A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Sunday, September 20, 2009

Dulu menerima, sekarang memberi.

Hai selamat hari raya. Amacam? Dapat banyak duit raya?

Dari semalam phone gua bertalu-talu masuk sms raya. Sampai satu tahap, gua off phone. Kononnya malam raya nak ada ketenangan. Konon. Tengah malam bukak balik, ha amikk. Berpusu-pusu text masuk. Terima kasih, tapi gua macam malas nak reply. Jadi gua tak reply lah, except to a few. Rabu dah masuk kerja balik. Gila macam cuti weekend je rasa. Tapi dah sebab raya, gua try enjoy. Gua lantak gila babi makan apa yang ada kat rumah nenek tadi. Tahun ni semua minimum saja. Baik dari makan-makan sampai ke baju raya. Gua dah 7 tahun rasanya tak beli baju raya. Bukan mak gua tak pernah cakap pergi beli ke apa, gua sendiri malas. Buat apa? Pakai sekali dua pastu simpan dalam almari, paling kurang pakai time semayang Jumaat tiap-tiap minggu. Itu pun kalau pakai le. Kalau tak,see you next year. Jadi gua keluarkan balik baju gua masa form 4 dulu, yang jadi favorite gua. Simply sebab colour dia hitam. Dulu lepas form 4, baju tu gua pakai tak muat. Well, macam sendat la. Alih-alih lepas 7 tahun gua pakai balik, muat pulak. Jimat duit. Hoho.

Gua text dia lepas semayang raya tadi. Gua tak tau apa yang buat gua bertindak macam tu. Unexpectedly dia reply. The war, I assume, has already ended. Barangkali beban yang terletak kat bahu sudah pun terlepas. Barangkali masa untuk gua terbang bebas.


Tapi gua cakap barangkali kan? Ye barangkali.

2 comments:

Ezza Afiqa said...

ni aku bukan nak mengata ye.
hehe.
bagusla if dah berbaik.. kan dah senang otak. nnti boleh la lepak sekali! oh yeahhh!

A, is for Anomaly said...

sorry aku busy.haha.

Related Posts with Thumbnails