A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Thursday, November 27, 2008

Erti hujan pada aku

"Wei ko nak main band ngan aku tak?"tanya si kawan sewaktu driving nak lepak ke mamak semalam. Aku yang duk termenung pandang luar terus hilang minat,

"Ha?main style apa?Aku nak main apa?"

"Brutal death metal. Ko jadi vocalist ah ok?"

"Haha, bolehhhhhhhhh kotttt. Follow style sapa?" ada nada kurang pasti di situ.

"old Cannibal Corpse.Uhh Deeds of Flesh gitu la."

"Woi gila!Nak buat suara cam Chris Barnes?Gila low bodo suara dia."
"Ala try aje lah."

"Oh baik.Ya ya."

Pastu keadaan senyap sampai le ke mamak. Hujan lebat. Bosan. Teh halia yang jadi kegemaran aku lately ni rasa macam hape tah. Bosan.

"Wei, ko rasa yang pakai baju pink tu pondan ke perempuan betul?" Aku cuba ceriakan keadaan dengan berteka-teki. Random nak mampus.

"Definitely perempuan la dude" jawab si Kamil.

"Apa ah. Cam pondan doh. Ko tengok muka dia lain macam panjang tu!" Pangkah aku seraya meneguk teh halia. Pedih tekak.

"Wei gila. Pi tengok tetek dia la wei. Punya besar camtu ko cakap pondan."

"Sorry ah. Tak minat. Tak selera. Boring." Lantas menamatkan topik tu kat situ.

Bosan. Lantas perbualan bertukar ke scene metal tempatan (aku duk angguk je,aku bukan mat metal pun), band-band grindcore yang bertema lucu sebelum bertukar kepada projek band masing-masing. Tapi tetap bosan. Aku rasa lost. Hujan kat luar.

Aku sebenarnya akan jadi sedih bila hujan. Tak kira la hujan pagi ke petang ke malam ke. Bukan aku benci hujan ke apa. Kalau aku benci hujan maknanya aku benci Yang Maha Pencipta, tak gitu? Sejak dulu lagi bila benda-benda yang buruk dan menyedihkan berlaku kat aku, pasti akan diiringi hujan. Aku tak tau la coincidence ke apa,yang penting bila hujan, aku akan teringat macam-macam. Dan semalam aku teringatkan si dia, di kala hujan. Lepas tu mula ah lagu Gita Gutawa tu bermain-main kat kepala aku. Ya, Gita Gutawa,so? Aneh? Anyway, aku memang letak harapan kat dia pun utuk kembali. Cuma aku tak tahu bagaimana, dan bila.

"Jom balik ah"

"Yeah jom"

"Wei, tahun depan hang follow aku, kita masuk battle of the band. Kita buat gila sebelum kita graduate,mau?" cakap si kawan lagi sorang ni, yang merupakan kenalan forum dulu.

"Ha? Aku join band kau?"

"Ya la. Bila lagi?"

"Uh Insya Allah. Boleh diusahakan."

Lantas kereta menuju laju meninggalkan mamak dan membawa seribu satu macam benda dalam kepala aku. Alangkah bagusnya kalau hidup ni ada butang reset,iya?


2 comments:

Nirrajim said...

Aku benci HUJAN!
kali pertama aku dgr cd dia laptop tros corrupted! cam taik kan!
Benci! banyak File hilang, lagu² kene d/l balik. Taik la HUJAN!

The A said...

Eh Larra!Laa ada lagi kau ni lol lol.

Apa tetiba masuk band hujan aih.takde kaitan langsung.haha.ye lah ye lah, hujan taik bwahaha~

Related Posts with Thumbnails