All of sudden gua jadi emosi.
Gua jadi depress. Puasa dulu ada je orang kejut gua sahur. By that, maksud gua selain dari mak gua atau ahli keluarga gua. Gua rindu saat-saat tu. Bila gua terkenang, gua jadi hiba, walaupun ekspresi wajah gua keras dan kental. Gua kena cekalkan hati. Waktu macam tu dah berlalu.
Barangkali raya kali ni, sepi saja. Barangkali puasa kali ni hambar saja. Barangkali akan terus macam ni entah sampai bila gua tak tau.
Gua sangat tau, sebenarnya selama ni hanya ego gua aje yang buat gua terus cekal. Kalau tak kerana menda ni, gua rasa gua lama dah duduk jadi pussy bersedih tak tentu hala. Dek kerana nak buktikan yang gua boleh hidup dengan selamba dan kuat, gua harung aje. Eh ok kan kan kan.
Ramadan, bawakan gua sesuatu yang berbeza tahun ni. Dan lu orang semua, selamat berpuasa, semoga pertarungan menentang nafsu kali ni berjaya!
No comments:
Post a Comment