siap berkelubung dalam selimut kat katil masing-masing. Mana-mana yang nak kencing tu kena berteman, mana yang lapar nak snacking tengah malam kenalah bertahan sampai esok.

Ucop tak puas hati. Dia mana percaya UFO semua ni, dia rasa dia nak buktikan kata-kata senior tu salah. Malahan dia berazam nak buktikan senior yang bajet tough malam semalam tu sebenarnya penakut. Malam tu lepas prep Ucop usha-usha kawasan yang dikatakan selalu ada UFO tu. Takde apa-apa pun. Ucop kumpulkan keberanian sebelum melangkah ke kawasan berumput tu. Sekali. Takde apa-apa. Ucop ronda lagi.

Bunyi berdesup melepasi telinga Ucop. Babi! Serangan alien! Jerit batin Ucop. Suppp! Supp! Supp! Sial UFO serang aku ni, tukas Ucop sambil elak benda aneh yang berdesup-desup menjunam ke tanah berumput situ. Ucop dongak ke sumber serangan tu.

"Woi, kau pegi dewan makan, amik aku kuih untuk supper, aa tu piring aku.Cepat sikit!"
"Weh kau hantar pinggan aku tu pegi dining hall!'
"Woi form one! Kau ingat piring aku tu boleh pergi sendiri dining hall ke nak amik kuih?Deras!"
Shit. Patut la diorang kata jangan lalu situ. UFO konon sumpah Ucop tak berhenti-henti ke dewan makan.

*Assembly - perhimpunan haram dianjurkan oleh senior-senior dengan memanggil junior-junior berkumpul di dalam sebuah bilik. Selalu diiringi upacara menghukum junior, namun tidak semestinya diakhiri dengan pukul-memukul.

Tuesday, September 13, 2011

Limbus Careerum

Limbo rock adalah sebuah permainan yang selalu dimainkan dekat parti-parti (sekarang instead main limbo rock, anak-anak muda lebih gemar emm, main romen) manakala limbo pula adalah istilah yang merujuk kepada keadaan bila mana roh berada terawang-awang antara syurga dan neraka (istilah paling dekat, Barzakh). Istilah yang tak pernah wujud adalah Career Limbo, di mana lu tak tau hala tuju karier lu, tak tau sama ada sekarang ni lu jobless ke masih employed. Eh ada ke?Hey-low, how low can you go?

Saturday, September 10, 2011

FWD FWD FWD FWD

Demi Islam tercinta, saya forwardkan email yang mengandungi senarai makanan/produk tidak halal kepada kenalan saya walaupun saya tak pernah melakukan background check terhadap allegations dalam email tersebut. Tak mengapa, janji saya dah berbakti untuk agama tercinta saya. Apa? Awak panggil saya pelampau agama? Bedebah, darah awak halal dibunuh!

Friday, September 9, 2011

Of Dwindling Sanity and Coins

Gua ada satu bekas plastik yang gua jadikan tempat simpan syiling. Banyak sekali syiling gua rupanya sampai nak terkoyak seluar gua simpan, jadi gua amik bekas ni buat simpan syiling. Tapi sekarang, amboi syiling tu dah makin susut, hari demi hari.Pada gua syiling tu represent gua punya kewarasan, bila makin kurang kewarasan gua makin decline. Ha, go figure lah apa sebenarnya jadi.

Sunday, September 4, 2011

Bahasa Melayu A1

Bahasa Melayu: Siapa makan cili, terasa pedasnya
Bahasa Inggeris: Butthurt


Friday, September 2, 2011

Ehek

"Weh, kau rasa ejaan betul dia justeru ke jesteru ah?"

"Kau pergi google"

"Babi."


Thursday, September 1, 2011

Betul tau

"Eeeeeeeee lawanya you ngan baju raya ni.Chomel shangatttt!"

'Ihikk, maneww adeww. Titew buruk lorhhh"

"Oh fine.You ni buruk, termasuk baju you. Ihikz"

'Herhkk...'





HONESTY IS THE BEST POLICY.

Related Posts with Thumbnails