A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Thursday, November 20, 2008

Random lagi

Aku baru perasan, majoriti entry aku sebelum ni berbentuk jiwang, rintihan dan penyesalan. Ha. Nak buat macam mana? Haha. Aku mengakulah, aku memang obses terhadap si dia. Kadang-kadang aku macam tak percaya yang aku pernah ada hubungan rapat dengan dia tu. Tapi tu ah, secepat tu dia datang, secepat tu juga dia pergi. Aku nak buat macam mana? Aku merintih macam janda mati laki pun takkan dapat balik.Tapi bagaikan orang yang kemaruk, aku masih meletak harapan dekat dia. Tak putus-putus beb. Sebab aku rasa dia special sangat. Not like she is a supermodel ke, actress ke apa, tapi ada beberapa kualiti diri dia yang buat aku fall to her ah. Aku masih ingat waktu aku dah mula rapat dengan dia, asal aku online dengan dia pasti aku mainkan lagu Shania Twain ' You've Got A Way' hampir setiap masa. Haha, apa? Ingat tak boleh ke? Bila dah break up, aku dengar balik lagu tu aku tersengih tapi at the same time hati meruntun hiba la. Mana tak nya, menggamit memori ah. Hampir tiap baris lirik lagu tu menceritakan isi hati aku ah wei. Hampir, bukan semua,lol.

Ah, hari ni UiTM dah start konvo yang ke 69. Aku punya lambat lagi,rasanya konvo yang ke 71, kalau takde sangkut paper la. Heh. Doa banyak-banyak. Aku fikir apa ah, aku niat nak jadikan konvo aku nanti sesuatu yang untuk dikenang sepanjang hidup. Dengan kehadiran parents aku, adik beradik aku dan originally to include dia untuk hadir. Oh well, manusia hanya mampu merancang. Haha. Gila aku dah rancang awal-awal weh. Anyway hari ni first day konvo, mesti sesak jalan dalam kampus. Aku masih kena hadir ke kerja hari ni. Ah kerja, malas sungguh. Tapi kalau tak kerja mana nak dapat duit?Leceh sungguh.


2 comments:

Fariz Azhar said...

baru prasan ke bang??
hehehe...
kewl laa bro...
if she's meant for you..she'll be with you...
matter of time only...
patience is wisdom~~~
peace~ (^_^)v

A, is for Anomaly said...

patience ya?aku selama ni mana reti sabar lol.but maybe now its the time to learn the meaning of being patience.

Related Posts with Thumbnails