A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Sunday, June 28, 2009

Hero kalah dulu, bukan kalah memanjang.

Kadang kala bila lu dah hilang punca akibat bersedih, lu akan cari seseorang yang willing untuk dengar masalah lu. Tak kira la family members ke, kawan ke, atau maybe total strangers yang lu kenal kat myspace (yang lu orang hanya komen2 saja dan x pnah jumpa in real life). Pada gua, ok sahaja kalau lu nak sekadar luahkan apa yang terpendam. Semua orang macam tu kot. Selalunya bila dah luahkan, mesti ada dapat nasihat sedikit, kata-kata encouragement and so on lah. Dan selalunya lu orang akan work out la the problem dan cuba nak selesaikan kemelut yang menganggu jiwa (cewah gila berbunyi artsy fartsy). Well, dah sampai tahap tu memang lu orang sendiri-sendiri la.

Tapi ada satu golongan yang gua tak faham. Gua tau la semua orang ada masalah kot, who doesn't ya dok?Gila tiap masa ada aje masalah. Fine. Maybe dia terlalu emosi dan menganggap semuanya negatif. Tapi kalau tiap masa nak mengadu menda yang sama, apa ke hal pulaknya ni? All the time? Lama-lama orang dari simpati dengan lu, orang jadi naik menyampah dan menganggap lu pathetic. Atau mungkin lu orang akan dianggap memancing simpati dengan cerita-cerita sedih lu orang. Sikit-sikit dah la. Tapi kalau dah start jadi modal nak dapatkan attention, gila kesian sial. As if hidup lu asyik penuh dengan disaster, silap-silap orang ingat lu ni bawak sial, tak pasal-pasal aje orang avoid lu.

Cakap mak bapak lu tak sayang lu la, padahal dapat aje duit poket, kereta, silap-silap kredit kad. Itu pun nak tuduh mak bapak lu orang tak sayang la semua. Kalau tak sayang lu baik diorang dump lu belakang hospital masa kecik dulu.

Lepas tu dengan kawan-kawan. Cakap kawan-kawan tak faham lu la semua. Kawan-kawan nerd la, lu sorang aje la cool. Kawan-kawan tak suka terima idea la, kawan-kawan bitching pasal lu belakang-belakang. Mungkin ada kebenaran. Tapi lu ada tengok diri lu ke? Entah-entah lu yang set barrier tu, lu assume orang ikut suka, lu judge orang ikut kepala lu. Lu cakap ikut suka lu, lu main terjah ikut suka. Kalau dah ramai orang tak suka lu dari suka, nampak sangat ada yang tak kena.

Sebenarnya bukan apa, gua rasa semua orang pernah lalui detik paling down @ teruk dalam hidup lu orang. Yang bezakan hanyalah macam mana lu orang recover dari masalah tu. Ada yang kejap aje sebab dah tau apa nak buat, ada yang amik masa lama sebab tak pernah hadapi keadaan yang serba keliru ni, ada yang tak reti-reti. Seriously gua pun pernah hadapi. Gila babi gua rasa down sampai tahap gua dah tak nampak apa yang hidup ni offer untuk gua. Tapi gua bersyukur la lama-lama gua jadi rimas asyik nak kesian dengan diri gua, tambah pulak ada beberapa teman yang asyik gua bug dengan masalah jiwa gua. Gua jadi macam 'wtf sial, amenda gua duk melangut ni, baik gua buat menda lain'. Kesian dengan diri memang la patut ada, tapi kesian sampai satu hape pun tak jalan, apa guna?

Keluar, hadapi dunia dan lihat ni hanyalah satu kejayaan kecil untuk kemenangan yang lebih besar. Kemenangan melalui pengorbanan. Pada gua pada usia macam ni, banyak lagi gua kena hadapi. Banyak lagi gua nak tengok. Kalau gua stick dengan masa lalu yang menyedihkan, sampai bila pun takkan berubah.

*Originally ditulis dekat Myspace gua, tapi gua decide nak letak kat sini as well. Well who knows ada yang baca dan terasa ke apa kan.Bammmm!*

4 comments:

Contramen said...

haha..
itu mangkok mesti kerbau!!!

A, is for Anomaly said...

haha.mungkin ah dia.tapi mungkin jugak gua refer kat orang lain,atau mungkin pada diri gua.who knows.

Sam said...

bagus mate you've grown

A, is for Anomaly said...

grown up or grown sideways uhuh?lol!

Related Posts with Thumbnails