A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Saturday, November 29, 2008

When All Faith is Lost

Semalam, hujan lebih lebat dari biasa. Dan aku runsing sangat. Duit aku sudah hampir tiada. Aku hanya rely pada syiling-syiling yang aku kumpul. Berapa lama sangat la boleh tahan. Paling kuat by esok malam dah licin. Bukan setakat aku runsing, aku juga rasa lonely. Yeah, aku memang tengah whining.

Semalam, hujan lebih lebat dari biasa. Dan seperti biasa lagu 'Sempurna' asyik terngiang-ngiang di telinga aku, sampai rasa macam nak mereng dah. Kadang-kadang sampai terleka. Ada sekali tu buku yang aku bawak terjatuh, kawan aku lantas menyanyikan chorus lagu tu:

"Kau adalah darah ku, kau adalah jantungku, kau adalah hidup ku..."

"Sial kau!"

Aku tau lah aku terbawak-bawak emosi sampai ke tempat kerja, but gimme a break ok?

Anyway, semalam sewaktu aku lepak dengan Kamil di section 13, aku cakap

"Aku rindukan dia, Kamil. Aku rasa lost betul."

"Sabar lah bro. Nanti kau ok lah tu"

Aku hilang kata-kata. Kadang-kadang aku berharap aku hilang ingatan, jadi aku tak perlu rasa macam ni. Alangkah baik nya kan?

Semalam, hujan lebih lebat dari biasa. Dan aku rasa bertambah kalut. Bila aku sampai rumah, aku rasa bercelaru. Sangat bercelaru. Dan aku capai phone, aku belek-belek. Aku fikir, patut ke aku call dia. Ada dua kemungkinan, pertama; dia akan jawab. Kedua; dia akan ignore. Aku dial, dan ya dia tak jawab pun. Dua kali aku call, dan langsung tak berjawab. Hati aku hiba, rasa macam kena panah bertalu-talu pastu kena bakar. Aku duduk di bilik Mario dan merenung dinding, tanpa sebarang emosi. Bagaikan zombie. Aku mati akal. Dan semua memori berputar laju kat kepala aku. Tanpa ketinggalan satu pun. Dan hujan masih turun lebat. Dan aku rasa kewarasan aku dah mula tergelincir. Aku ni pentingkan diri ke, kalau aku ingin dia kembali kepada aku? Aku ni bodoh ke kalau aku masih bertegas nak tunggu dia? Dan sehingga kini, aku tak mampu nak jawab semua tu.

"Mak dah lama tak nampak kau gelak sejak dari hari kau putus dengan dia, tapi tadi tu la first time mak tengok kau gelak. Kau dah ok ke?"

"Entah lah mak..."

Ah, mak mana yang tak risau kan?

"Kenapa kau call tiba-tiba ni?"

"Sorry ah Qila, kepala aku celaru lah. Duit aku dah nak abes ni. Yeah aku call tanya khabar aje ni. How's everything?"

"Ah syok lah, nama pun cuti. Takde duit? Kau nak pinjam ke?.."

"Eh tak lah wei. Aku tak nak pinjam lah. Aku...aku tatau lah"

Pagi ini, cuaca sejuk, dan aku terbangun tanpa sebarang emosi. Langsung. Dan aku online sebentar, sebelum aku ambik mp3 player aku dan mengurung diri dalam bilik Mario. Aku lepaskan segala rasa pedih aku. Pedulikan lah aku tersedu-sedu ke apa. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Memang emosi aku berkecamuk. Ya sial, memang berkecamuk sungguh. Pedulikan lah kalau ada orang dengar aku menangis pun. Ego aku dah takde. Dah lama hilang. Aku marah dengan diri aku, sampai ke tahap kalau ada button reset atau delete untuk hidup ni, memang aku akan tekan, sekarang jugak.

But still, faith aku terhadap Yang Maha Esa tak pernah luput. Ya aku pernah bertanya, mana silap aku diuji macam ini? But then, hidup ini adalah ujian. Dan ujian sepatutnya menguatkan manusia itu. Permudahkan lah aku dalam menghadapi ujian ini, ya Tuhan?

Tertewas kah aku? Satu kesilapan ke aku call dia semalam?

Friday, November 28, 2008

Eh, tapi kan...

Semalam, aku dapat sms dari mak aku:

"Mak nak pergi Carrefour ni,ada nak pesan apa-apa tak?"

Eh, aku bukan ada kat rumah pun,aku kat rumah sewa ni.Anyway aku reply jugak ah.

