A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Sunday, December 28, 2008

A morning after 27th

I wish I can go for a deep slumber, so that I may never wake up and face the world,again.

Forgive me, forgive me, forgive me.

If we ever meet again, just say hi, and walk away. We are strangers, even when we think we know each other,very much.

Forgive me, forgive, forgive me.

If this is only a dream, please, wake me up so I may continue to live my life. But if it is a reality, please, wish me well and I'll go, for a deep etrnal slumber.

Wenn das Leben ist, dann will ich es nicht.
Ich schließe eher meine Augen und verklinge,
Ich liebe dich,
nichts wird jemals das ändern.
Aber am Ende muss ein Opfer gemacht werden.
Ich liebe dich.

The A, 28th December 2008

Friday, December 26, 2008

Penutup untuk 2008.Nah,bukan party buih atau mabuk-mabuk

Jumpa di MCPA esok, para metalheads! Eastern Black Metal legend sudah kembali hu yeahhh! Esok bukan setakat melihat sendiri As Sahar perform, tapi juga gathering (harapnya) para forumers Mentharas dan juga kenalan-kenalan Internet. Cara yang best untuk menutup tahun 2008 lol.

Tapi tu ah, dalam masa yang sama aku terlepas nak pi gathering budak-budak sekolah aku. Oh well. Lain kali boleh kot.





Tuesday, December 23, 2008

BIla orang letak harapan kat kau kannnn

Aku paling takut sebenarnya bila orang expect something dari aku. Tak kira ah whether mak aku expect aku excel dalam studies ke, komitmen untuk *cough*awek*cough* ke, atau pun bandmates yang expect aku perform yang terbaik ke apa. Pada aku kan, aku ni biasa-biasa sahaja, jadi apa pun aku buat selalunya akan end up biasa-biasa saja. Sebab tu bila orang expect something dari aku, nanti aku jadi cam tak selesa pastu pressure, pastu emo pastu angin tak memasal.

"Eh bro,boleh la yek? Kau main yek?" cakap seorang teman semalam masa tengah lepak kat NZ.

Kawan-kawan yang aku lepak semalam minta tolong aku untuk fill in slot untuk drummer band diorang. Depa ada gig Sabtu ni, 2 gig pulak tu. Habis As Sahar camne? Hek eleh,kabut la wei. Pergi ah pas abes gig, tak gitu?

Aku dah lama tak main atas stage, jadinya ada sedikit rasa cuak lah. Tapi bila tengok diorang bersungguh-sungguh mintak tolong, aku pun cakap 'baik,aku main lah'. Dan ini mungkin juga peluang untuk aku buktikan kat diri aku yang aku boleh. Yeah!

Jadi macam mana? Cuba yang terbaiklah. Bila orang letak harapan, the least you can do is try. Mereka kawan-kawan aku jugak, despite kenal less than 2 weeks,lol. see, aku senang doh berkawan dengan orang haha!

Kadang-kadang aku fikir, kesian mereka yang telah aku kecewakan. Kalau ada peluang, aku mahu aje betulkan balik.

OK ah, aku nak pi praktis drum stroke lah. Tata.

p/s: Say hooray kepada seseorang yang telah menemui pengganti! All the best tau.

Saturday, December 20, 2008

Of accomplished goals, and new hopes

*Sebenarnya copy paste dari blog Myspace saya.sepatutnya entry ni macam main-main kat blog sana,tiba-tiba jadi serius plak.Oh well.*

2008 will come to its end in less than 2 weeks. So what have you've been doing for the past 1 year (uh not exactly, like 11 months la kan?)? Didja managed to accomplished your goals and managed to finished additional golas (if you do la)? Good for yah if you do. As for me, 2008 is so far the most challenging year for me. Yeah you heard that right, the most challenging year for me. Lebih hebat dari tahun aku amik SPM atau PMR takpun ketika berkhatan.lol.

I myself, never actually list down any of goals or new year resolutions, because deep down inside I know, I will never follow it. Like, ikut kepala sendiri lah. That is why sometimes I feel I have no purpose in life. Macam wandering aimlessly. But ever since I started my 2nd year on my degree studies, anehnya aku tiba-tiba buat dan paling best, siap tampal dekat bilik. A turning point, perhaps. Maybe its just another temporary... uh keinsafan? But yeah, I followed the goals and thank god, I managed to completed half of the goals by middle of 2008. Say, not so bad uh, for a guy yang selalu ambik ringan semua benda? Or maybe the goals tu jenis yang mudah-mudah macam belajar memasak ke hape. Nah, I don't think so. Let me list down some of the goals, ada yang bersifat personal so takkan aku nak letak iya dok?

