A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Thursday, December 11, 2008

Klik delete...pooof!..selesai!

Mungkin aku patut delete sahaja page Myspace aku. Setiap kali aku log in aku akan teringatkan Si Amoi. Aku akan teringatkan semuanya bermula dari Myspace. Kenangan yang macam-macam, menerpa kepala.

Aku tak cukup kuat. Atau barangkali, eh aku pun tak tahu lah. 

Aku ingat lagi,sejak aku rapat dengan dia,mana ada aku add perempuan lain dalam Myspace. Gila babi langsung takde rasa nak flirt around ke apa. Dia sorang saja, dan dia sorang aje aku hadap. Sebab tu bila dia pergi, aku jadi serba tak kena.

Bodoh sial,aku nak weep lagi buat apa.

Nak aje aku pergi depan muka dia dan cakap "Keikhlasan aku,ada kau nampak selama ni?"

atau mungkin cakap "Hapuskan rasa insecure kau, aku ada ni!"

Atau barangkali, aku hanya tempat dia lepaskan kesunyian. Ah siapa tahu kan?

Biar apa pun niat dia (samada baik atau buruk) terhadap aku kan, aku tetap sayang dia,seikhlas hati. Itu pun kalau dia tau menilai lah.

Dah,merepek sangat ni.

Amoi, aku rindukan kamu :(

No comments:

Related Posts with Thumbnails