"Arr bawak balik amoi sorang.Haha, takde menda nak pesan la mak. Belikan topup. Duit dah takde langsung ni"

Malam tu, bila aku balik kerja, aku pergi lah online dan check email aku. Then mak aku hantar sehelai (email kira sehelai ke?) mail kat aku. Kau tahu apa dia hantar? Lirik lagu Ah Moi Chantek,haha. Lagu Hujan tu aku rasa. Lucu la mak aku nih. Dia tau betapa aku sayang dekat si Amoi tu. Sayang sekali, tak sempat dia nak jumpa si Amoi. Aih.

Hujan lebat kat luar. Si Kamil ajak lepak. Err, jadinya? Haha.

Semalam, si betina sial tu call lagi. Aku memang panas hati lah. Tak reti ke aku cakap toksah kacau lagi? Memang aku maki sepuas-puasnya semalam.

"Kau tak reti ke aku cakap tak usah call lagi?"
"Tak"
"Kau memang bodoh!"
"Err..."
"Kau call kan? Kau nak cakap apa? Cakap sekarang."
"...."
"Ei pukimak, cakap lah sial.Kau nak apa dari aku?"
"Kenapa?Tak boleh ke?"
"Siapa ajar kau jawab soalan dengan soalan,bodoh?! Kau kan cikgu, ada tak bila kau tanya soalan kat anak murid kau, diorang jawab dengan soalan?Ada tak?!"

Memang aku naik darah semalam. Aku baru nak duduk minum dia sibuk nak call la sms la.Eh bangang betul. Aku ingat lepas aku dah basuh dia bagai nak rak, dia tak kacau dah. Tak reti bahasa rupanya dia ni. Tak sampai berapa minit pastu dia sms minta maaf la, pastu misscall la. Hari ni pun sama, sms la misscall la. Eiiiiii apa la bodoh sangat kau ni wei? Go get a life lah wei. Bila aku cakap "fuck off and get a life" maksudnya berambus la. Tak payah terkial-kial. Tapi dia memang kental lah, tah celah mana dia duk korek dapat nombor aku. Padahal aku dah dekat 3 tahun tukar nombor weh. Ni kot dia call lagi aku pass kat kawan aku je ah. Dia nak phone sex ke nak maki ke pelancau aku tak peduli. Bphrrr Gruhh~

Dah aku nak lepak pi minum.

Thursday, November 27, 2008

Erti hujan pada aku

"Wei ko nak main band ngan aku tak?"tanya si kawan sewaktu driving nak lepak ke mamak semalam. Aku yang duk termenung pandang luar terus hilang minat,

"Ha?main style apa?Aku nak main apa?"

"Brutal death metal. Ko jadi vocalist ah ok?"

"Haha, bolehhhhhhhhh kotttt. Follow style sapa?" ada nada kurang pasti di situ.

"old Cannibal Corpse.Uhh Deeds of Flesh gitu la."

"Woi gila!Nak buat suara cam Chris Barnes?Gila low bodo suara dia."
"Ala try aje lah."

"Oh baik.Ya ya."

Pastu keadaan senyap sampai le ke mamak. Hujan lebat. Bosan. Teh halia yang jadi kegemaran aku lately ni rasa macam hape tah. Bosan.

"Wei, ko rasa yang pakai baju pink tu pondan ke perempuan betul?" Aku cuba ceriakan keadaan dengan berteka-teki. Random nak mampus.

"Definitely perempuan la dude" jawab si Kamil.

"Apa ah. Cam pondan doh. Ko tengok muka dia lain macam panjang tu!" Pangkah aku seraya meneguk teh halia. Pedih tekak.

"Wei gila. Pi tengok tetek dia la wei. Punya besar camtu ko cakap pondan."

"Sorry ah. Tak minat. Tak selera. Boring." Lantas menamatkan topik tu kat situ.

Bosan. Lantas perbualan bertukar ke scene metal tempatan (aku duk angguk je,aku bukan mat metal pun), band-band grindcore yang bertema lucu sebelum bertukar kepada projek band masing-masing. Tapi tetap bosan. Aku rasa lost. Hujan kat luar.

Aku sebenarnya akan jadi sedih bila hujan. Tak kira la hujan pagi ke petang ke malam ke. Bukan aku benci hujan ke apa. Kalau aku benci hujan maknanya aku benci Yang Maha Pencipta, tak gitu? Sejak dulu lagi bila benda-benda yang buruk dan menyedihkan berlaku kat aku, pasti akan diiringi hujan. Aku tak tau la coincidence ke apa,yang penting bila hujan, aku akan teringat macam-macam. Dan semalam aku teringatkan si dia, di kala hujan. Lepas tu mula ah lagu Gita Gutawa tu bermain-main kat kepala aku. Ya, Gita Gutawa,so? Aneh? Anyway, aku memang letak harapan kat dia pun utuk kembali. Cuma aku tak tahu bagaimana, dan bila.

