"Eh bro,boleh la yek? Kau main yek?" cakap seorang teman semalam masa tengah lepak kat NZ.
Kawan-kawan yang aku lepak semalam minta tolong aku untuk fill in slot untuk drummer band diorang. Depa ada gig Sabtu ni, 2 gig pulak tu. Habis As Sahar camne? Hek eleh,kabut la wei. Pergi ah pas abes gig, tak gitu?
Aku dah lama tak main atas stage, jadinya ada sedikit rasa cuak lah. Tapi bila tengok diorang bersungguh-sungguh mintak tolong, aku pun cakap 'baik,aku main lah'. Dan ini mungkin juga peluang untuk aku buktikan kat diri aku yang aku boleh. Yeah!
Jadi macam mana? Cuba yang terbaiklah. Bila orang letak harapan, the least you can do is try. Mereka kawan-kawan aku jugak, despite kenal less than 2 weeks,lol. see, aku senang doh berkawan dengan orang haha!
Kadang-kadang aku fikir, kesian mereka yang telah aku kecewakan. Kalau ada peluang, aku mahu aje betulkan balik.
OK ah, aku nak pi praktis drum stroke lah. Tata.
p/s: Say hooray kepada seseorang yang telah menemui pengganti! All the best tau.
2 comments:
pada pednapat aku la ko jejak setapak je kat bumi Allah ni ko dah affect org lain dah bro.
yeahhh,hopefully.haha.
Post a Comment