Syukur. Tu aje gua dapat cakap bila gua terima panggilan siang tadi. Gua diterima dan gua akan mula kerja bulan ni jugak. Tapi kerja belah malam lah. Bila dah camni gua mula ternampak-nampak responsible yang gua kena pegang nanti. Oh man. Especially pinjaman PTPTN. Haha. Nevermind, gua take it slow. Yang penting gua dah tak mahu bergantung duit dengan orang tua gua, dah sampai masa untuk gua amik role tu pulak. Maksud gua mencari rezeki, bukan parenting role muahaha!
Lagi satu gua terpikir dengan bayaran yang dapat ni boleh ke menampung kos hidup kat KL ni. Gua cuba berfikir secara realistik lah, dengan ambil kira keadaan gua sebagai fresh graduate (officially belum, tapi cincai kira ah ye) sebagai contoh. Gua masih berkira-kira berapakah jumlah gaji yang boleh dikira adequate untuk survive kat KL ni. Tahap di mana tolak sana sini, masih ada baki untuk simpanan. Eh, risau sangat apahal ye dok?
Gua teringat pesanan teman-teman dan senior untuk tidak terlalu memilih kerjaya. Dulu gua boh layan saja. Tapi lama-lama gua fikir tak boleh jugak, kental sangat pilih-pilih last-last gua gak terbongkang. Gua bukan dalam posisi untuk memilih. Gua hanya boleh terpilih. Eh paham ke? Yelah, kerja yang gua dapat ni bukanlah dream job gua, tapi for the moment bole ah kot. Sooner or later gua tetap akan move on pursue apa yang gua nak. Masa interview tu hari orang tu ada tanya gua apa gua bayangkan diri gua 5 tahun dari skang. Gua sekadar cakap ' I view myself as a successful copywriter which I always dream of, living a good life, stable income and achieved half of my dreams. And this position,sir, is my first step towards that.' Gua cuak jugak kot-kot gua tersalah cakap, sebab gua tengok dia usha lama semacam aje. Anyway, kadang-kadang gua lupa, nak dapat yang bagus dan berbaloi kena mula dari bawah. Dan gua lupa, kadang-kadang kalau dapat sesuatu yang too good to be true, baik berhati-hati. Cuz it comes with a price, yang kadang-kadang kita sendiri tak mampu tanggung. Macam peristiwa..eh baik gua tak payah ungkap lah.
Anyway, this is it. Gua harap gua kental menghadapi dunia baru ni. Oh gua pasti gua boleh ah.
No comments:
Post a Comment