"Jom balik ah"

"Yeah jom"

"Wei, tahun depan hang follow aku, kita masuk battle of the band. Kita buat gila sebelum kita graduate,mau?" cakap si kawan lagi sorang ni, yang merupakan kenalan forum dulu.

"Ha? Aku join band kau?"

"Ya la. Bila lagi?"

"Uh Insya Allah. Boleh diusahakan."

Lantas kereta menuju laju meninggalkan mamak dan membawa seribu satu macam benda dalam kepala aku. Alangkah bagusnya kalau hidup ni ada butang reset,iya?


Wednesday, November 26, 2008

A middle finger for yuh!

Aku berasa kurang seronok beberapa hari ni lah. Gila tak best. Rasa macam hidung kena korek 24 jam berterusan tanpa henti. Well, lebih kurang macam tu lah.

Ceritanya macam ini. Tak lama dahulu, uh boleh kata few years back. Aku ada confess kat sorang perempuan yang aku minat kat dia (konon). Actually aku pun tak tahu la pesal,sebab aku pun sebenarnya bukan ada feeling kat dia pun. Maybe masa tu hormon tengah duk meradang (raging hormon kan?), so dengan penuh selamba aje aku cakap. Apa jadi? Kena reject dowh. Tapi tadahal lah. Aku just tanya pesal reject aku nih? Jawapannya senang aje, dia kata dia tadak dara la pelancau semua lah. Aku simpati jugak le dengar kan, tapi aku tak rasa tu jawapan kukuh, dan aku syak ada sesuatu yang lebih besar di sebalik alasan tu. Tapi aku kan bodoh, ada pulak aku rasa berkobar-kobar nak siasat plak kan kan?Bedebah sungguh. Tak lama lepas tu, lebih kurang seminggu pastu, aku saja ah sms si perempuan tu, cakap aku still minat le pelancau (padahal saja test,bodoh sial aih). Tau tau aje aku dapat call dari nombor aku tak kenal. Tah sapa tah. Dah le aku tengah duk makan time tu. Maka dengan tenang aku jawab ah, budget ada member yang baru tukar nombor kot.

"Helo, ni ***** ke?" tanya suara di hujung talian.
"Aaa bercakap ni.Ada apa?"
"Kau kenal *****(nama si perempuan tu)" tanya si pemanggil.
"Aa kenal.Pesal ah?" jawab aku sambil duk kunyah chicken chop.
"Aku nak kau jauhkan diri daripada dia" nada dah jadi serius.
"Hah?Pesal lak?Ni sapa?Kau sapa weh?" Aku terus blah dari meja dan jalan ke corner, bising sangat time tu.
"Aku tunang dia. Kau faham?Skang aku nak kau jauhkan diri dari dia ok?" Babi sial,aku rasa cam kena panah petir sambil kena pancung serentak.
"Uhh I see. Ok Ok boleh. Sorry" Terketar-ketar aku pastu.

Pejadah? Kimek, aku dah jadi cam lelaki jalang ke apa ni? Ke aku yang kena tipu. Aku baran gila ah, terus aku sms si betina sial tu. Aku ingat lagi kandungan sms yang aku hantar,berbunyi camni ah:

" What the fuck is this?Kau tipu aku sial! Kau cakap kau pernah bertunang dan putus!Pejadah tiba-tiba ada jantan call aku cakap dia tunang kau?! And how did that fucktard get my number?Kau bagi kat dia yeah?" Macam nak tercabut button phone aku tekan.

Reply si sundal jalang tu:

"Sorry, aku ingat bila aku cakap aku takde dara, kau akan jauhkan diri dari aku.Sebenarnya kitorang tak putus tunang pun, aku sendiri aje anggap kami putus.Kau tau je la camne dia selalu seksa aku."

Aku lagi le hangin:

"Pukimak kau, kau menyusahkan semua orang. Sekarang dia dah duk bising-bisang sama aku. Ni pehal dia ada nombor aku?Kau nak laga-lagakan aku ke?!"

