A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Wednesday, June 10, 2009

Awak nak jadi saya punya..err errr

Gua terkenang waktu sekolah menengah dahulu, sambil dengar-dengar The 3rd and the Mortal.

Masa sekolah dulu:


Trend adik/kakak/abang angkat adalah sangat phenomenal. Lu orang boleh lihat di awal tahun sewaktu adik-adik form 1 baru masuk. Tak kira jantina. Senior akan turun padang mencari mana-mana junior yang sesuai dijadikan adik-adik angkat. Macam ritual. Jadi bila minggu orientasi berlalu, lu orang akan boleh lihat kawan-kawan lu orang tersengih-sengih happy, sebab dah ada akak/abang angkat. Seronok la kot tu. Selalunya kalau perempuan akan dapat adik angkat lelaki (ada juga perempuan), dan lelaki akan dapat adik angkat perempuan. Takde kot yang amik adik angkat lelaki. Kecuali kalau senior tu pondan atau desperate nak jugak ada adik. Whoa. Bila datang season memberi request (satu tradisi di mana lu orang boleh hantar hadiah beserta ucapan kepada mana-mana individu. Typically balak-awek, tapi adik-kakak-abang angkat pun ada buat), adik-adik angkat ni akan terima lah hadiah dari akak/abang angkat diorang. Simbol kasih sayang kot. Mana yang super popular tu akan akan menerima berkoyan-koyan hadiah lah. Bila ditanya, akak/abang angkat si budak ni dekat 6 orang. Melangit pulak banyak wouh! Kemudian akan jadi satu macam pertandingan tak rasmi antara budak-budak form 1 ni, tengok sapa paling banyak dapat hadiah request. Kira lagi banyak lagi berharga ah diorang di mata senior dan status sebagai jambu juga naik lah. Jadinya siapa yang takde abang/kakak angkat ni pastinya tak menerima hadiah request, dan akan jadi pressure akibat persaingan entah apa-apa ni. Jadinya ada yang attempt buat request dan hantar hadiah ke diri sendiri dan disguise sebagai orang lain sebagai penerima. Agak pathetic tapi betul oh. Haha. Anyways, gua juga perhati senior perempuan memang suka mengumpul adik-adik angkat ni. Dari cerita yang gua risik-risik ni, yang berwajah kurang menarik, dan tak popular memang suka mengumpul adik angkat ni. Kira macam trofi pulak. Mungkin untuk elevate imej mereka, well who knows. Jumlah adik-adik tak macam banyak pulak. Pergh tak payah sebut ah. Dan kadang-kadang sampai bergaduh-gaduh berebut adik angkat. Complicated betul. Gua pun tak faham kenapa perlu ramai adik angkat. Tapi satu peristiwa yang gua ingat sampai sekarang adalah masa gua dalam library. Masa tu gua form 1 lagi dan memang freshie sangat lah. Gua masuk library sekadar nak baca buku (dan nak rasa air con, muda-muda kan macam perangai tah apa-apa). Kemudian gua mula perasan, dari ekor mata gua ada dua oang senior perempuan nak approach. Gua buat tak tahu, selaku social outcast memang dari muda gua dah terapkan sikap misantrofik dan hateful dalam diri gua. Gua dapat agak sesuatu akan berlaku.

"err adik"
"hmm"
"nak tanya sikit"
"yeah,apa dia?"
"awak..ehmm.hihi.awak.."
"ha?"
"awak nak jadi adik angkat kita tak?"

Gua masa tu memang dah terkejut dah. Mana boleh gua pun jadi mangsa kepada fenomena ni! Gua memang tak angkat muka. Good thing la sebab gua tak kenal muka dia macam mana, kalau tak sampai hari ni gua kutuk-kutuk. Anyway, gua pun jadi cuak dan..

"Apa?eh tak nak ah! Eh tamau!"

Gua tinggikan suara, dah la dalam library. Obviously orang lain boleh dengar. Terus si senior tu berpusing jalan cepat-cepat macam takde apa-apa jadi. Shit man. Awful sial. Nasib baik gua ambil tindakan sewajarnya, ish. Biarlah gua terlepas tak dapat hadiah request, tak dapat makan free dari kakak angkat ke, takde orang nak nasihat gua masa down ke. Eh mana tau perempuan tu psiko ke apa kan. Fuh lega. Adoi macam-macam la.

Haha, zaman sekolah memang seronok. Gua rindukan 5 tahun yang berharga tu.


9 comments:

Anfaal Dhiyana said...

Mesti dulu2 ko cute kan?sampai ada akak nak jadi akak angkat ko.
hihi~ XD

The A said...

ntah.haha.awak nak jadi akak angkat saya,sekarang tak?nak nak nak?lol.

░♥si lampu neon♥░ said...

heh, aku lg suke zaman sekolah rendah!

Anfaal Dhiyana said...

hahahahahaha...
adik angkat ko mau?
aku jadi adik angkat ko.hahahaha.

The A said...

yeah sekolah rendah best jugak tapi gua selalu pindah2 sekolah masa primary,jadi tak ingat sangat.

eh lu nak jadi adik angkat gua pulak.gua tau la gua tua dari lu brape bulan aje hihi.

Anfaal Dhiyana said...

ah bulan tak bulan.janji tua.hahaha XD

adik angkat ni best...reti masak pie.lol.

The A said...

gua tak main la adik2 ni weih.muahaha.skill pie lu tu,is yet to be clarified.haha.cepat2.haha.

Anfaal Dhiyana said...

haha.ahhhh~~~ aku tau la pie aku ni ada stengah2 orang je suka.

lol.

kalau ko tak suka,aku tak bleh nak kata pa.

The A said...

bak datang.aku rasa dulu ahh.kalo best bulih buat lagi hihi.

Related Posts with Thumbnails