A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Tuesday, June 2, 2009

Necro,sial.

Tiba-tiba kebelakangan ni gua jadi gila balik dengar band-band local yang gua minat masa sekolah dan diploma dulu (gua ada mention kot sebelum ni). Gua mati akal nak tulis apa jadi baik gua letak apa lagu-lagu yang gua layan buat masa ni. Takde, takde gua tak dengar Arch Enemy bodoh tu!

Nebiras. Band black metal kult dari PJ. Gua ingat lagi Harian Metro dulu tulis Nebiras main Witching Black Metal (remember 2001, anyone?). Gila nama camtu haha. Gua sebenarnya tak pernah dengar stuff Nebiras sampai la gua belajar diploma (memandangkan dulu gua gerak sorang-sorang, mana nak kenal budak-budak dengar metal). Masa tu gua baru kenal Din dari forum internet. Dia ah duk ajar dengar Nebiras. Masa tu gua agak kagum lar dengan cerita-cerita pasal band ni; dari nama dia yang kononnya bermaksud pembunuh nabi (eh gua rasa cam nama band ni amik dari nama demon Nebiros ada ah,agak gua la), ke status diorang yang obscure (ada pertikai bila masa depa start out sebagai Nebiras), ke lyrical theme yang berunsur witchcraft, Sumerian dark arts, hinggalah status brother band dengan king of Norwegian black metal; Darkthrone (Fenriz ada dedicate poem untuk Nebiras dalam sleeve 'As Sky Turns Black', kredit dalam album Darkthrone 'A Blaze in the Northern Sky' dan jugak nama Agathos Daemon disebut dalam lagu Kathaarian Life Code dalam intronya). Gua bila dengar dulu macam ternganga jugak lar. Anyway gua lately pun bukak ah lagu-lagu cam Les Secret des Secrets, In the Horde of the Lightbearer, Regent of Four Elements (lirik lagu ni memang gempak) dan paling gua gila skang Thy Great Fullmoon Light. Bapak superb laju sial lagu ni! Gua dengar sekali ingat lagu Sarcofago main, gila laju siot blasting drums haha~


Band dari Temasek. Yang hanya meninggalkan legasi melalui satu demo dan satu track dalam compilation Storm of Nebiula 2. Tapi gua cukup minat lagu diorang dalam compilation tuh, yang bertajuk Dark Divine. Best tu keyboard work dia yang berperisa Nordic,lol. Walaupun gua ada dengar kritikan yang cakap drum work dalam lagu ni macam ketuk tin dalam air (standard black metal la blasting camnih,pi dengar sendiri la). Lepas tu ada clean vocal sikit (bukan macam metalcore cibai lu orang tu) bikin jadi faveret gua ah. Eh, siap ada background sound hujan la, air mengalir la, angin la, serigala la. Amboi.

Band melodic black metal dari utara. Men kata diorang main ala Moonspell. Ah layan aje. Dulu nama diorang Graveless, sebelum bertukar ke Dawn Phenomenon. Gua ingat lagi gua beli kaset diorang lepas result PMR keluar. Gila depressed muahaha. Lagu-lagu dari EP diorang memang best. Gua paling layan sekali lagu Tales from Eastern Ancestors. Tajuk je English,nyanyinya dalam bahasa Melayu. Lagu ni ada featured dalam compilation Panggilan Pulau Puaka yang mana tah, tapi masa tu diorang pakai nama Graveless. Ah layan aje hoho.


Aaaa dah dah. Gua nak layan Couple pulak,lol!

2 comments:

Contramen said...

haha..
nebiras sapa ada kaset as the sky turn black memang trOo la.. kaset gua rasa nya dh sampai ke laut kot.. gara2 banjir kt kg gua dulu..

itu eternal throne demo sudah mcm marduk.. haha..

dawn phenomenon penah kena cop moonspell malaysia..
awal2 penampilan diorg beridola kan moonspell..
dan awas..
band projek diorg iaitu DAMAQ (gua ada demo band nih..) bakal kembali..
bayangkan tgn klua dr kubur.. hahaha..

A, is for Anomaly said...

damaq tu cam pnah dengar.main apa tah romantic raging death metal?muahahaha!

Related Posts with Thumbnails