A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Monday, December 31, 2012

2012: A Year in Review

Hari ni hari Sabtu (actually dah Isnin, 3 hari gua amik nak siapkan post ni). Beberapa hari lagi sebelum 2012 melabuhkan tirainya, dan 2013 datang menyapa...cey mukadimah kahkah.

Gua amik keputusan untuk review apa yang jadi, apa yang tercapai, apa yang gagal dan macam-macam lagi untuk tahun 2012.

Pencapaian

- Beberapa hari sebelum 2011 tamat, gua rasa dalam 27 Disember macam tu. Gua dapat panggilan daripada ECD tempat kerja gua sekarang. I nailed it. Mereka tawarkan gua kerja dekat situ. Boom. Sebenarnya gua tak expect nak dapat, tapi pada masa yang sama gua terdesak nak duit..maksud gua, kerja sebab dah 3 bulan menganggur. Syukur. 'We want to offer you the job' masa tu gua pekup muka kat bantal pastu jerit puas-puas sebelum sambung perbualan, acah-acah calm and collected. Awesome.



- Sambutan Tahun Baru kononnya nak lain daripada sebelum ni (sebenarnya gua tak ingat bila last gua chill sambut tahun baru sebab rasa pointless) disebabkan gua dapat kerja baru tambahan pula buddies gua ajak chill jadi gua macam okey jom. So uh, nak kata sambutannya disaster tak jugak, nak kata it went well pun jauh sekali. Actually we went to top of Genting Highlands, sebab buddy gua cakap ada fireworks show. Yeah right. Gerak naik pukul 10 malam, lu tau je padahnya camne. Jam packed dengan kereta ditinggalkan tepi jalan, and we actually had to walk all the way to the top. It was stupid, for some reason kami gelak gelak gelak sampai atas. Crazy shit. And then makan McD. What the hell sial hahahaha. Nak makan McD baik chill kat KL je. And then around 2 am nak turun KL balik, visibility was near zero dengan kabus tebal. Jawabnya tidur dalam King, panggilan kepada kenderaan buddy gua ni. Sampai pukul 5 pagi baru turun. Hilarious.

- New workplace. A dream come true sebenarnya sebab gua dah bertahun-tahun berangan nak sertai agensi pengiklanan antarabangsa (tanpa narrow down kepada mana-mana agensi) dan merasai macam mana jadi copywriter sebenar. Awesome place, awesome people, awesome location (walaupun sebenarnya gua harap dekat tengah-tengah KL haha) and awesome brands to work with. Secara kasarnya, gua jadi bayi balik, bertatih macam mana nak mula, jadi newbie dengan kesilapan bangang and shit. All is well.



- Gua travel ke luar negara untuk kali ke 2, ke negara yang sama. Thailand, tapi kali ni ke Chiang Mai dengan seluruh pejabat. Yeaahaaay! Sakit jugak bontot travel ke utara ni, kena tukar flight lagi la hape. Overall it was okey sebab ni kali ke 2 pergi Thai. Yang gua perasan kelainan dia, Chiang Mai ni sejuk sikit, walaupun pukul 10 pagi hawa dingin terasa lagi. Syok. Ciki-ciki sana pun lawa-lawa even yang terserempak kat tepi jalan. Srs. Tour guide cakap orang Chiang Mai ni banyak bercampur dengan orang border jadi diorang rupa lain sikit dari Bangkok ke Pattaya ke. Selain daripada tu takde la keji macam Pattaya yang infested dengan beer bars, hooker tepi pantai dan kelab bogel. Actually gua pusing gak cari kelab bogel sana, tadak pun. Chiang Mai basically macam pekan yang chill je. Gua cuma ada masalah nak cari makanan yang halal. Ada sekali tu dah lapar gila gua makan je ayam, tah halal tah idak. Adoi. Lepas tu balik hotel gua pusing jumpa pulak gerai Muslim, jual beriyani lak tu. Ya tuhan sedapnyaaaaaaaaaa. Bila malam gua pusing market sana, tengok barang-barang etnik, chill usha-usha orang sana, naik teksi trak (diorang panggil red cab). Ada sekali tu member gua tertinggal phone Galaxy S2 dia dalam trak teksi ni, berkicap gak la kejar. Macam dalam movie sial bila gua tahan teksi lain pastu jerit kat cabbie tu ' Follow that truck cab, now!'. Gila babi bayar campak duit je pastu lompat keluar berlari cari trak yang kawan gua tertinggal phone tu. Dapat gak jumpa, apparently cabbie tu jumpa S2 tu and decide simpankan sampai kawan gua cari dia. Jujur aih. Bagus.

