A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Saturday, September 19, 2009

Hapdet la nyah.

Jom summarize.

Pertama, gua akhirnya dapat gak memiliki TAMA Iron Cobra gua sendiri. Selama ni gua duduk berangan (siap berharap pada hari jadi ke 23 dapa menda ni,tapi harammm nak dapat.) Asalnya gua nak beli twin pedal Ludwig saje, tapi bila gua duduk scout sana sini tanya orang, tiba-tiba member Myspace gua, Dani Subconcious (drummer Discrusher, Decryptory etc etc. memang mamat brutal death metal) nak jual Iron Cobra dia kat gua. Wei sapa tanak sial. Gua amik aje terus! Gua pun tak pnah jumpa dia ni, jadi kira peluang ah nak lepak skali sambil sambar Iron Cobra (murah gila bai dia jual). So Dani kira cool ah. Duk cerita pasal Disgorge (US), and some brutal death metal stuff etc etc etc. Anyway, skang dah boleh praktis kat rumah lah eh eh. Dulu main single, skang dah bole praktis untuk twin pulak. Sesuai sangat la tu, band gua ni pun tiba-tiba dah tukar direction nak main Trad Power Metal. Tapi gua masih nak blaja la. Gua dapati kaki gua tak boleh main dalam tempo yang tertentu, asik nak laju aje tapi kick tak kuat pun. Ingat main Marduk ke!? Cet. Takpe,pelan-pelan. Dalam perkembangan lain, gua duk praktis dengan kawan gua lagi sorang, kali ni musical direction extreme sikit. Bagus jugak, boleh praktis-parktis selalu beat-beat laju. Oh, gua bagi nama Iron Cobra gua; Tormenta. Dalam Spanish, ia bermaksud Storm. Mula-mula gua ingat maksud dia Tormentor ke apa kan, bunyi dekat-dekat aje hihi. Gua panggil dia Storm sebab dulu gua pnah pakai nama Storm jugak, kira cam manifestasi diri gua gak (daemon? Golden Compass anyone?). Tapi kalau nama Storm main tak ribut gak tatau la kan.


Kedua, gua dapati ramai kenalan Petrosains gua dah tak muncul bekerja. Selidik punya selidik, gua dapat banyak yang dah dapat permanent job. Yang gua, dari ada permanent job pi resign wah kahkah! Anyway, gua sometimes macam sedih gak, mana yang gua duk selalu lepak pun dah tarak. Well gua pun takde la nak permanent kerja sini, since gua pun ada impian yang nak di kejar. Esok lusa tatau, gua pun maybe blah bila-bila masa aje. Tapi kat sini la gua kenal- kenal kawan-kawan baru. Yang somehow buka mata gua terhadap menda-menda..err yang lain lah. Kat sini jugak gua jumpa homies-homies (hippity hop sialll) tempat gua tinggal, yang jadikan kami sangat rapat since the day mula kenal kat Petrosains. Yang jadikan gua macam agak sedih ialah, mereka-mereka ni akan tinggalkan Malaysia tak lama lagi. Well, sorang dah pergi Isnin lepas. Sorang lagi akan menyusul hari raya kedua nanti. Takpelah, people come and go. Yang paling penting, only those who are loyal will remain. Macam slogan budak hardcore aje lol. Maybe akan datang kami akan berjumpa lagi. Tadi gua berjumpa la dengan homie yang bakal pergi lepas raya ni. Gua datang nak hantar farewell gift yang kami (by that referring to us, Petrosains friends ah) beli. So gua borak-borak la kejap. Gua ingat dulu kami selalu buli dia panggil macam-macam. Mesti dia terasa hati, tapi gua personally takde niat nak kutuk ke apa. Ala gurau-gurau aje. tadi gua baru perasan, yang sebenarnya orang susah nak teka emosi gua (dari luaran) bila si kawan ni tanya "Ko marah eh?" padahal time tu gua tengah ok aje kot. Eee kira gua pandai conceal emotion la eh? Hihi.

End of update. Selamat Hari Raya. Yang tak boleh celebrate toksah ngada-ngada kahkah.Kthxbye.

No comments:

Related Posts with Thumbnails