Hello adik-adik. Hari ini Abang A is for Anomaly nak bercerita sedikit sebanyak tentang CD packaging. Buat adik-adik yang selalu sangat download stuff dari Internet tu abang tak terkejut kalau adik tak tau istilah-istilah dan jenis CD packaging ni. Itu la, jadi la kaki sedut lagi! Beli la sekeping dua, tunjuk sedikit sokongan terhadap artis kegemaran anda. Maaf ya, terselit pulak iklan PSA (public service announcement).
Baiklah Abang tak mau membuang masa (sebenarnya abang ada banyak masa sebab trip abang ke Melaka terbatal) jadi Abang nak mulakan dengan berbasa-basi dahulu.
CD packaging adalah salah satu daripada marketing strategy kalau diikutkan. Ye la nak market produk, packaging mestilah outstanding. Kalau tak, produk kamu akan jadi 'just like another products on the shelf' dan susah la nak capai target jualan! Keyword di sini adalah eye pleasing dan unique. Barangkali recording labels banyak dah menyedari ini adalah komponen yang penting dalam marketing,jadi mulalah berbagai-bagai packaging yang dikeluarkan. Apa pun Abang nak tunjuk packaging yang paling typical boleh dijumpai di pasaran.
Jewel Case
Jewel Case dengan Slip on Cover (Eluvetie - Spirit re-release 2007, Twilight Records) |
Jenis packaging ni adalah paling mudah ditemui di pasaran. Kebanyakan normal releases adalah dalam bentuk macam ni. Di depan ada inlay dan CD terletak di plastic tray yang lutsinar. Kebanyakannya ada artwork di sebalik plastic tray tu sekadar nak kasi lawa dan juga house-kan back cover untuk CD. Jewel case tahan lama sebab diperbuat daripada plastik tetapi prone untuk patah sebab tekanan (termasuk juga gerigi yang hold CD di plastic tray). Kalau keluaran Jepun biasanya akan di include obi strip. Ia adalah sejenis plastic atau kertas yang di selit di tepi kiri depan CD dan bertujuan nak beritahu kandungan dalam dan selalunya beritahu hit singles dari album tersebut, atau mungkin info-info menarik.
Digipak
6 fold Digipak (Eluveitie - Evocation 1:The Arcane Dominion, limited edition 2009, Nuclear Blast) |
Gatefold Digipak (Girls' Generation - Gee EP, 2009 SM Entertainment) |
Digipak merupakan alternatif kepada packaging Jewel Case dan selalu dipasarkan untuk album khas atau limited edition. Digipak boleh dikenali dengan feature nya seperti diperbuat daripada kadbod (berlawanan dengan Jewel Case daripada plastik), dan boleh dibuka seperti lipatan. Selalunya CD akan diattach di plastic tray seperti Jewel Case dan digam kepada kadbod. Memandangkan digipak diperbuat daripada kadbod, ia berisiko untuk menjadi lembik dan terkoyak lama-kelamaan (macam kulit buku la), lagi-lagi kalau tidak disimpan elok dan terkena air. Digipak memang jadi kegemaran recording labels sekarang untuk release yang khas. Contohnya macam abang punya 6 fold Digipak Eluveitie di atas, itu adalah limited edition, siap dengan DVD lagi.
Jewel Slim Case
Jewel Slim Case (The Rhymeweaver - The Hymns of Wrath and Passion,self released, 2007) |
Satu lagi jenis yang boleh ditemui adalah Jewel Slim Case. Ia adalah simplified version Jewel Case yang lagi nipis dan...simple. Banyak band yang baru nak produce demo/stuff akan memilih packaging sebegini sebab murah. Dia tak banyak beza dengan Jewel Case kecuali ia lagi nipis, even tempat letak inlay tu pun nipis dan tak boleh hold inlay yang tebal (sesuai untuk demo CD yang selalunya tak letak banyak maklumat) dan plastic traynya tidak transparent seperti Jewel Case biasa. Sebab tu ia lebih compact. Jadi less cost, boleh produce banyak-banyak kot? Tihihihi.
Lain-lain
Bookstyle packaging (Girl's Generation - Oh!, full length, 2010, SM Entertainment) |
Selain daripada apa yang Abang sebut di atas, terdapat bermacam-macam lagi packaging di pasaran. Ikut recording label la cemana diorang nak buat. Ada yang buat bentuk piramid (macam band Nile), ada yang buat gatefold, pastu include cermin la (macam Dimmu Borgir), ada yang dalam kotak kayu pastu kasi tulang dan ashes la (macam Agalloch) dan band Y2K pernah release album diorang dalam bentuk kotak pizza! Terpulang sebenarnya, mana yang menarik,itulah yang jadi perhatian, dan tentunya jadi rebutan peminat-peminat tegar sesebuah band untuk dijadikan collectible items. Ye la, makin rare dan pelik, mesti lagi suka! Yang Abang cerita ni yang pernah Abang jumpa, banyak lagi yang ada kat pasaran. Kalau jumpa yang lagi aneh, sila kongsi ya!Sekian tamat kursus Mengenali CD Packaging (MCDP 101) dari Abang A is for Anomaly. Jumpa lagi dalam kursus lain.
Salam sayang dari Abang A,
X0X0X0X0X0X0
2 comments:
Interesting blog. It would be great if you can provide more details about it. Thanks you.
Thanks man, but I'm no pro about CD packaging :)
Post a Comment