Selain chill dan melawat tempat-tempat yang menarik macam Bee Farm (ah dah pergi dah dulu), Sanctuary gajah (ini awesome dapat naik gajah, redah sungai, naik ox cart dan dapat makan halal food!), naik temple atas bukit sampai putus nafas, dinner sampai semua mabuk rabak and all, kami ada team building kat sana. Gua ingat LDK ke apa ke. Rupanya cooking competition, kat cooking school. Awesome, srs. Merasa gak la main api bagai, masak macam-macam. Group gua dapat nombor dua, buhaha bangga sungguh. Also dapat tengok mereka-mereka yang selama ni berkicap kerja kat pejabat tapi sebenarnya terer masak. Oh syok.



Satu perkara yang gua perasan sepanjang berada kat Chiang Mai, asal bas berenti je mana-mana gua mesti terkial-kial cari toilet nak melepas. Member gua pun perasan menda ni, dia cakap gua macam binatang tanda kawasan kahkah. Srs weh. It went well, generally speaking.



- Gua bikin makan tour ke Penang. Sebuah perjalanan yang dirancang last minute, bawak duit cukup-cukup dan pakaian seminima mungkin dengan hanya satu tujuan: makan sampai tergolek. Turned out ia antara journey terbaik tahun ni. Gua tak peduli apa pun, gua datang hanya nak makan makan makan pastu balik. Dari nasik kandar Line Clear, ke cendol popular Teochew, melantak kat Padang Brown, melahap kat Zul's Burger (bersaiz epik) sampailah melawat Toy Museum, huuu tersengih memanjang. Gua pun sempat chill dengan co-editor webzine gua masa kat Penang. Awesome. Sebelum berangkat balik KL, kami naik Bukit Bendera yang sebenarnya dah takde apa pun. Cable car sekarang dah canggih macam LRT, berdesup je naik atas.



- Sekitar Mei, gua attend KL Metalcamp. Gua sebenarnya dah malas nak attend gig, banyak la sebabnya. Satu, One Cafe dah tutup, rasa macam dah tak syok datang gig nak chill kat venue. Dua, sebab gua rasa gua dah tak relevan ah nak tengok gig. Tapi gua turun Metalcamp (siap beli pre-sale ticket!) sebab lagenda crossover DRI dan band death metal kental Hate Eternal mari! Power gila! Hate Eternal punya set punya la berdesing sampai blackout venue kahkah! Sempat jugak la chill dengan kawan-kawan scene dengan mereka yang gua selama ni kenal online saja. Awesome.




- Awal Julai, segala rasa risau gua terjawab bila menerima surat pengesahan sebagai staf tetap kat agensi ni (juga dengan gaji dinaikkan sedikit, syukur). 6 bulan hidup dalam ketakutan, ye lah mana tahu peristiwa kat NSTP berulang. Gua tak sanggup nak hadapi menda yang sama, seriously.

- Rockaway tahun ni power gila. Dapat jugak gua tengok Max Cavalera depan mata, walaupun sebenarnya gua tak minat pun sangat dari zaman dia kat Sepultura ke Nail Bomb ke Cavalera Conspiracy ke Soulfly ke. Gua sebenarnya ditawarkan untuk interview Unearth sempena konsert ni tapi disebabkan gua takde knowledge langsung pasal band ni (gua siap ingat Unearth tu Earth Crisis, punya la bangang) gua tolak la untuk elak daripada malu sendiri. Stellar concert, cuma gua berbulu dengan harga air dan makan yang melambung tinggi. Amenda Coke sampai RM5? Tahap-tahap beer dah tu.



- Barangkali pencapaian/perubahan besar gua pernah dalam hidup gua setakat ni. Gua enrol gym. Serius. Berbekalkan rasa tak senang hati melihat kawan sekolah gua meninggal akibat kemalangan, gua terfikir life is short. Jangan sebab salah sendiri (tak jaga makan, jadi gemuk gila dan berpenyakit) gua mati. What a waste. Mati itu pasti, tapi tak jaga diri sama erti dengan menzalimi diri sendiri. So far progres adalah bagus. Gua belajar mendisiplinkan diri, jaga makan, kuatkan willpower and shits. So far dah hilang 12 kilogram dalam tempoh hampir 3 bulan, Gua memang progres lembab tapi asalkan ada perubahan itu dah cukup bagus bagi pesimis seperti gua.



