Secara serius, balik dari Publicis tadi, otak aku kosong..eh bercelaru. Macam-macam benda duk terpa dalam kepala. Bukan, bukan.
Bukan masalah berat badan yang menghantui,
Bukan masalah duit yang menghantui,
Bukan rasa lapar sebab tak lunch yang menghantui,
Bukan, bukan.
Aku rasa telah memahami ayat ni setelah sekian lama:
Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan tuhan.
Aku menghadapi perpisahan, yang sememangnya ketentuan Tuhan. Dan aku hidup in denial untuk beberapa ketika, enggan menerima kenyataan. Menganggap apa yang berlaku tu sekadar mimpi buruk, yang hanya akan hilang bila aku bangkit tidur. Aku mempersoalkan, kenapa aku? Silap apa aku buat? Aku lupa, yang aku sebenarnya lalai. Nikmat yang diberi tu ujian dari Nya. Ujian bukan setakat dalam bentuk yang sengsara, tapi juga dalam bentuk yang menyeronokkan. Nama pun melalaikan. haih. Paham ke? Setiap yang kita dapat di dunia ni, sekadar pinjaman dari Yang Maha Esa. Deria kau, tubuh badan kau, uhh anak, harta..basically everything lah. Even juga nyawa kau. Siapa cakap nyawa kau tu hak kau? Pinjaman tu wei. Pada aku lah. Aku ilmu bukan banyak pun. Ya, jadi semua pinjaman. Dan semua tu adalah amanah untuk kita menjaganya. Nyawa yang diberi, digunakan untuk mencari keredhaan dan kerahmatan dari Tuhan, maksud aku untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba. Anak-anak dan family, itu adalah pinjaman juga. Bila sampai masa, akan di tarik balik. Dan bila sampai masa tu, you are basically are left with nothing kecuali amal kau.
Aku break up dengan si kesayangan, dia adalah pinjaman dari Tuhan untuk menguji sejauh mana aku mampu memegang amanah. Aku gagal, maka pinjaman di tarik balik. Itu adalah ketentuan Tuhan. Barangkali akan ada yang lebih baik, atau barangkali akan dikembalikan pada aku, bila Tuhan rasa aku sudah boleh bertanggungjawab. Dan aku lupa aku tak pernah memiliki dia, sebab dia milik Tuhan. Jadi buat apa aku nak weep lebih-lebih? Aku dah lupa ke? Itu dah jadi obses. kalau aku waras, aku akan relakan dia pergi dengan mudah. Tapi sebaliknya aku berusaha kononnya bermati-matian yang dia tu milik aku dan pergi mampus, apa nak jadi, jadilah. Siapa aku nak berlagak macam aku memiliki dia, aku ni tuhan ke? Hoh. In the end, ketentuan tu di tangan tuhan. Tuhan nak dia balik kat aku, jadilah. Kalau tak dibenarkan, sudahlah. Kan ke kalau tak menerima realitinya, sudah dikira melawan Tuhan? Eh, kan?
Lecturer yang aku agak rapat, pergi menyambut panggilan Illahi semalam...eh kelmarin? Aku devastated (Ya aku memang emo gila ok). Aku terdiam, kenapa jadi camni? Aku lupa lagi, itu ketentuan Tuhan. Mesti ada something nak ditunjukkan. Kemudian aku teringat, ada hikmahnya aku batalkan niat aku nak pergi trip ke New Zealand tu. Pasti sangat. Barangkali kalau aku pergi, ada kemungkinan aku end up terkorban dalam kemalangan tu, dan barangkali mak aku akan kehilangan anak, adik-adik aku akan kehilangan abang mereka. Apa tu? Barangkali Tuhan mahu tunjuk, yang perjalanan hidup aku masih jauh, aku ada banyak lagi benda untuk di hadapi sebelum menghadap Yang Maha Esa. Barangkali lah. Jadi, aku perlu teruskan hidup dan berusaha mencari kebenaran selagi bernafas. Barangkali kejadian tu adalah pengajaran untuk aku. Barangkali. Walaupun bukan secara langsung. Yang dah pergi tu, biarkanlah. Jadikan pengajaran dan ambil iktibar.
Buat si kesayangan, pergilah. Kamu bebas mencari kebenaran kamu (dalam erti kamu sendiri). Semoga kamu akan bergelar sebagai seorang Muslim nanti. Oh, impian aku untuk menyaksikan kamu mengangkat syahadah dengan mata sendiri mungkin tak tercapai, tapi sekurang-kurangnya dapat tahu kamu jadi Muslim nanti pun,sudah memadai. Aku menyesal, aku lupa dengan diri aku. Tapi pengajaran yang berguna buat aku. Maaf, aku tahu kamu benci dengan aku. Aku cuma harap kita boleh berjumpa balik, even sebagai kawan. Aku sekadar mahukan tiada lagi rasa benci antara kita. That is the least thing I could hope.
Buat En Shafiee, damai la kamu di sana. Terima kasih atas ajaran dan nasihat selama ni. Lepas ni akan tiada lagi soalan "kenapa rumah kamu bising sangat? Tengok bola ke?" dan tiada lagi juga kelibat kamu lepak minum di kafe. Kamu akan sentiasa diingati. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Jodoh pertemuan, ajal maut, di tangan Tuhan. Dan Kita hanya mampu merancang.
p/s: Aku tau entry ni berbunyi macam nonsense dan melompat sana sini. Apa nak buat?
pp/s: Aku rasa kosong dalam jiwa. Kosong. Hairan. Sudah hilangkah rasa nak berseronok dan buang masa?
No comments:
Post a Comment