1. aku target nak score 3.3 or above untuk part 4 (masa ni utk goal separuh tahun 2008). Yeah I managed to scored like, 3.31. Lol!Lebih 0.01 plak. But yeah, bila fikir macam mana seksa berjaga malam buat projek yang maha banyak dan juga dengan masalah dengan group members (uh sebenarnya sorang saja) jadi not bad lah, but could' have done it better. Penyesalan hanya satu ah, aku terfucked up paper Law ngan German.Haha. Oh Economics issue tu memang aku screwed it up habis tapi managed to get an A.Yay me~ Yang terbaru thesis @ academic writing aku dapat gred A-. Basically pointer aku ada ah dlm 3.67 camtu. Bajetnya layak dapat Dean's list, tapi sorry ah son, satu subjek aje, mana bole. Lol. Aku anggap tu dah cukup baik sebab aku buat thesis tu dalam serba kacau bilau.

2. Aku nak ke photography trip ke New Zealand (targetnya November 2008) tapi aku bailed out awal-awal lagi sebab costnya saja rm 7000,seorang. Gila mana nak cari, dah la aku dah mula sibuk nak buat internship by April. Tuhan Maha Kaya, aku tak jadi pergi tu mungkin sebab tak mahu aku involve into something yang..well, dahsyat. Semua student yang ke trip NZ tu cedera parah dalam kemalangan di NZ tu. 2 maut termasuk sorang lecturer, yang merupakan jiran aku kat Shah Alam. So I guess its a blessing in disguise? Yeah,sapa tau mungkin aku antara yang terkorban kalau aku pergi. Ah seram.

3. Aku cadang nak buat internship ke international advertising agency yang ada kat KL ni. Gila cita-cita tinggi. Aku tau susah nak dapat sebab status UiTM kalau banding dengan private college, agency lagi pandang the latter, pasal UiTM kokak kot? Haha. Mula-mula aku apply kat Leo Burnett, tapi agaknya secretary tu bangang tak reti nak forward letter kat Yasmin Ahmad, senyap camtu aje. Dah le receptionist dia cakap broken English, aku lak yang terkial-kial. Finally aku dapat buat kat French punya adv agency, Publicis Comm. Banyak kenangan kat situ beb. Memang aku ingat sampai bila-bila. Dari situ jugak aku met someone yang betul-betul special :)

Eh cukup la tuh kot. Ada lagi tapi kang jadi cam essay nak apply scholarship lak, iya? Yeah, so most of the goals sudah tercapai lah, tapi mana boleh berpuas hati kan? Ewah, rasa macam hidup dah terorganise sikit lah. Haha. Aku fikirkan aku perlu juga draft goals untuk tahun hadapan, which I 99% sure will be far more challenging than this year. Sebabnya:
a. tahun depan aku nak grad, insya Allah.
b. dah grad kena la keja dowh (takpun sambung masters)
c. economic recession will be on the climax, katanya la.
d. aku makin tua dowh. I wanna be rich by the age of 28, amacam?Realistik?

SO maybe now is the best time to list down lah kan?
1. Saya nak grad on time, saya tak mahu extend pengajian (selama belajar ni dari diploma ke degree tak pernah fail apa2 paper), saya nak cukup masa saja saya grad. Nuff said.

2. Saya mahu dapatkan job secepat mungkin. When I said job, bermaksud relevan dengan apa aku belajar. Demanding iya? Why not? Tapi kenalah berusaha, and bila dah tak dapat sangat barulah cuba pekerjaan lain. Jual kambing pon not bad apa? Andai saya (baca kuat-kuat ANDAI tu) susah nak dapat kerja atas faktor-faktor tertentu, barangkali saya sambung masters lah.

3. Saya teringin nak bantu ibu saya keluar dari belenggu kesusahan. Not that kami miskin ke apa, its just saya nak ibu saya tak susah-susah nak fikir pasal cari duit nak tanggung adik beradik saya. Huwoh, hopefully saya mampu laksanakan tu.

4. Saya teringin nak perbaiki relationship saya dengan beberapa individu yang telah saya buat silap. Saya (dan kita) tahu, hidup bukan selamanya. Saya mahu orang-orang yang saya dah lukai (physically takde kot, emotionally lah)kembali ada keyakinan dekat saya. Yeah, saya tahu sekadar minta maaf apa guna. Semua orang boleh cakap minta maaf, tapi untuk buktikannya? Saya ingin berbaik dengan ayah saya (abah, saya rindu abah yang dulu) dan juga former inamorata saya (yang sentiasa saya kenang). Saya rajin baca blog lately ni dan saya terbaca blog Sarah is the One kelmarin rasanya, yang buat saya rasa tersentuh, yang berbicara berkenaan menginsafi kesalahan..ah baca lah sendiri.Saya paste di sini.
Saya harap saya punya kesedaran untuk berubah, supaya takde lagi orang yang kecewa dengan saya.