Pergh, sakit ati sial. Kena tipu bulat-bulat! Dia cakap nama aku dekat ngan tunang dalam phonebook dia la, pastu dia tersalah hantar la. Eh sial la, aku rasa dia saja nak lagakan aku ngan jantan muka rempit tu (aku pnah tengok muka mamat tak cukup sifat tu), kalau tak takkan sampai brape kali dia 'tersalah sms' kat aku ngan mamat tu. Pulak tu dia ada hati nak cakap "korang jangan la gaduh-gaduh pasal aku". Babi sial,rasa nak tergelak pun ada. Wei,kau ingat kau tu hot sangat ke sampai ada orang bergaduh nak berebut kau. Oh perlu diberitahu la, dia ni memang hodoh,haha. So maybe dia buat camni dia rasa dia hot kot dengan harapan "woh jantan gaduh sebab aku siol!". Then ada la mamat tu call berapa kali lagi duk marah-marah aku, then gebang nak bawak member-member dia nak tibai aku la pelancau. Adoi, bak mai ko sorang la wei tengok sapa last man standing. Alang-alang biar aku pukul betina sial tu sekali.

Aku memang baran gila ah bila menda ni jadi. How could she did this to me. Selama ni dia menipu la eh? Hape aku buang masa ngan dia?Fucking hell! Di pendekkan cerita, aku ambil tindakan menjauhkan diri dari dia. Aku delete dari YM, aku delete dia dari page social networking aku and even ke tahap tukar nombor phone aku. Tapi si sundal ni mana reti malu, dia duk add aku kat YM lagi, duk anta message kat profile aku lagi. Semua end up kena maki ngan aku bertalu-talu dan aku delete lepas tu. Kadang-kadang aku saja maki for fun. Buat apa aku hormat penipu macam dia.Ada aku kisah?

For quite some time, hidup aku aman.Seaman gila babi tahap lagi hebat dari kau praktis yoga. Then few days lepas, aku dapat message dari dia kat profile:

"Asyik teringatkan kau lately"

Pi mampus, aku delete message tu.

Then dapat email lak, siap tinggalkan nombor phone.Ngan harapan aku contact balik. Ingat aku desperate ke apa?Pergi mati.Ingat selesai macam tu aje. Then masa aku duk lepak dengan member aku, phone aku berbunyi. A misscall. Aku ingat si Amoi yang aku sangat rindui. Aku call ah, sebab nombor tu aku tak kenal. Fuck. It was a bad mistake. Si sundal tu rupanya.

"Helo sapa ni?"
"Remember me?"
"Sapa ah?Aku tak kenal"
"***** la."
"Kau nak apa?Mana kau dapat nombor aku ni?"
"Ada la.Apa khabar?"

Pukimak betul.Sial. Memang betul-betul sialan. Stalker motherfucker!Hidup aku dah tak tenang balik ah!Then dia mula la sms nak berbaik pe lancau la,mintak maaf la. Semua aku balas dengan makian. Nak kemaafan? Nah amik la,aku maafkan tapi berambus dari hidup aku. Taaaaaaak, dia duk kata aku kejam la,hati batu la pelancau. Pastu dia guna nama mak dia plak:

"Apa aku nak cakap kat mak aku yang selalu tanya pasal kau?"
"Ada aku kisah?Cakap ajelah aku dah tadak.Peduli plak aku."

Dan sejak tu la tak berenti dia duk kacau.Apa buat abis kredit aku ah layan.Pi mampus. Tadi masa kerja pun dia call la miscall la anta sms la. Babi lah sundal ni.Pastu nak main psiko ngan aku plak.

"Kau nak aku mati sangat ke?Sampai hati kau. Dah la orang-orang kat sini makan orang."

Lame excuse missy.

"Baguslah.Biar kau mampus. aku tak peduli pun"

Apa kau nak dari aku?Pergi jauh-jauh. Penipu macam kau tak layak dapat perhatian. Tak layak dapat perhatian dari aku!Yang layak hanya si tunang bodoh kau yang gila pussy kau tu!Kau gersang pergi la kangkang depan dia, kau hulur bontot pun tadahal la. Ingat ah, aku pendendam.Sekali kau tipu,sekali tu jugak aku takkan percaya sampai bila-bila. Dan lagi buat aku sakit hati ialah perangai si jantan bengap tu. Kau insecure sangat pehal?Ingat aku hadap sangat ke ngan betina gatal kau tu?


Dah,aku harap kau, si sundal dan kau, si jantan bangang, mampus bersama-sama. Baru true love. Bodoh. pasni kalau kena kacau lagi,aku kena tukar nombor jawabnya.Bodoh!

Monday, November 24, 2008

Skippity Skip Skip

Pak Jais suruh aku dengan budak-budak SKP balik rumah dulu sebelum sambung balik kerja karang. Yeah, gila syok kerja camni,hohoho. Jadinya skang aku berada kat depan laptop sambil duk online tak tau nak buat apa.Gila takde life. Ah sejak bila aku ada life?Haha.

