Kat bilik mesyuarat unit percetakan:
"Terima kasih di atas bantuan kamu bertiga sepanjang satu bulan ni, tapi kami nak maklumkan kami tak sambung kontrak kamu untuk bulan depan"
"Alaaa.."Terdengar keluhan kami bertiga, yang merupakan budak Masscomm, yang lain-lain dalam bilik mesyuarat tu semuanya budak Art and Design. Mula la tu tarik muka. Ye ah, mana nak cari duit lagi ah?
Balik rumah, aku duk terfikir, apa aku nak buat sebulan lagi ni? Gila apa nak makan berak tido aje. Jadi orang berguna sikit la wei,lol lol. Tau tau aje aku sampai rumah nenek aku kelmarin, aku dapat job baru.......
JAGA NENEK!bwahahahaha~
Ok apa, dulu masa aku kecik nenek aku ada gak pe jaga aku. Err macam, mandikan aku ngan cousin-cousin yang lain, yang termasuk berjantina berlawanan. Mass bath, completely naked yo! Dan masakan nenek memang aku puja lah. Gila babi terbaik. So sampai masanya aku balas jasa dia lah.
"Uh, kalau saya duduk sini, apa tugas-tugas saya, nek?" Tanya aku bagai menjawab interview kerja.
"Kau temankan rumah waktu malam aje, tolong kemas-kemas sikit"
"Nek, nek! Saya terer masak sambal ikan bilis!Sardin pun terer!kalau nak saya masak, bayar lebih boleh?" Gaya aku seolah nak mintak gaji up pulak.
"Eh boleh, boleh!" Nenek aku macam serius pulak.
"Ehehe, tak payah la nek. Apa nak bayar saya ni, ikhikh" Konon-konon malu, padahal kalau sua aku duit memang aku amik la hahaha~
Jadinya cuti ni aku stay ajelah rumah nenek aku, ala apa ada hal. Aku bukannya ada menda nak buat. Awek pun tadak, sob sob <------------bongok gila,memang takde kaitan. Agak-agak bosan pi lenjan PS2 kat depan tu. Nenek aku pun layan gak pe tengok aku duk main game. Takpun tengok DVD. Alamak aii, golek-golek 3 minggu tau-tau kelas dah start. Untung-untung nenek bayar aku, lepas ah nak beli shirt baru ke short ke. Hahaha.
p/s: Aku baru dapat panggilan tadi, kawan-kawan aku yang ke oversea trip telah kemalangan. Aku tak tahu status sebenar keadaan diorang, tapi aku honestly risau. Baru semalam aku call seorang kawan yang pi trip tu, birthday dia semalam and aku ingat nak wish tapi was cut short cuz the fact dia kat oversea, mahal tuh call. Ah risaunya. Harap diorang semua selamat dan sihat. Doakan keselamatan mereka di sana.Ya?
No comments:
Post a Comment