5. Saya berharap saya akan jadi lebih matang dan reasonable dalam membuat keputusan. Saya rasa cukuplah saya berkeadaan sambil lewa selama ni. Bosan bila dapat keputusan yang so-so sahaja bila usaha kita so-so jugak.

6. Saya sudah terlalu lama abaikan pengabdian saya kepada yang Maha Esa. Barangkali kalau kita lupa Dia, adakah Dia akan lupakan kita? Saya perlu tuntut ilmu agama lagi, bukan setakat yang basic-basic sahaja. Saya malu sendiri bila mak saya tanya 'bila nak jadi imam solat jemaah?'. Well bukan sebab ego ke apa kan, tapi dengan umur yang semakin meningkat, begitu juga tanggungjawab. Takkan masih mahu di takuk lama? Saya tak mahulah bila saya dah berkahwin (if I ever to get married la) tiba-tiba isteri saya tanya solat Dhuha (sbg contoh) tu camne ke apa, camne saya nak jawab?

To make a plan is easy but to execute em, is another story. Wish me luck, everybody. Untuk berubah bukan mudah, tanpa determination dan hardwork juga rationality. Dan untuk berubah bukan mengambil masa yang singkat. Saya yakin, asalkan diberi masa dan peluang, saya mampu untuk berubah. Mudah mudahan.

Bagaimana pula dengan resolusi tahun baru kamu?

Thursday, December 18, 2008

Andai aku berduit, aku nak pergi Ireland

Aku nak gelak boleh tak?

Sebenarnya kan,

Aku sangat sensitif. Lol!

Semua benda aku ambil serius. Iya, even nak menunggu bas pun aku jadi serius dan cepat panik kalau bas lambat sampai.

Senang cakap semua segi lah.

Adoi.

*Tajuk entry takde kena mengena pun dengan isi sebenar!


Wednesday, December 17, 2008

Hurghhh!

Aku emo sangat ke ah? Entah ah doh. Aku dah jadi cam a totally different person sejak dua bulan kebelakangan ni. Kadang-kadang aku hairan. Tapi kadang-kadang aku buat tak tahu aje.

Kalau layan sangat perasaan ni kang, macam-macam benda tak jalan.

Aku perlu berubah lah.



Betul ni.


Sedikit keyakinan. Yeah.


Malam kang ada audition, shit. Aku praktis pun kelam kabut lagi.



p/s: 

Kalau diberikan satu permintaan untuk dikabulkan, apa kamu mahu?

"Saya nak amoi saya balik boleh? Boleh tak wei?"

.
.
.
.
.
Emo lagi. Haih.

Saturday, December 13, 2008

Jemur kain sambil berkemban..err, menyanyi sebenarnya~lol.

"Hello,kau kat mana?" telefon si Azim lepas Magrib semalam.

"Kat rumah. Uh kat Keramat" aku jawab acuh tak acuh.

"Aku kat KL ni. Aku singgah Keramat sat, jom lepak. Dah lama tak jumpa ni."

"Aite aite. Sampai karang text aku lah"

Azim, dah lama aku tak lepak dengan dia. Dia pun sekarang duk kencang buat part time dekat Malay Mail. Damn, bukan nak ajak aku sekali! Dengar cerita ribut gak ah bayaran dia. Cis, ingat aku tak reti buat layout ke? Takat pakai In Design CS3 tu aku tau le. Menyumpah-nyumpah lak bila aku dengar cerita dia. Hoho. Dulu aku serumah dengan Azim waktu habiskan diploma Mass Communication. Sampai habis belajar aku serumah dengan dia. Masuk degree buat hal masing-masing. Ye ah, dah ada jalan sendiri. Aku major ke advertising, dia pulak ke publishing. We are not that close,tapi at certain times boleh jadi rapat and buka cerita.
.
.
.
"Kenapa kau break up dengan dia?!" tanya Azim bila kami dah settle down kat satu gerai tu.

Entah le, takdir kot. Aku memang dah tak tau nak komen apa.

"Eh kau masa diploma dulu mana ada camni. Dengan perempuan pun kau tak rapat. Orang pun kau tak campur. Tau tau aje jadi camni?"