Anyway, aku berjaya gak la turunkan berat badan. Rasanya lah,kot. Semalam aku pergi Pertama pi beli shirt Emperor bersaiz XL, muat siol. Kok dulu pakai sendat nak mampus,sampai terkeluar-keluar perut.So, one hurahh for me,yay! Next time dapat gaji aku nak beli shirt lain lak ah.Semalam macam nampak shirt Suffocation dengan Unleashed. Lain-lain suma baju-baju emo. Budak-budak emo badan besar ke ah?Lol.

Aish, si Amoi sejak aku berpisah ngan dia makin cantik pulak, dengan tangan dia sekarang berinai (nak kawin dah ke wei?). Ni yang buat aku rasa nak sepak muka ngan gigit kaki sendiri. Adoi sayu sungguh lah wei. Padan muka aku. Pergi kerja pun jiwa kacau. Apa ah. Then aku teringat nasihat Pak Jais time aku duk rehat kat sofa buruk kat Printing Department tu. Dia duk bercakap pasal kerja la, jodoh la semua. Dengan loghat Negeri Sembilan dia tu, dia cakap " Apa yang penting sekalipun, bila kau mencari jodoh, atau berkenalan dengan perempuan, kau ingat tiga perkara aku cakap ni; hati mau ikhlas nak dengan dia, Allah jangan lupa dan hormati dia. Kau pegang tu". Lantas aku terangguk-angguk faham sebelum tersengih mengepau rokok dia.Haha. Aku paling suka tengok Pak Jais ngan Pak Rosul ngutuk orang. Gila meriah siol. Funny nak mampus. Ada aje ah nak dikutuknya. Paling funny bila Pak Jais sebut "lancau". Tah hape tah,semacam aje funny. Ada sekali tu Pak Jais hangin ada budak printing department duk report cakap team potong kertas tak buat kerja la, duk skip kerja la. Tau-tau esok ada naik satu notis kat department, bertulisan tangan " jangan kacau kitorang nak buat kerja. Lu sapa? - kertas<-------merujuk kat team pemotong kertas". Hek eleh, bila aku baca aje sengih memanjang. Rupanya diorang ni ada gak tak ngam sana sini. Lol. Oh semalam masa aku duk selak-selak shirt band yang aku nak, aku nampak ah shirt Arch Enemy, ada la dalam 3,4 helai. Ha pastu mula ah termenung kejap. Aku tau dia minat Arch Enemy, even dia ada shirt Arch Enemy sehelai. Aku terfikir gak nak belikan untuk dia sehelai, tapi tu lah, aku batalkan niat aku. Mana la tau dia lagi marah dengan aku ke. Haih. Pernah gak aku simpan niat nak ajak dia berjalan pi Campbell ngan Pertama, but I guess niat tu tak kesampaian lah. Eh who knows kan, lain kali boleh kot. Positive lah sikit.Bwahaha~ But honestly la, aku memang selalu teringatkan dia. Hari tu mak aku telefon " Ah camne ngan dia?Kau dah baik dengan dia?", lahh baik balik hapenya mak. Memang aku kalau boleh sedaya upaya nak baik balik sekarang jugakgrhhhh bphrrrrrrr (berbunyi emo huhaha~). Gila aih wallpaper komputer aku muka dia, kat wallet aku masih ada gambar dia, ahh pendek kata semua dia dia dia ah.Lol. Weh, ada sapa nak belanja aku lunch?

p/s: Sejurus sebelum masuk kerja balik tadi, housemate aku dapat panggilan dari bos. Dia duk tanya mana kami menghilang. Damn it, kantoi pulak!

pp/s: Lepas lepak mamak kul 10 tadi, aku pi jalan-jalan kat tasik section 7, gila sayu hati tetiba pulak kan. Member aku duk tanya pehal tetiba diam aje. Melankolik la bodoooooooo!

Friday, November 21, 2008

Booyah, Melayu tipikal kena rajin skip kerja!

Aku lari dari tempat kerja kejap dan kembali ke rumah. Kejap amenda. 3 jam aku skip doh, haha.Malas duk termenung duk tunggu staf masuk kerja balik, baik aku balik jugak, dari duk tersadai kat sofa buruk kat printing department tu. Ah bila nak habis kerja ni? Dah duk terbayang twin paddle hasil gaji kerja SKP ni.lol.

Trust, honesty, promise & patience

Trust, is essential. Trust is something you need to earn. When you betray the trust, what else do you have to prove?

Honesty, is the basic of everything.

Some people say, promises are meant to be broken.

Patience is virtue. But how many people really think worth of being patience, especially on something that is uncertain?