- Bila Dark Funeral umur mereka nak tour Malaysia, gua tak hairan sangat. Dark Funeral adalah band black metal yang cool tapi bukan dalam liga band yang gua into sangat. Tapi bila tour mereka dibatalkan dan mereka kena rip off gua pun terasa kesian dengan mereka dan baran dengan organizer. Kemudian gua di offer untuk turut serta interview diorang sebelum diorang balik Sweden. Cool beans! So gua dapat spend dekat sejam borak/interview dengan mereka kat Campbell. Nice.



- Macam biasa gua memang selalu beli releases daripada band-band gua minat. Tahun ni highlightnya adalah Eluveitie- Helvetios, Nile - At the Gates of Sethu dan Eluveitie - The Early Years, semuanya didatangkan dengan t shirt yeaaahayyy! Juga beberapa releases tempatan dan non metal gua sempat sambar tahun ni.





- Entah macam mana gua jadi minat nak cuba memasak. Ni semua jadi lepas gua selalu buntu nak makan apa lepas balik kerja dan jugak disebabkan berhati-hati dengan kalori intake gua. Jadi gua mula rajin google recipe la tengok video kat Youtube la tanya sana-sini. Dalam masa terdekat gua nak beli dapur yang lebih mantap.




- Dapat attend Kancil Awards buat pertama kalinya. Malang sekali gua tak submit apa-apa. Oh. Sedikit kecewa agensi gua gagal pertahankan kedudukan macam tahun lepas. Mmm-hmm.



Tak tercapai

- Hajat untuk memiliki kenderaan sendiri masih belum tercapai sungguhpun simpanan dah cukup menjelang pertengahan 2012. Gua risau. Hati gua kata 'jangan, belum masa lagi'. Setakat ni hati/intuisi gua tak pernah salah lagi. Jadi gua ikut kata hati. Yang sebenarnya komitmen bulanan yang merunsingkan gua. Banyak benda nak bayar sana sini bil itu ini. Gua risau gua tak mampu save duit, itu yang membantutkan hajat besar ni. Jadi gua chill aje. Balik lewat dari ofis 3,4 pagi pun selamba naik cab, nasib baik boleh claim. Sama la halnya kalau pergi recording kat studio yang jauh dari jalan utama tu. Redah je ngan cab. Pegi balik keja naik LRT. Setel.




- Gua berhajat nak beli meja study dan rak buku. Siap dah survey kat Ikea. Bila dah pendam lama-lama gua jadi malas dan lupa. Sekarang pun malas. Rasa macam bodoh aje tak beli disebabkan malas.

- Masih gagal memahami emosi dan manusia lain (baca: wanita). Dari segi kehidupan romantik, ia seperti pekan koboi. Yang sepi kebanyakan masa dan hanya ada aksi sekali-sekala. Ada beberapa wanita yang gua sempat keluar bersama (kalau itu boleh dipanggil ritual courting/dating) tapi haram takde satu pun melekat. Sama ada gua terlalu hodoh, takde perasaan, tak reti main peranan atau bebal bertimpa-timpa, gua sendiri pun tak tahu. Impak paling kuat adalah gadis dari Shah Alam, yang ended abruptly. Gua pun tak tahu apasal tah. Wanita, spesies yang lagi tricky dari memahami seekor panda. Salah satu faktor menyumbang kepada kegagalan ini adalah tendency gua untuk over analyze segala menda, mungkin. Takpe. Kita cuba lagi lain masa.




Overall, tahun ini masih macam roller coaster macam sebelum ini, albeit tak berapa chaotic sangat. Banyak benda gua pelajari dan rasanya ada laaa matang sikit. Wise to the game, kata orang putih. Ada hit dan miss, ada yang tak diduga ada yang dah boleh agak. Can't wait too see what's there for me in 2013.

Selamat Tahun Baru. Moga 2013 membawa kita semua ke satu tahap yang lebih baik!


No comments:

Related Posts with Thumbnails