A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Thursday, July 15, 2010

Horny and the Horn

Honestly, minggu ni gua memang rasa malas sangat. Pergi keja pun malas. Selamba aje gua masuk lambat (padahal dalam hati cuak jugak). Malas bangun tido. Malas nak menulis (di tempat kerja), pastu jadi pelupa (gua lupa nak upload kerja kat server, gua lupa nak label copy yang gua dah tulis etc), badan gua jadi sakit balik, gua jalan pun dah senget balik. What the fuck sial. Until today...

Gua sejak menang bid kat e-bay tu hari dan purchase hoodie, hampir tiap-tiap hari gua track the stuff pakai tracking number yang diberi dan tertunggu-tunggu barang tu sampai. Tang tu aje gua semangat. Menda lain, gua layu macam bawang busuk. Jadi hari ni macam hari-hari dalam minggu ni yang crappy, gua hadir ke Bangsar dengan muka toya. Fukk cepat ah kul 6 gua nak chow! Padahal baru pukul 10 am. Kahkah! And then baru gua perasan hari ni gua belum track barang gua tu. Gua masuk tracking number and then..err amenda pulak bahasa German ni cakap? Semalam rasanya ayat dia lain ni (Rugi aje gua belajar Deutsch 2 tahun masa degree dulu, skang terkial-kial hahah!). Gua tak kira. Hati gua dah rasa semacam. Gua lari ke mail room secepat mungkin. Walaupun gua menyarung boot Doc Mart, gua rasa ringan je berlari ke mail room! Sampai-sampai je mail room tu dengan peluh jantan dah mula muncul, gua ketuk dan hulur kepala masuk dan sound brader situ:

"Assalamualaikum brader, ada package untuk gua tak?"
"Apa nama ko?"
"Err nama gua A"

Brader tu check-check kotak package yang sampai. Gua punya rasa jantung dah nak terkeluar ikut tekak ni rasa nak pegi cek sendiri lak, excited punya pasal.

"Aaa ni ha ada nama ko"

Seraya menghulurkan satu package sebesar kotak kasut. Gua punya sengih masa tu dah sama lebar cam pinggang gua dah. Gua goncang-goncang kotak tu nak tau apa isi dalam sambil jalan balik studio. Eeeeeeee bestnya! Gua check la kat luar package tu. Eh, apasal alamat dari Italy ni? Ah gi mampos ah janji sampai. Gua dah tak ingat dah kerja yang gua buat tadi. Translation untuk NIE gua tolak jauh-jauh kasi meja clear sambil sengih besar-besar. Gua koyakkan package tu dengan berhati-hati, last-last tak sabar gua koyak macam singa baham kijang! Fuck yeah it's finally here! Cepat-cepat gua update status kat Facebook, dengaan tujuan nak alert si Nana (dia yang tolong gua urus bab purchasing ni) yang gua dah dapat the first package. Satu lagi tujuan tersembunyi adalah saja nak riak di alam cyber, childish betul, but what the fuck kan? Yes, drinking horn gua dah sampai! Gua unwrap semua content dan inspect satu-satu. Drinking horn tu besar siot, memang cam tanduk kerbau ah, siap ada engraved logo Eluveitie dengan logo Nuclear Blast beserta nombor siri. Gua adalah pemilik ke 234 daripada 500 horns yang diproduce di dunia ni (ni adalah second hand punya btw). Limited edition! Buntut horn tu ada chipped sket, tapi dah diberitau masa deal tu hari so takde menda ah. CD playable, siap yang ni ada bonus track punya yay! DVD pun playable. Album ni adalah dalam format digipak so dia adalah dalam bentuk double gatefold (gua rasa aa) dan masih elok lagi takde worn out pun edges dia (since digipak selalu dibuat dari kadbod). Bag kecik yang disertakan pun masih elok, logo Eluveitie pun masih cantik dan tak terhakis. Cepat-cepat gua rip lagu dari CD dan kasi dengar dan baru boleh sambung buat kerja, tapi tak sebelum gua keliling studio tayang tanduk Eluveitie yang cool gila tu! Okay jadinya gua ada ah reason nak sengih ni hari hahah.

And then around 12 camtu Contramen mesej cakap dia kat bawah sebab dia ada interview hari ni. Partner e-zine gua iaitu Dissecting the Euphony ni tengah tunggu turn dia nak masuk interview. Ah ada geng nak update cerita ni jadinya waktu lunch gua lepak dengan Men kat Mutiara Bangsar sambil berbincang untuk progress seterusnya untuk DtE sambil bercakap pasal kerja dan other stuff. Gua harap lu dapat that job ah bro. Dulu lu tolong gua masuk sini, skang harapnya giliran lu pulak. So umm ni photo-photo yang gua capture pas amik package tu tihihihi! Lepas ni hoodie pulak. Gua tracking balik, menda tu dah sampai kastam. Maknanya anytime akan sampai yay!

Tadaaa, package dah sampai! Masa ni dah nak meletup kepala dah ni tak sabar!

Unwrapping the content


Mamat Italy ni tulis Malaysia pun salah, or maybe camtu kot spelling Malaysia dalam Italian language?

Introducing, Tetuang (gua terus bagi dia nickname!) the Drinking Horn dan jugak the other content! Ahhhh excited gila babi time ni sampai gua tersqueal kejap ah hihi.


Oh by the way kawan gua MMS gambar ni masa gua tengah tulis tadi. Aghhhhh nak jugak weh!



Ta!

2 comments:

RW said...

gila semang siak bukak parcel satu tangan, ambik gambar satu tangan hahaha. tahniah la dah dpt brg yg ko idam2kan, look forward to something everyday man! baru la hidup kita bermakna!

A, is for Anomaly said...

yeah man,been waiting for the parcel for almost a month!actually gua dah lama mengidam sejak setahun lepas,siap gua ada tulis lagi kat blog ni. Kira impian sudah tertunai la ni hahah.

Related Posts with Thumbnails