These days, beberapa perkataan ni sering bermain kat kepala aku:

a. Trust
b. Promise
c. Honesty
d. Patience

Aku personally rasa, aku perlu mendalami betul-betul maksud perkataan di atas.

Dan aku rasa aku sering hilang pertimbangan dalam membuat keputusan dan pilihan.

p/s: Suddenly aku rasa nak salahkan seseorang pasal peristiwa yang berlaku ni. Boleh tak?Celaka kau, aku terlalu ikut cakap kau! Aku hilang pertimbangan, pasal nasihat membabi buta kau. Salah aku gak, yang pi menonong ikut cakap kau pesal?Ahhh.Heh, emo pulak aih.

p/s: p/s: baik aku tido lah.lol.

Thursday, November 20, 2008

Random lagi

Aku baru perasan, majoriti entry aku sebelum ni berbentuk jiwang, rintihan dan penyesalan. Ha. Nak buat macam mana? Haha. Aku mengakulah, aku memang obses terhadap si dia. Kadang-kadang aku macam tak percaya yang aku pernah ada hubungan rapat dengan dia tu. Tapi tu ah, secepat tu dia datang, secepat tu juga dia pergi. Aku nak buat macam mana? Aku merintih macam janda mati laki pun takkan dapat balik.Tapi bagaikan orang yang kemaruk, aku masih meletak harapan dekat dia. Tak putus-putus beb. Sebab aku rasa dia special sangat. Not like she is a supermodel ke, actress ke apa, tapi ada beberapa kualiti diri dia yang buat aku fall to her ah. Aku masih ingat waktu aku dah mula rapat dengan dia, asal aku online dengan dia pasti aku mainkan lagu Shania Twain ' You've Got A Way' hampir setiap masa. Haha, apa? Ingat tak boleh ke? Bila dah break up, aku dengar balik lagu tu aku tersengih tapi at the same time hati meruntun hiba la. Mana tak nya, menggamit memori ah. Hampir tiap baris lirik lagu tu menceritakan isi hati aku ah wei. Hampir, bukan semua,lol.

Ah, hari ni UiTM dah start konvo yang ke 69. Aku punya lambat lagi,rasanya konvo yang ke 71, kalau takde sangkut paper la. Heh. Doa banyak-banyak. Aku fikir apa ah, aku niat nak jadikan konvo aku nanti sesuatu yang untuk dikenang sepanjang hidup. Dengan kehadiran parents aku, adik beradik aku dan originally to include dia untuk hadir. Oh well, manusia hanya mampu merancang. Haha. Gila aku dah rancang awal-awal weh. Anyway hari ni first day konvo, mesti sesak jalan dalam kampus. Aku masih kena hadir ke kerja hari ni. Ah kerja, malas sungguh. Tapi kalau tak kerja mana nak dapat duit?Leceh sungguh.


Tuesday, November 18, 2008

Fo Fo


Masih berada dalam recovery period. Rasa sedih tu tak pernah hilang, apa lagi rasa rindu. Tapi aku terasa ada sedikit perubahan. Tidur malam aku kembali seperti sedia kala,sekalipun tanpa mendapat sms selamat malam dari dia macam dulu. Aku terasa ebih dekat dengan Yang Maha Pencipta. Kadang-kadang aku malu dengan diri sendiri, bila dah susah baru nak ingat dekat Tuhan. Dulu masa senang mana ada aku nak ingat. Seronok memanjang. Peduli apa. Tapi bila dah jadi, baru nak teringat. Syukur nyawa aku tak kena tarik masa tengah leka. Kan?

Aku perlu membuat perubahan. Sewaktu dengan dia, aku banyak dihujani nasihat daripada dia. Tapi haram aku nak berubah. Ego aku lebih penting dari segala-galanya kot. Aku lupa yang bila berada dalam relationship, perlu ada tolak ansur. Ah, pertama kali memang awkward, aku selalu pujuk diri sendiri. Itulah aku, mencipta alasan demi self conformity. Balik-balik, first time dow, takpe. Ingat main game ke? Hati orang tu, tak payah jaga? Lepas dah putus baru nak gelabah. Habis putus semangat. Habis hilang rationality. Macam orang gila pun ada. Apa gila tengah hisap rokok tiba-tiba menangis? Aku memang akui lah, ego aku tinggi. Bila aku tengok perpisahan tu terjadi, ego aku runtuh. Terus jadi macam orang tak betul. Hilang segala 'cool' semua.

