A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Friday, June 5, 2009

Duit dari langit duit dari langit duit dari langit grghhhh~

Gua baru balik solat Jumaat dan pekena sirap ais dekat rumah nenek gua (minuman tipikal Melayu heh). Macam biasa gua on laptop dan pergi online sambil pikir-pikir movie apa nak tengok. Hidup sebagai penganggur memang sucks dan tak best. Lagi pulak takde duit. Double sucks. Lagi pulak hari cuaca panas. Triple sucks. Lagi pulak niat di hati nak kena root beer tapi duit takde. Quadraple sucks.

Gua tengah selak-selak newspaper bila tiba-tiba phone gua berbunyi. Kamil si pervert call.

"Yeah,boy?"

"Eh supp. Apa bikin?"

"Nah, lepak baca paper. aa napa nih?"

"Weh Ahad ni jom tengok gig."

"Gig amenda lak Ahad ni?" gua jadi puzzled kejap.

"Alaa Makam Malaysia tour kat MCPA"

"Ohh thaaat. Eh Ahad ni ke?Damn, mak aku ajak pi Kuala Selangor tengok kelip-kelip dowh." Righttt, alasan bunyi busuk gila. Tengok kelip-kelip? Haha. Gua pun tergelak pikir balik, tapi betol doh mak gua memang ajak jalan-jalan Ahad ni.

"Ah shit mann. Aku balik nak tengok gig ni,please aa."

"Haishh aku bukan tanak pergi, duit pun tengah kering. Gila mahal dowh nak masuk Makam tuh. RM 25? fuck ah mahal. Aa jom ahh esok tengok Malaysian Rebelling Troops. Budak-budak DMTM ada kat sana. Aku pun dah lama tak jumpa diorang" gua cuba pujuk Kamil.

"Alaa panas ah pi Paul's Place. Ahh leceh ah nak pi sana"

"Ko tanya la Men, ajak dia pergi"

"Tapi dia kerja.."

"Ahad mana kerja ngong! Ish, aku bukan tanak pergi." Gua mula rasa bersalah. Ish leceh betul.

Perbualan kemudian tamat. Hadoi, tu ah dia. Bila tadak duit memang jadi masalah. Shit. Gua ingat nak start jual barang lah ini macam. Ok sapa nak Doc Mart gua? RM250! Cepat!

Most probably gua pergi ni esok, Ayie Steel Crescent perform. Gua kena la sapot kawan-kawan. Din pun dah awal-awal beritau suruh gerak dengan dia.


Sorry ah, Makam punya gua rasa macam kena pass aje. Larra (D.I.E) dah mesej gua sebulan lepas pasal menda ni, tapi macam tak dapat datang aje. Sorry ah kak, gua tebus lain kali ahh hihi. Tengok la camne, kot-kot ada duit jatuh dari langit ke pagi Ahad nanti gua pergi ah. Gua harap kalau gua pergi Makam, gua tak jumpa sesuatu yang boleh bikin mood gua hilang. Oh well, you know what I mean. Pfttt!

Dah ah, gua nak tengok movie.

4 comments:

::Fariz Kongz:: said...

kelip2...kewl dowh serius...nek boat jgn goyang lebey2 tau...gegar nnt..hahaha

The A said...

tu ahh.cam syok kan?dulu kat kampung aku selalu ada kelip2.hihik.

babi la kong ko dh abes dah?jom le lepak2.makan ikan bakar ke,main paintball ke.

Contramen said...

alasan tgk kelip2 kira ok lg..
masa gua punya 1st gigs (padahal kansel..) kat perlis, gua punya alasan lg best.. nk gi tgk bunga api... hahaha

The A said...

kira murah alasan lu men.gua tak tipu dowh,mak gua memang ajak tengok kelip-kelip hahaha~

Related Posts with Thumbnails