A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Monday, November 24, 2008

Skippity Skip Skip

Pak Jais suruh aku dengan budak-budak SKP balik rumah dulu sebelum sambung balik kerja karang. Yeah, gila syok kerja camni,hohoho. Jadinya skang aku berada kat depan laptop sambil duk online tak tau nak buat apa.Gila takde life. Ah sejak bila aku ada life?Haha.

Anyway, aku berjaya gak la turunkan berat badan. Rasanya lah,kot. Semalam aku pergi Pertama pi beli shirt Emperor bersaiz XL, muat siol. Kok dulu pakai sendat nak mampus,sampai terkeluar-keluar perut.So, one hurahh for me,yay! Next time dapat gaji aku nak beli shirt lain lak ah.Semalam macam nampak shirt Suffocation dengan Unleashed. Lain-lain suma baju-baju emo. Budak-budak emo badan besar ke ah?Lol.

Aish, si Amoi sejak aku berpisah ngan dia makin cantik pulak, dengan tangan dia sekarang berinai (nak kawin dah ke wei?). Ni yang buat aku rasa nak sepak muka ngan gigit kaki sendiri. Adoi sayu sungguh lah wei. Padan muka aku. Pergi kerja pun jiwa kacau. Apa ah. Then aku teringat nasihat Pak Jais time aku duk rehat kat sofa buruk kat Printing Department tu. Dia duk bercakap pasal kerja la, jodoh la semua. Dengan loghat Negeri Sembilan dia tu, dia cakap " Apa yang penting sekalipun, bila kau mencari jodoh, atau berkenalan dengan perempuan, kau ingat tiga perkara aku cakap ni; hati mau ikhlas nak dengan dia, Allah jangan lupa dan hormati dia. Kau pegang tu". Lantas aku terangguk-angguk faham sebelum tersengih mengepau rokok dia.Haha. Aku paling suka tengok Pak Jais ngan Pak Rosul ngutuk orang. Gila meriah siol. Funny nak mampus. Ada aje ah nak dikutuknya. Paling funny bila Pak Jais sebut "lancau". Tah hape tah,semacam aje funny. Ada sekali tu Pak Jais hangin ada budak printing department duk report cakap team potong kertas tak buat kerja la, duk skip kerja la. Tau-tau esok ada naik satu notis kat department, bertulisan tangan " jangan kacau kitorang nak buat kerja. Lu sapa? - kertas<-------merujuk kat team pemotong kertas". Hek eleh, bila aku baca aje sengih memanjang. Rupanya diorang ni ada gak tak ngam sana sini. Lol. Oh semalam masa aku duk selak-selak shirt band yang aku nak, aku nampak ah shirt Arch Enemy, ada la dalam 3,4 helai. Ha pastu mula ah termenung kejap. Aku tau dia minat Arch Enemy, even dia ada shirt Arch Enemy sehelai. Aku terfikir gak nak belikan untuk dia sehelai, tapi tu lah, aku batalkan niat aku. Mana la tau dia lagi marah dengan aku ke. Haih. Pernah gak aku simpan niat nak ajak dia berjalan pi Campbell ngan Pertama, but I guess niat tu tak kesampaian lah. Eh who knows kan, lain kali boleh kot. Positive lah sikit.Bwahaha~ But honestly la, aku memang selalu teringatkan dia. Hari tu mak aku telefon " Ah camne ngan dia?Kau dah baik dengan dia?", lahh baik balik hapenya mak. Memang aku kalau boleh sedaya upaya nak baik balik sekarang jugakgrhhhh bphrrrrrrr (berbunyi emo huhaha~). Gila aih wallpaper komputer aku muka dia, kat wallet aku masih ada gambar dia, ahh pendek kata semua dia dia dia ah.Lol. Weh, ada sapa nak belanja aku lunch?

p/s: Sejurus sebelum masuk kerja balik tadi, housemate aku dapat panggilan dari bos. Dia duk tanya mana kami menghilang. Damn it, kantoi pulak!

pp/s: Lepas lepak mamak kul 10 tadi, aku pi jalan-jalan kat tasik section 7, gila sayu hati tetiba pulak kan. Member aku duk tanya pehal tetiba diam aje. Melankolik la bodoooooooo!

3 comments:

putrinadia said...

ko ok x?
jgn smpai sawan sudah la yek....

::Fariz Kongz:: said...

sawan smp berbuih mulut...
klikk...klikk...klik...

(aprrove komen ni weh!!!)

The A said...

aa putri,aku mana main sawan2 ni,terus black out aje.nasi mangkuk tingkat please?

haha,damn it kong.ko dah start cuti belum?balik ah shah alam wei.jom lepak.

Related Posts with Thumbnails