Sewaktu bersama dengan dia, aku punyalah seronok. Oh gila seronok. Mana pernah ada aku sayang perempuan macam ni punya gila. Aku selalu pandang negative kat perempuan, well dari segi kerja ke belajar ke aku takde hal. Maksud aku dari segi building a relationship. Macam, ah perempuan ni bukan nak kat aku pun, mesti sebab aku takde rupa, takde duit la blablabla. Tapi bila dia terima aku,semua tu lenyap. Tapi aku lupa satu,ego aku. Tinggi sangat. Hasilnya nilah, berpisah. Seringkali aku anggap dia anugerah terbaik dari Tuhan untuk aku, sampai kadang-kadang aku rasakan semua yang berlaku ni mimpi yang terlalu indah sampai aku tak nak bangun dari tidur. Aku sering panggil dia sayang, sebagai tanda kasih aku dekat dia. Haih, biarlah panggilan sayang tu hanya untuk dia seorang sampai bila-bila. Tiada siapa mampu ganti dia. Ah, dia terlalu unik pada aku. Boleh pulak aku lupa role aku dalam relationship adalah untuk jadi ketua yang memandu perjalanan. Ah, mentah sungguh aku.

Kawan-kawan ada juga memberitahu aku agar lupakan dia dan teruskan hidup dan mencari yang lain. Eh, aku bukan desperate pun. Namun ada seorang teman rapat aku, Din yang sering kali mengingatkan aku, yang semua ni ujian untuk aku. Yang menguji sejauh mana aku setia terhadap dia dan kesabaran aku terhadap dia. Aku terima semua ni. Ya semua ini ujian. Hidup ini memang ujian. Sepanjang hidup memang ujian.Ahh..


Monday, November 17, 2008

Shania Twain, hang memang buat aku sedih la!

Aku masih ingat, waktu aku mula-mula nak tunjuk aku minat kat dia, aku duk sibuk layan Shania Twain. Siap paste video Shania kat page Myspace aku. Pulak siap cakap dedicate dekat dia. Oh kenangan. Sekarang ni dengar balik buat hati hiba lah. Aku rindu kamu lah Amoi.

Dah,aku nak tido.Esok kerja pagi pulak.

Thursday, November 6, 2008

The Machine dude

Pagi ni, aku mimpi lagi. Mimpi tentang dia lah, siapa lagi. Aku masih tak dapat shake off the feeling of being guilty to her. Kalau lah aku stick pada promise aku, tentu semua ni tak jadi.

Jujurnya, rasa sayang aku kepada dia tak pernah berkurang pun dari sehari-hari. Sibuk macam mana pun asal aku terdiam kejap mesti teringat dekat dia. Macam mana dia hari ni? Dah makan ke? Sihat ke? Kadang-kadang aku tengah kerja sengaja aje aku pergi ke luar dan belek phone aku. Dan aku select nombor dia dan rasa nak call. Nak tanya khabar. Tapi tiap kali tu lah aku akan simpan balik phone aku dan masuk ke dalam balik.

Aku mati akal dengan kamu. Serba salah semuanya.

Wednesday, November 5, 2008

Angelica

Aku tak boleh masuk tidur lepas solat Subuh tadi. Tambahan pulak hujan tiba-tiba. Sejuk. Apabila hujan aku akan rasa down dan sedih. Dah seminggu lebih dah bila aku bangun tidur aku rasa sedih. Apa lah.

Aku mimpi semalam. Aku mimpi dia datang tegur aku dan minta berbaik semula. Tapi tu cuma mimpi. Bukan ada apa pun. Dan dalam mimpi tu aku ternampak satu Word document yang dia tulis, pasal betapa semua ni tak sepatutnya berlaku. Sepatutnya kami berbaik. Tapi tu cuma mimpi kan? Tu yang aku bangun aku rasa hati ni macam rabak. Adoi.


"Where are you tonight?,
Wild flower in starlit heaven,
Still enchanted in flight,
Obsessions lament to freedom,
A timeless word, the meanings changed,
But I'm still burning in your flames,
Incessant, lustral masquerade,
Unengaged, dimlit love didn't taste the same,
And I still wonder if you ever wonder the same,
And I still wonder..."

Angelica, Eternity 1996 (by Anathema)

Aku berharap lain kali aku boleh bermimpi dan berjumpa dia lagi, tapi kali ini bila aku bangun tidur itu semua jadi realiti. Kalau lah semudah tu kan?

p/s: Lepas aku post entry ni,aku sambung tidur balik, dan aku mimpi lagi pasal dia. This time aku mimpi aku naik bas dengan dia. Kami berbaik semula and everything seems to be ok balik. But ye lah, semua tu mimpi. Bila aku bangun aku jugak yang menitik air mata. Kadang-kadang aku fikir, dia ada tak terfikir pasal aku,kat sana?