"I guess people do change over time, bro"

"Tapi apasal dengan Amoi?"

"Shit,son. Mana la aku tau? Dah aku suka kat dia."

"Tapi apasal kau break up dengan dia?"

"Uh, biar ajelah aku dengan dia yang tahu sebabnya."

"Kau ni gila lah. Tapi apasal dengan Amoi? Tak sangka sial"

"Adoi."

Lagi lah aku hiba bila Azim duk bombard dengan soalan pesal break up tuh. Tak pasal-pasal aku tukar cerita ke dia pulak.

"Ha ko pecite? Kau siot aje kan? Duk rahsia-rahsia. Tau tau tetiba dengan model. Shit,son!Model!" Aku pernah tengok gambar model tu, cantik lah. Tapi si mamat ni kerek,mana mau cite lebih-lebih. Lol.

"Mana ada dah dengan dia. Break up sudeh." Aii selesai dah? Apa cerita?

"Lol. Abeh skang kau camne? Single tapi duk menyundal lah eh?" Meletus gelak cam celaka.

"Aku duk kenal-kenal dengan sorang ni. Tua few years dari kita."

"Lol!Tukar selera pulak. Kau ni kencang lah haha!"

"Aku biasa ah beb. Perempuan kejar aku okay" Aura angkuh mula terasa.

"Fuck you! Hahaha!" I know it was a joke.

Tapi Azim tak habis-habis tanya pasal aku break up tu. Adoi, cemana nak menjawab. Dah la petang tu aku mimpi bertemu si Amoi. Sedih sial. Aku duduk dengan dia and talking happily. Dia nampak cantik gila dalam mimpi tu. And aku teringat ayat terakhir dalam mimpi tu sebelum aku terjaga:

"Thank god, you berjaya hadapi ujian ni. I'm sorry for what I've done."

Dan aku tanya soalan ni:

"You terima I balik ke?"

*poof!*

Terjaga. Mimpi rupanya. But it was real. Way too real. Too fucking real.

Pagi ni mood aku serabut. Tapi aku buat-buat rajin pergi jemur kain lah hape segala house chores (bayangkan aku macam housewife la gitu). Bengong lah, ada ke tengah jemur kain aku pi bantai nyanyi Gita Gutawa (ala yang lagu Sempurna tuh). Nyanyi kuat-kuat lak tuh.

Kesimpulannya, jiwa aku serabut lah. Tata.

p/s: Amoi, aku sayangkan kamu! Woi dengarlah! Aaaaaaaaaaaaaaaaaaarghh!

Thursday, December 11, 2008

Copy Paste: Rempit + Metal crossbreed

Entry yang pernah aku muatkan dalam blog lama aku kat Myspace aku. Haha. Sekadar copy paste. Berkisar tentang Rempit Metal. Entry ni tak pernah habis publish,hanya sampai setakat Rempit Doom Metal and poof! Aku berhenti dan tulis menda lain.Lol.

Barangkali kalian pernah baca @ dapat artikel pasal Metal Styles.Aku tak tahu la kau rasa tu lucu ke tak tapi aku baca memang confirm ah tergelak-gelak.Like, how the author potray the style of grindcore scenario. Ok sebelum tu the intro sounded like this:

"A princess is caught by a dragon and imprisoned in a castle.."

And akan datang berbagai2 hero untuk selamatkan this damsel in distress,each and everyone dengan gaya Metal.Ok back to grindcore ya,bunyinya camni:

"The protagonist arrives, screams something completely undecipherable for about 2 minutes and then leaves. "

Tengok plak kalau folk metal,lagi lucu:

"The protagonist arrives with some friends playing accordions, violins, flutes and many more weird instruments, the dragon falls sleep (because of all the dancing). Then they all leave… without the princess."


Heh,samapai sekarang aku memang gelak kalau baca balik.Anyway,aku pun nak buat version aku sendiri,tapi its a cross breed between Metal and Rempit, since hari tu aku jumpa Rempit layan shuffle,why not kalau imagine Rempit layan Metal pula?How will their image will be?And how their lifestyle will be (since Metallica pernah meng-glorify heavy metal lifestyle dalam lagu Hit the Lights)?So here it goes.Metalhead,start yer engine!


