Esok dah nak puasa rupanya. Gua pun tadi macam endah tak endah je nak tau pengumuman puasa, since gua memang balik lambat dari Bangsar. Teringat pulak puasa-puasa yang lepas.
Dulu masa kecik-kecik puasa well typical saja macam lu orang. Momma and abah upah 50 sen setiap hari yang berjaya penuh puasanya. Gua tak pernah pun excited nak pergi bazaar Ramadan. Terlalu semak dengan orang, lagipun sikap misantrofik memang sebati dengan diri sejak kecil.Seingat gua ah, gua takde nak serong-serong ponteng puasa. Masa kecik-kecik bosan ah.
Kemudian bila masuk sekolah menengah dia puasa sudah lain macam sebab gua duduk hostel sepanjang pengajian menengah. Memang awesome. Makan dalam dulang metal. Bapak heavynya. Dewan makan bila bulan puasa tiba-tiba menunya jadi sedap gila. Lagi-lagi bila di hujung Ramadhan, tiap-tiap malam lepas Terawih hidang lemang sama rendang. Menu sahur, buka dan minum malam sangat membahagiakan. Tiba-tiba rasa life di hostel takde ha teruk mana hahah. Mak gua kadang-kadang datang visit on weekends masa bulan puasa dia akan bagi food yang dibeli kat baazar (sebenarnya rumah gua tak jauh mana pun dari sekolah,around 45 minutes by driving). Yang gempaknya bukan juadah yang diberi, tapi mercun!+___+ Mak gua selit mercun sambil-sambil tu. LOL! Seronok ah gua dengan kawan-kawan pom pam lepas terawih. Ada sekali tu pergi tembak surau budak perempuan dengan mercun roket, tak tau la apa jadi tapi nampak ah mercun tu masuk surau, lol. Budak-budak la sangat. Mostly yang gua cerita ni jadi masa SPM. And then ada sekali tu kami budak-budak form 5 kumpul duit beli barang mentah and masak mi goreng ramai-ramai untuk bersahur,menggunakan dapur Dewan Makan. Sedap jugak budak-budak gua ni masak. Masa tu rasa brotherhood spirit kuat gila.
Masa universiti lain pulak, selalunya gua bersahur awal sebab dewan makan bukak mulai jam 12 hingga 2 pagi. Lagipun gua bukannya berduit sangat nak pergi makan kat luar Ada sekali tu senior bilik sebelah bilik masak kat rumah diorang (kami tinggal kat apartment) and ajak gua ngan Syuk buka skali. Harammm best gila ahh makan ramai-ramai. Tu masa diploma. Bila menginjak ke degree dah lain pulak, gua duk menyewa dengan kawan-kawan, kami duk pakat masak sama-sama. Ada sekali dua ajak kawan-kawan kelas gua datang sekali buka puasa. Memandangkan gua memang rapat kawan-kawan kelas gua (yang majoritinya perempuan), ada ah sekali dua gua follow diorang pergi shopping barang,menyiang ayam dan masak dishes untuk berbuka puasa. Lol. Things I did for friends. Puasa masa period internship (masa tu dah nak ke final year pengajian) juga menarik. Membuat latihan praktikal di agensi periklanan, gua kenal dengan si cinta hati (kini bekas), dan spent masa juga berbuka puasa bersama-sama (dan juga raya). Tapi itu cerita lama.
Sesudah tamat universiti, sampai lah ke alam pekerjaan, puasa sewaktu alam pekerjaan lain daripada sebelum ni. Gua sampai sekarang teringat-teringat puasa tahun lepas, waktu tu gua berkhidmat sebagai volunteer di Petrosains, jadi kebanyakan masa banyak dihabiskan di KLCC dengan rakan-rakan. Masa tu kenal rakan-rakan baru memang fun ah, dan kenangan berbuka dengan diorang sampai sekarang gua ingat. Farid, Ili, Fahim, Ain dan ramai lagi la. Gua rindu lu orang :(
Dan esok akan bermulalah sekali lagi bulan puasa. Yang pasti sangat berlainan sebab gua akan jarang balik berbuka di rumah. Macam mana agaknya Bangsar di bulan puasa? Yang pasti gua dah makin dimamah usia,ecewah hahah. Selamat berpuasa!
No comments:
Post a Comment