Tuesday, November 4, 2008

Kita pun mungkin banyak tak betulnya

Masih lagi menulis dalam keadaan emosional,heh.

Betapa teruknya pun perangai mak dan bapak kau yang kau benci sampai ke tahap rasa nak ludah-ludah dan maki-maki,mereka tetap ibu bapa kau dan kau wajib hormati, terutamanya ibu. Mungkin kau tak sedar jerih payah mereka nak besarkan kau, beri duit belanja keperluan kau dan macam-macam lagi. Mak bapak kita pun manusia biasa,ada buat silap dan salah. Kadang-kadang kita cakap ibu bapa tak memahami kita dan hanya nak susahkan hidup kita, tapi duit belanja pun datang dari diorang. Apa cerita? Baik kau hargai sementara diorang masih ada. Bila diorang dah takde kat dunia takkan kau baru nak meratap dan segala? Kau rasa segala duit yang kau bagi mampu ke nak balas jasa diorang lahirkan dan besarkan kau? Tak termampu beb. Takkan langsung. Sampai bila-bila pun.

Ah ngantuk ah aku. Malas aku nak sambung. Bahu aku sakit mengangkat paper masuk Wolhenberg machine tadi.

Random entry

Aku masih teringatkan dia. Despite of everything I did, aku tetap teringatkan dia especially bila nak tidur dan bangun tidur. Aku akan teringat suara dia yang lembut .Aku rindukan suaranya yang serak-serak basah bila bangun tidur. Aku teringat bila dia menyanyikan lagu untuk aku sebelum tidur. Dan aku rindukan ekspresi wajahnya bila aku bercerita. Makin kuat aku cuba lupakan makin kuat pula aku teringat kat dia. Sometimes I wish I got hit by a car and lose all my memories. That way takde aku nak teringat-ingat ke apa. I guess the hardest part in a relationship is letting the one you love go, walaupun hati kau tak mahu. Aku tak tahu lah, but I think I gotta move on with my life. Hey, it's not the end of the world, aku cuba pujuk hati aku banyak kali dengan ayat ni. Well, pengajian aku masih berbaki satu semester, maka bukan masa untuk bermain-main. Yeap.

Buat si kamu, aku masih mengharap kita dapat bersama semula. Aku hanya berharap Allah dapat berikan aku peluang untuk menebus segala kesalahan aku. Pengajaran untuk aku, hargailah anugerah yang dikurniakan, gunakan lah sebaik-baiknya, usah lepas dah hilang baru nak menyesal :(
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku sayang kamu sepenuh hati aku.

Apa?Aku jiwang ke? Aku normal la weh!

Monday, November 3, 2008

After the Storm: The Beginning of Something New

Greetings everybody (I doubt nobody is reading, I just started the blog like, 5 minutes ago,haha).This is my first entry on blogspot. Previously I share my thoughts on my own Myspace profile. But I guess, Myspace is no longer cool, that is why I opted to change to blogspot,lol.Nah, kidding. Well I need to get away from that profile, which bring me a lot of memories. You know, to move on with your life, you gotta leave something behind. So this is what I do. Leave all the memories behind and let it buried by time and dust. And start a new one. Well people, there's much to learn in this life, so why not experience and learn everything while you still can?

Well, I don't think I am ready to tell the real reason why I left my Myspace blog. Maybe later.Haha.Or maybe not.

Anyway, today is my first day on Skim Khidmat Pelajar UiTM. I am assigned to the printing department of FSSR (Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka) to assist on the printing process for the incoming UiTM convocation booklet.

I was shocked to learn that I am assigned to handle machines. Like, I don't like machine and moving parts, especially car (which explained the reason why I am still unable to drive car until today,ha!). And to my horror, my task is to load papers into the paper cutting machine (known as Wolhenberg,I think)! When I first saw the sharp and shiny blade of the cutter, gruesome thoughts began to appear on my mind. What if the blade chop my hands off when I'm loading the papers? What if suddenly someone accidently knock me off and my head got stuck into the machine and subsequently chop my head off?What if what if what if?Haha, crazy. But it went well and the workers there are friendly. As usual all I did was smile and grin. I don't talk much you know.

Starting tomorrow, I'll be on evening shift, which means I gotta stay from 2 pm until 10 pm. Hoho, speaking about being bored handling the machines, I am thinking of bringing my mp3 player and novel tomorrow. Probably I should load grindcore songs..nah, I think I should load industrial metal songs. Fits the mood being around the machines. You know, machines = industrial.haha.

Well, it is almost time for Maghrib prayer.Later.
Related Posts with Thumbnails