Rempit Black Metal

The most loathed bastard breed of Metal in the history of mankind.Rempit Metal kategori ini berlumba dengan passion sejati Rempit bercampur dengan sifat misanthrophic yang sebati dengan Black Metal.Berbahaya dan kejam,pakaian lumba mereka bersalut spike,chain dan juga bullet,untuk tindakan mempertahankan diri daripada di tahan Polis aka Otek aka Bond selain menambahkan reputasi sebagai Speed Demon (merujuk kepada istilah Inggeris yang bermaksud orang yg gemar kepada kelajuan).Berpakaian serba hitam,berserta  corpse paint  namun berhelmet (keselamatan kena jaga beb sekali pun depa ni gr|m dan n3kr0).Sekalipun  Black Metal,memandangkan masih terdapat trait Rempit dalam diri mereka,berbahasa Inggeris mahupun Norway ataupun Sweden menjadi masalah utama buat mereka.Gemar melaungkan 'Rempit ist krieg!' sebagai pembuka ritual perlumbaan.

Theme song: 'Total Death' daripada  Isengard kerana belum tentu lepas merempit  dengan spike mereka akan kembali in one piece.Jadi baik mampus sahaja.


Rempit Death Metal

Kalau New York ada NYDM (New York Death Metal), Malaysia pun ada jugak dengan MYDM (Malaysia Death Metal), Rempit Death Metal juga tak mahu ketinggalan dengan MYDM mereka.Bukan Malaysia Death Metal okayy, ini Mampos Yok Death Metal (bererti Mampos Jom).Selari dengan tema Death Metal yang selalunya lingers around topik kematian,gore dan berbagai lagi,Rempit Death Metal juga terikut-ikut (depa kan memang cam lalang) lantas wujudlah MYDM mereka.Selalunya berpenampilan lebih simple berbanding si bangsat Rempit Black Metal, namun secara spiritualnya lebih kejam.Seboleh-bolehnya dalam perlumbaan sesama Rempit Death Metal mesti ada kematian yang parah (putus kepala,terkeluar isi perut dsb),maka perlumbaan akan lebih enjoyable dan meriah.Selalunya kemenangan akan disambut dengan banging helicopter (rujuk gaya George Fischer Corpsegrinder) dan rata-rata mereka bersuara dalam dan sukar difahami (terikut-ikut dengan gaya vokal Death Metal).

Theme song: 'Split Wide Open' daripada Cannibal Corpse  sebagai simbol  kematian yang parah (pecah perut,kepala terpokah dan sebagainya)


Rempit Power Metal

Mereka yang tergolong dalam kategori ini kuat berfantasi dan sering menganggap mereka seolah-olah pahlawan dari zaman pertengahan Eropah.Walhal realitinya mereka hanyalah anak-anak Melayu yang tinggal di Keramat, Cheras atau pun Balakong.Seringkali memanggil jentera mereka sebagai  Kuda Tunggangan  ataupun Unicorn atau ke tahap yang melampau, Naga Sakti Bertenaga Petrol Dua Lejang. Mereka juga tidak berlumba seperti Rempit yang normal sebaliknya adalah duel seperti zaman silam (dua knight bertemu depan-depan sambil cuba menjatuhkan pihak lawan dengan senjata).Mereka mendakwa teknik wheelie berasal dari golongan Knight di Eropah,namun sehingga kini tidak dapat dibuktikan. Faham-faham sajalah,kuat berfantasi. Selalunya mereka bersuara sedap seperti vokalis Power Metal namun disebabkan lagu tak hafal jadinya hum sahajalah. Menganggap pihak berkuasa seperti Naga jahat dan sekatan jalan oleh JPJ seperti Goblin yang cuba mengahalang quest mereka. Motor untuk duel selalunya akan di-weld dengan scrap metal kononnya seperti shielding dan akan ada home made weapon untuk pertarungan.


Theme Song: 'The Magic of Wizard's Dream' daripada  Rhapsody (sekarang Rhapsody of Fire).Wizard di sini merujuk kepada  mekanik yang  kasi bikin motor (aka kuda tunggangan mereka).Kononnya dengan bantuan si 'wizard' maka kemenangan itu dapat dicapai.Gila gay sial.


Dow penat lak,takpelah.next time aku sambung.

Akan datang:

Rempit Thrash Metal
Rempit Metalcore
Rempit Avantgarde Metal
Rempit Gothic Metal
Rempit Doom Metal
Rempit Folk Metal

wuh banyak ni!

Takat tu ajelah aku tulis, yang Rempit Doom Metal tu pun tah mana tah. Malas aku nak cari.

Klik delete...pooof!..selesai!

Mungkin aku patut delete sahaja page Myspace aku. Setiap kali aku log in aku akan teringatkan Si Amoi. Aku akan teringatkan semuanya bermula dari Myspace. Kenangan yang macam-macam, menerpa kepala.

