A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Saturday, November 29, 2008

When All Faith is Lost

Semalam, hujan lebih lebat dari biasa. Dan aku runsing sangat. Duit aku sudah hampir tiada. Aku hanya rely pada syiling-syiling yang aku kumpul. Berapa lama sangat la boleh tahan. Paling kuat by esok malam dah licin. Bukan setakat aku runsing, aku juga rasa lonely. Yeah, aku memang tengah whining.

Semalam, hujan lebih lebat dari biasa. Dan seperti biasa lagu 'Sempurna' asyik terngiang-ngiang di telinga aku, sampai rasa macam nak mereng dah. Kadang-kadang sampai terleka. Ada sekali tu buku yang aku bawak terjatuh, kawan aku lantas menyanyikan chorus lagu tu:

"Kau adalah darah ku, kau adalah jantungku, kau adalah hidup ku..."

"Sial kau!"

Aku tau lah aku terbawak-bawak emosi sampai ke tempat kerja, but gimme a break ok?

Anyway, semalam sewaktu aku lepak dengan Kamil di section 13, aku cakap

"Aku rindukan dia, Kamil. Aku rasa lost betul."

"Sabar lah bro. Nanti kau ok lah tu"

Aku hilang kata-kata. Kadang-kadang aku berharap aku hilang ingatan, jadi aku tak perlu rasa macam ni. Alangkah baik nya kan?

Semalam, hujan lebih lebat dari biasa. Dan aku rasa bertambah kalut. Bila aku sampai rumah, aku rasa bercelaru. Sangat bercelaru. Dan aku capai phone, aku belek-belek. Aku fikir, patut ke aku call dia. Ada dua kemungkinan, pertama; dia akan jawab. Kedua; dia akan ignore. Aku dial, dan ya dia tak jawab pun. Dua kali aku call, dan langsung tak berjawab. Hati aku hiba, rasa macam kena panah bertalu-talu pastu kena bakar. Aku duduk di bilik Mario dan merenung dinding, tanpa sebarang emosi. Bagaikan zombie. Aku mati akal. Dan semua memori berputar laju kat kepala aku. Tanpa ketinggalan satu pun. Dan hujan masih turun lebat. Dan aku rasa kewarasan aku dah mula tergelincir. Aku ni pentingkan diri ke, kalau aku ingin dia kembali kepada aku? Aku ni bodoh ke kalau aku masih bertegas nak tunggu dia? Dan sehingga kini, aku tak mampu nak jawab semua tu.

"Mak dah lama tak nampak kau gelak sejak dari hari kau putus dengan dia, tapi tadi tu la first time mak tengok kau gelak. Kau dah ok ke?"

"Entah lah mak..."

Ah, mak mana yang tak risau kan?

"Kenapa kau call tiba-tiba ni?"

"Sorry ah Qila, kepala aku celaru lah. Duit aku dah nak abes ni. Yeah aku call tanya khabar aje ni. How's everything?"

"Ah syok lah, nama pun cuti. Takde duit? Kau nak pinjam ke?.."

"Eh tak lah wei. Aku tak nak pinjam lah. Aku...aku tatau lah"

Pagi ini, cuaca sejuk, dan aku terbangun tanpa sebarang emosi. Langsung. Dan aku online sebentar, sebelum aku ambik mp3 player aku dan mengurung diri dalam bilik Mario. Aku lepaskan segala rasa pedih aku. Pedulikan lah aku tersedu-sedu ke apa. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Memang emosi aku berkecamuk. Ya sial, memang berkecamuk sungguh. Pedulikan lah kalau ada orang dengar aku menangis pun. Ego aku dah takde. Dah lama hilang. Aku marah dengan diri aku, sampai ke tahap kalau ada button reset atau delete untuk hidup ni, memang aku akan tekan, sekarang jugak.

But still, faith aku terhadap Yang Maha Esa tak pernah luput. Ya aku pernah bertanya, mana silap aku diuji macam ini? But then, hidup ini adalah ujian. Dan ujian sepatutnya menguatkan manusia itu. Permudahkan lah aku dalam menghadapi ujian ini, ya Tuhan?

Tertewas kah aku? Satu kesilapan ke aku call dia semalam?

4 comments:

Anonymous said...

it's not a mistake that u called her smlm. haih. pompuan mmg camtu la.

apa kata ko sms dia ckp ko kat spital. mesti dia kelam-kabut. ahaks. sbb bf aku dulu wat camtu time aku nk break ngan dia. tapi sbb aku kesian dgr dia ckp tgh kat spital so aku pun berbaik la ngan dia.. sekian. hiks

A, is for Anomaly said...

pada aku la Na, aku lebih suka jujur. Tak nak aku bikin drama la hape. Ego kan aku?haha. I've been sms-ing her once a week sejak 3 minggu lalu. Tanya khabar and stuff. And tanpa balasan. Yet aku tak rasa cam nak putus asa.

Senang cakap aku tak de idea lah macam mana. Aku ikut instinct aje.haha.

Yakuza said...

fuh!! blog ko memang terbaik..aku nak compile masuk dalam magazine karangkraf le?

A, is for Anomaly said...

ah?ko ngengada ah.aku duk tulis menda crap ni.wei jom ah COD!aku dapat gaji nanti kita bunuh bunuh jom.lol.

Related Posts with Thumbnails