A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Friday, August 7, 2009

Pandang gua, senyum.

All of sudden, gua tiba-tiba aje nak dengar balik Cradle of Filth. Bermula dari semalam suddenly aje lagu Scorched Earth Erotica main-main kat telinga gua. Balik ni terus pasang balik lagu tu, dan semua lagu CoF yang gua ada. Dan ini mengingatkan gua kepada dia lah. Gua ingat lagi yang dia nak sangat tengok movie Cradle of Fear, yang supposedly sebuah film super gore dan seram (walhal super bodoh dan ntah apa-apa). Lupakan tu.


Satu fikiran yang menganggu gua, apasal gua nak ingat dia balik? Gua pasti dia pun takkan teringat pasal gua pun. Silap-silap nama gua pun dia dah tak ingat. Dia pun tah dah ke mana tah jalan hidup dia pilih, gua pun tak tau. Kalau gua pilih nak berbaik pun, gua pasti sangat akan ada rasa ragu-ragu dan nak balas dendam, jadi baik jadi camni aje. Takde siapa rasa sakit, gua pun seronok hidup camni. Ada beberapa orang suggest gua berbaik-baik, tapi setakat ni gua takde nak ke arah tu pun. Biar ah, gua dah through dengan dia, gua rasa. Tak perlu nak 'hi jom kawan balik, jom lepak, jom kenal-kenal balik, jom jadi balik macam dulu,' tadak-tadak. Tu apa yang pihak gua fikir dan rasa. Pihak dia gua tak tau, ntah-ntah langsung tatau,heh.

Puasa dah dekat, dan puasa sebenarnya memainkan signifikan yang besar jugak dalam hidup gua tentang dia. Eh, tak perlu la nak get emo and go beserk kan? Menda dah lepas. Tapi karang mula la tu tengah malam, termenung, selak laci, cari balik foto dia, pasang balik recording borak-borak dengan dia dulu. Eleh, gua tau sangat la mesti gua jadi macam tu. Hati jelly. A friend once said, orang yang pernah tinggalkan impak dalam hidup lu, lu benci camne pun lu tetap akan ingat.

Dah gua tanak get emo, gua nak keluar lepak. Anak muda bekerjaya mana lepak rumah di Jumaat malam Sabtu!Trrrrrrrrrrrr~

No comments:

Related Posts with Thumbnails