Gua baru balik dari interview tadi. Yeah, on Saturday. Sebenarnya gua dah dapat job lain dan akan bermula Isnin ni, tapi tah apasal tah gua tetap pergi hari ni punya. Dan orang tu cakap,kalau gua diterima, Isnin ni jugak akan mula. Eh gila kan? Mak gua pun cakap jangan buat kerja gila macam ni (siang malam kerja, leaving only 5 hours of rest in between). Lol. Tapi gua senyap-senyap dah buat plan sendiri yakni; kerja no 1 adalah kerja malam, manakala kerja no 2 (yang gua pergi tadi) adalah part time basis, bermakna gua boleh pilih hari gua nak kerja. Eh okey apa? Jangan bazir peluang yang ada, sauk apa yang ada. Lagipun gua bukan ada masa nak buang-buang nih. Gua dah tua kot :(. Takpe ah, kalau gua tak tahan gua buat je ah kerja yang malam tu. Tengok jauh mana gua tahan. Most importantly, I've got nothing to lose. But still, gua masih kejar karier impian gua, yakni nak jadi copywriter!Huarghh!
Anyway interview tadi berjalan lancar. Macam biasa gua cakap apa yang perlu, kelentong jangan lebih- lebih hoho. Tapi gua datang lambat tadi, gila macam apa tah. Gua sampai reception area aje kosong. Tau-tau budak-budak lain dah masuk. Gila kalut gua. Finally dapat gak masuk. Eh Fahim pun ada haha. Bukan tu aje, masa interview tu, siap ada budak ni satu course ngan gua kat universiti, siap sekelas subjek Deutsch. Shit, gua siap kelentong gua reti cakap German la semua kat interviewers tuh. Amik sekali dia suruh cakap Deutsch satu line. Lol!
Semalam Anas call gua setelah dekat berbulan diam aje. Baru gua tahu dia duk struggle bekerja sana sini, patut ah senyap. Sekarang dah setel down, dia call dan beritahu untuk start praktis balik dan sambung recording yang tertangguh. Gua ingat band gua dah mati terbengkalai dah. Ahhh hidup jadi busy balik, I like! Gua harap kali ni dapat setelkan recording dan siapkan terus EP kitorang. Huzzah!
p/s: Muka interviewer tu berkerut bila gua cakap gua suka music folk. Whaaaaaaaaat? Ingat orang tua aje ke dengar folk?
No comments:
Post a Comment