Barangkali kalian pernah baca @ dapat artikel pasal Metal Styles.Aku tak tahu la kau rasa tu lucu ke tak tapi aku baca memang confirm ah tergelak-gelak.Like, how the author potray the style of grindcore scenario. Ok sebelum tu the intro sounded like this:
"A princess is caught by a dragon and imprisoned in a castle.."
And akan datang berbagai2 hero untuk selamatkan this damsel in distress,each and everyone dengan gaya Metal.Ok back to grindcore ya,bunyinya camni:
"The protagonist arrives, screams something completely undecipherable for about 2 minutes and then leaves. "
Tengok plak kalau folk metal,lagi lucu:
"The protagonist arrives with some friends playing accordions, violins, flutes and many more weird instruments, the dragon falls sleep (because of all the dancing). Then they all leave… without the princess."
Heh,samapai sekarang aku memang gelak kalau baca balik.Anyway,aku pun nak buat version aku sendiri,tapi its a cross breed between Metal and Rempit, since hari tu aku jumpa Rempit layan shuffle,why not kalau imagine Rempit layan Metal pula?How will their image will be?And how their lifestyle will be (since Metallica pernah meng-glorify heavy metal lifestyle dalam lagu Hit the Lights)?So here it goes.Metalhead,start yer engine!
Rempit Black Metal
The most loathed bastard breed of Metal in the history of mankind.Rempit Metal kategori ini berlumba dengan passion sejati Rempit bercampur dengan sifat misanthrophic yang sebati dengan Black Metal.Berbahaya dan kejam,pakaian lumba mereka bersalut spike,chain dan juga bullet,untuk tindakan mempertahankan diri daripada di tahan Polis aka Otek aka Bond selain menambahkan reputasi sebagai Speed Demon (merujuk kepada istilah Inggeris yang bermaksud orang yg gemar kepada kelajuan).Berpakaian serba hitam,berserta corpse paint namun berhelmet (keselamatan kena jaga beb sekali pun depa ni gr|m dan n3kr0).Sekalipun Black Metal,memandangkan masih terdapat trait Rempit dalam diri mereka,berbahasa Inggeris mahupun Norway ataupun Sweden menjadi masalah utama buat mereka.Gemar melaungkan 'Rempit ist krieg!' sebagai pembuka ritual perlumbaan.
Theme song: 'Total Death' daripada Isengard kerana belum tentu lepas merempit dengan spike mereka akan kembali in one piece.Jadi baik mampus sahaja.
Rempit Death Metal
Kalau New York ada NYDM (New York Death Metal), Malaysia pun ada jugak dengan MYDM (Malaysia Death Metal), Rempit Death Metal juga tak mahu ketinggalan dengan MYDM mereka.Bukan Malaysia Death Metal okayy, ini Mampos Yok Death Metal (bererti Mampos Jom).Selari dengan tema Death Metal yang selalunya lingers around topik kematian,gore dan berbagai lagi,Rempit Death Metal juga terikut-ikut (depa kan memang cam lalang) lantas wujudlah MYDM mereka.Selalunya berpenampilan lebih simple berbanding si bangsat Rempit Black Metal, namun secara spiritualnya lebih kejam.Seboleh-bolehnya dalam perlumbaan sesama Rempit Death Metal mesti ada kematian yang parah (putus kepala,terkeluar isi perut dsb),maka perlumbaan akan lebih enjoyable dan meriah.Selalunya kemenangan akan disambut dengan banging helicopter (rujuk gaya George Fischer Corpsegrinder) dan rata-rata mereka bersuara dalam dan sukar difahami (terikut-ikut dengan gaya vokal Death Metal).
Theme song: 'Split Wide Open' daripada Cannibal Corpse sebagai simbol kematian yang parah (pecah perut,kepala terpokah dan sebagainya)
Rempit Power Metal
Mereka yang tergolong dalam kategori ini kuat berfantasi dan sering menganggap mereka seolah-olah pahlawan dari zaman pertengahan Eropah.Walhal realitinya mereka hanyalah anak-anak Melayu yang tinggal di Keramat, Cheras atau pun Balakong.Seringkali memanggil jentera mereka sebagai Kuda Tunggangan ataupun Unicorn atau ke tahap yang melampau, Naga Sakti Bertenaga Petrol Dua Lejang. Mereka juga tidak berlumba seperti Rempit yang normal sebaliknya adalah duel seperti zaman silam (dua knight bertemu depan-depan sambil cuba menjatuhkan pihak lawan dengan senjata).Mereka mendakwa teknik wheelie berasal dari golongan Knight di Eropah,namun sehingga kini tidak dapat dibuktikan. Faham-faham sajalah,kuat berfantasi. Selalunya mereka bersuara sedap seperti vokalis Power Metal namun disebabkan lagu tak hafal jadinya hum sahajalah. Menganggap pihak berkuasa seperti Naga jahat dan sekatan jalan oleh JPJ seperti Goblin yang cuba mengahalang quest mereka. Motor untuk duel selalunya akan di-weld dengan scrap metal kononnya seperti shielding dan akan ada home made weapon untuk pertarungan.
Theme Song: 'The Magic of Wizard's Dream' daripada Rhapsody (sekarang Rhapsody of Fire).Wizard di sini merujuk kepada mekanik yang kasi bikin motor (aka kuda tunggangan mereka).Kononnya dengan bantuan si 'wizard' maka kemenangan itu dapat dicapai.Gila gay sial.
Dow penat lak,takpelah.next time aku sambung.
Akan datang:
Rempit Thrash Metal
Rempit Metalcore
Rempit Avantgarde Metal
Rempit Gothic Metal
Rempit Doom Metal
Rempit Folk Metal
wuh banyak ni!
Takat tu ajelah aku tulis, yang Rempit Doom Metal tu pun tah mana tah. Malas aku nak cari.
6 comments:
rempit jiwang tak de ke?
aku rempit jiwang weh. kau tules la pasal kami.
haaaaaaaahaha.malas la bro.aku tulis pun cuz i was bored.aku copy paste dari blog lama aku le.
sarcasm kembali lagi!!!!
haha damnnn.
Rempit Balada Rock ada tak?
lol.tadak.kot.haha.
Post a Comment