Aku tak cukup kuat. Atau barangkali, eh aku pun tak tahu lah. 

Aku ingat lagi,sejak aku rapat dengan dia,mana ada aku add perempuan lain dalam Myspace. Gila babi langsung takde rasa nak flirt around ke apa. Dia sorang saja, dan dia sorang aje aku hadap. Sebab tu bila dia pergi, aku jadi serba tak kena.

Bodoh sial,aku nak weep lagi buat apa.

Nak aje aku pergi depan muka dia dan cakap "Keikhlasan aku,ada kau nampak selama ni?"

atau mungkin cakap "Hapuskan rasa insecure kau, aku ada ni!"

Atau barangkali, aku hanya tempat dia lepaskan kesunyian. Ah siapa tahu kan?

Biar apa pun niat dia (samada baik atau buruk) terhadap aku kan, aku tetap sayang dia,seikhlas hati. Itu pun kalau dia tau menilai lah.

Dah,merepek sangat ni.

Amoi, aku rindukan kamu :(

Wednesday, December 10, 2008

Yang tinggal hanya dua, dan satu kerinduan

Maaf, aku tetiba jadi keliru.

Aku telah move on dengan hidup aku, tapi pagi tadi aku teringatkan dia balik.
Dan aku jadi hiba.



Aku sayangkan kamu Amoi. Lebih dari yang kamu tahu.

Tapi untuk kembali macam dulu, ia akan ambil masa yang lama. Dan probably takkan sama seperti sebelum ni.


Aku masih belum bersedia. Aku masih belum dapat capai cita-cita aku. Dan aku tak mahu menyusahkan kamu.

Maaf, saya memang tak dapat lupakan kamu.

Saya  sayang kamu, tapi buat masa ni,setakat ini sajalah.

Sunday, December 7, 2008

Lagi satu pemergian.

Satu lagi pemergian.

Pakcik aku meninggal dunia kelmarin. Dan aku attend 2 pengebumian dalam masa seminggu, dan ayat-ayat talqin masih terngiang-ngiang di telinga.

Kurniakan aku kesedaran, Tuhan, yang hidup ini hanya sementara!

Friday, December 5, 2008

Ketentuan itu di tangan Tuhan, kau sapa nak menentang?

Secara serius, balik dari Publicis tadi, otak aku kosong..eh bercelaru. Macam-macam benda duk terpa dalam kepala. Bukan, bukan.

Bukan masalah berat badan yang menghantui,
Bukan masalah duit yang menghantui,
Bukan rasa lapar sebab tak lunch yang menghantui,
Bukan, bukan.

Aku rasa telah memahami ayat ni setelah sekian lama:

Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan tuhan.

Aku menghadapi perpisahan, yang sememangnya ketentuan Tuhan. Dan aku hidup in denial untuk beberapa ketika, enggan menerima kenyataan. Menganggap apa yang berlaku tu sekadar mimpi buruk, yang hanya akan hilang bila aku bangkit tidur. Aku mempersoalkan, kenapa aku? Silap apa aku buat? Aku lupa, yang aku sebenarnya lalai. Nikmat yang diberi tu ujian dari Nya. Ujian bukan setakat dalam bentuk yang sengsara, tapi juga dalam bentuk yang menyeronokkan. Nama pun melalaikan. haih. Paham ke? Setiap yang kita dapat di dunia ni, sekadar pinjaman dari Yang Maha Esa. Deria kau, tubuh badan kau, uhh anak, harta..basically everything lah. Even juga nyawa kau. Siapa cakap nyawa kau tu hak kau? Pinjaman tu wei. Pada aku lah. Aku ilmu bukan banyak pun. Ya, jadi semua pinjaman. Dan semua tu adalah amanah untuk kita menjaganya. Nyawa yang diberi, digunakan untuk mencari keredhaan dan kerahmatan dari Tuhan, maksud aku untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba. Anak-anak dan family, itu adalah pinjaman juga. Bila sampai masa, akan di tarik balik. Dan bila sampai masa tu, you are basically are left with nothing kecuali amal kau.

Aku break up dengan si kesayangan, dia adalah pinjaman dari Tuhan untuk menguji sejauh mana aku mampu memegang amanah. Aku gagal, maka pinjaman di tarik balik. Itu adalah ketentuan Tuhan. Barangkali akan ada yang lebih baik, atau barangkali akan dikembalikan pada aku, bila Tuhan rasa aku sudah boleh bertanggungjawab. Dan aku lupa aku tak pernah memiliki dia, sebab dia milik Tuhan. Jadi buat apa aku nak weep lebih-lebih? Aku dah lupa ke? Itu dah jadi obses. kalau aku waras, aku akan relakan dia pergi dengan mudah. Tapi sebaliknya aku berusaha kononnya bermati-matian yang dia tu milik aku dan pergi mampus, apa nak jadi, jadilah. Siapa aku nak berlagak macam aku memiliki dia, aku ni tuhan ke? Hoh. In the end, ketentuan tu di tangan tuhan. Tuhan nak dia balik kat aku, jadilah. Kalau tak dibenarkan, sudahlah. Kan ke kalau tak menerima realitinya, sudah dikira melawan Tuhan? Eh, kan?

Lecturer yang aku agak rapat, pergi menyambut panggilan Illahi semalam...eh kelmarin? Aku devastated (Ya aku memang emo gila ok). Aku terdiam, kenapa jadi camni? Aku lupa lagi, itu ketentuan Tuhan. Mesti ada something nak ditunjukkan. Kemudian aku teringat, ada hikmahnya aku batalkan niat aku nak pergi trip ke New Zealand tu. Pasti sangat. Barangkali kalau aku pergi, ada kemungkinan aku end up terkorban dalam kemalangan tu, dan barangkali mak aku akan kehilangan anak, adik-adik aku akan kehilangan abang mereka. Apa tu? Barangkali Tuhan mahu tunjuk, yang perjalanan hidup aku masih jauh, aku ada banyak lagi benda untuk di hadapi sebelum menghadap Yang Maha Esa. Barangkali lah. Jadi, aku perlu teruskan hidup dan berusaha mencari kebenaran selagi bernafas. Barangkali kejadian tu adalah pengajaran untuk aku. Barangkali. Walaupun bukan secara langsung. Yang dah pergi tu, biarkanlah. Jadikan pengajaran dan ambil iktibar.

Buat si kesayangan, pergilah. Kamu bebas mencari kebenaran kamu (dalam erti kamu sendiri). Semoga kamu akan bergelar sebagai seorang Muslim nanti. Oh, impian aku untuk menyaksikan kamu mengangkat syahadah dengan mata sendiri mungkin tak tercapai, tapi sekurang-kurangnya dapat tahu kamu jadi Muslim nanti pun,sudah memadai. Aku menyesal, aku lupa dengan diri aku. Tapi pengajaran yang berguna buat aku. Maaf, aku tahu kamu benci dengan aku. Aku cuma harap kita boleh berjumpa balik, even sebagai kawan. Aku sekadar mahukan tiada lagi rasa benci antara kita. That is the least thing I could hope.

Buat En Shafiee, damai la kamu di sana. Terima kasih atas ajaran dan nasihat selama ni. Lepas ni akan tiada lagi soalan "kenapa rumah kamu bising sangat? Tengok bola ke?" dan tiada lagi juga kelibat kamu lepak minum di kafe. Kamu akan sentiasa diingati. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.


Jodoh pertemuan, ajal maut, di tangan Tuhan. Dan Kita hanya mampu merancang.


p/s: Aku tau entry ni berbunyi macam nonsense dan melompat sana sini. Apa nak buat?


pp/s: Aku rasa kosong dalam jiwa. Kosong. Hairan. Sudah hilangkah rasa nak berseronok dan buang masa?

Thursday, December 4, 2008

Dan Sesungguhnya Ajal Itu Datang Tanpa Diketahui

Berita tak baik.

Mereka yang pergi ke photography trip ke New Zealand telah terlibat dalam kemalangan. 2 orang telah terkorban. Lecturer aku, En Shafiee Ahmad dengan sorang budak broadcast Mariyam namanya meninggal dunia. dan beberapa orang lagi tercedera dan ada yang koma. Aku terlalu down lah nak cerita, mungkin lain kali.

Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat. And En Shafiee, thanks for being such a great and nice lecturer. We are going to miss you,sir. A lot.

Salam.

"Another soul departed, yet another one is born. Be grateful as you're are given another chance to live for another day"

Wednesday, December 3, 2008

You Sayang I tak?

Kat bilik mesyuarat unit percetakan:

"Terima kasih di atas bantuan kamu bertiga sepanjang satu bulan ni, tapi kami nak maklumkan kami tak sambung kontrak kamu untuk bulan depan"

"Alaaa.."Terdengar keluhan kami bertiga, yang merupakan budak Masscomm, yang lain-lain dalam bilik mesyuarat tu semuanya budak Art and Design. Mula la tu tarik muka. Ye ah, mana nak cari duit lagi ah?

Balik rumah, aku duk terfikir, apa aku nak buat sebulan lagi ni? Gila apa nak makan berak tido aje. Jadi orang berguna sikit la wei,lol lol. Tau tau aje aku sampai rumah nenek aku kelmarin, aku dapat job baru.......

JAGA NENEK!bwahahahaha~

Ok apa, dulu masa aku kecik nenek aku ada gak pe jaga aku. Err macam, mandikan aku ngan cousin-cousin yang lain, yang termasuk berjantina berlawanan. Mass bath, completely naked yo! Dan masakan nenek memang aku puja lah. Gila babi terbaik. So sampai masanya aku balas jasa dia lah.

"Uh, kalau saya duduk sini, apa tugas-tugas saya, nek?" Tanya aku bagai menjawab interview kerja.

"Kau temankan rumah waktu malam aje, tolong kemas-kemas sikit"

"Nek, nek! Saya terer masak sambal ikan bilis!Sardin pun terer!kalau nak saya masak, bayar lebih boleh?" Gaya aku seolah nak mintak gaji up pulak.

"Eh boleh, boleh!" Nenek aku macam serius pulak.

"Ehehe, tak payah la nek. Apa nak bayar saya ni, ikhikh" Konon-konon malu, padahal kalau sua aku duit memang aku amik la hahaha~

Jadinya cuti ni aku stay ajelah rumah nenek aku, ala apa ada hal. Aku bukannya ada menda nak buat. Awek pun tadak, sob sob <------------bongok gila,memang takde kaitan. Agak-agak bosan pi lenjan PS2 kat depan tu. Nenek aku pun layan gak pe tengok aku duk main game. Takpun tengok DVD. Alamak aii, golek-golek 3 minggu tau-tau kelas dah start. Untung-untung nenek bayar aku, lepas ah nak beli shirt baru ke short ke. Hahaha.

p/s: Aku baru dapat panggilan tadi, kawan-kawan aku yang ke oversea trip telah kemalangan. Aku tak tahu status sebenar keadaan diorang, tapi aku honestly risau. Baru semalam aku call seorang kawan yang pi trip tu, birthday dia semalam and aku ingat nak wish tapi was cut short cuz the fact dia kat oversea, mahal tuh call. Ah risaunya. Harap diorang semua selamat dan sihat. Doakan keselamatan mereka di sana.Ya?

Monday, December 1, 2008

Bye bye Wohlenburg machine!

Oh hari ni hari terakhir aku kerja dekat unit percetakan. Nothing much to do pun sebab most of the works dah diselesaikan orang sesi siang. Jadi aku cuma datang lepak-lepak. Pi borak-borak dengan Men, duk ikat buku-buku yang nak dihantar ke sidang konvo esok. Lepas ni dah takde ah nak pi bermain-main kat machine Wohlenburg tu, nak duduk kat sofa busuk kat tepi tangga sambil mengutuk-ngutuk, atau pun duk berebut nasik konvo dengan staf lain and most importantly takde ah nak punch card. Sebulan yang bergelumang dengan kertas dan mesin. Sebulan yang mencabar. Sebulan yang penuh dengan usaha untuk kembalikan kewarasan. Sebulan yang penuh dengan macam-macam ujian. Ah hey, aku masih hidup, tu paling penting!

Tepat pukul 5 aku blah dari situ. Esok kena datang kembalikan borang claim. Ah duit cepat mari ke sini!

Aku harus cari cara untuk menghilangkan rasa celaru ni. Uh bulan December ni aku nak buat apa ah?

Mungkin berusaha ambil lesen kereta. Sebab aku pernah bercakap dengan si dia yang aku nak ambil lesen kereta. Never mind lah, dia tak perlu tahu pun. Aku buat untuk lunaskan janji aku kat diri sendiri.

Atau mungkin lepak seolah-olah aku akan hidup 1000 tahun lagi.

Atau mungkin aku boleh mulakan menulis resume aku, memandangkan pengajian aku tinggal 1 semester saja lagi. Bersedia dari awal, iya?

Atau mungkin aku boleh sambung internship aku kat agency lama?Eh tu aku tak tahu la.

Atau mungkin aku boleh duduk berkurung dalam bilik selama sebulan tanpa buat apa-apa.


Option terakhir tu macam kool. Kan kan?
.
.
.
Tak?

Cam orang gila ya? Yelah aku tau lah aku ni perangai tak waras sekarang. Habis tu kau ada solution terbaik ke? Bak cakap sekarang la wei.
.
.
.
.
Apa gila cakap sorang-sorang.





Related Posts with Thumbnails