A: An Autopsy

- A, is for Anomaly
- Kuala Lumpur, Malaysia
- Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.
Tuesday, June 30, 2009
All Alone<-----------------gila desperate tajuk camni
Dah gua nak siap-siap.
Monday, June 29, 2009
Mulut ringan nak maki bertalu-talu tapi....err.
Eh gua lupa nak tulis pasal training gua dekat Petrosains dan jugak pengalaman gua kerja malam; first real job gua. Tapi nanti la kot. Penat sial. Tapi gua rasa macam orang hilang akal jugak, 2 job dalam satu masa. Lu rasa lu boleh handle macam gua tak? Orang malam-malam lepak kat mamak sampai hilang akal, dating bagai nak kiamat; gua redah pergi kerja malam-malam. Mata naik buntang baca news, bikin clipping, bikin briefing. Nasib baik member sebelah mamat metal. First day datang dia dah greet gua. Gua perasan dari first gua masuk tengok dia ada tampal logo Emperor kat cubicle dia. Cun ah! Takde gua lemau ke apa kan kerja malam. Grughhhh~
Petrosains seronok pasal gua jumpa macam-macam orang yang jadi volunteer. Mostly fresh grad. And all of em are very nice. Gua aje mula-mula hostile. Gua bukan mamat poyo ayat manis duk senggol-senggol perempuan blablabla macam Kobau (sori, inside joke.Lu tak paham sudah ah). Tapi kalau bercakap dengan gua, definitely gua akan layan elok-elok. Kot. Yang kadang-kadang bikin gua nak gelak pasal volunteer perempuan ni, gua punyalah bahasakan diri 'aku,kau' kat diorang, sat lagi diorang pulak 'kita,awak,saya,you, I'. Dah gua pening cemana ni? Dengan tak mau jadi hipokrit gua bahasakan jugak diri gua 'aku'. Gila pelik, ah peduli hape. Gua ingat lagi first day gua segan malu-malu anjing. Masuk hari ketiga dah boleh duduk makan sama-sama. And by final day boleh gelak-gelak. Eh ok pe.Nak sombong-sombong karang duty sekali jugak. Nanti ah gua cerita in detail.
Eh gua dah tak jadi insult ke? Laaaaaaaaa haha. Dah ah gua nak tido.
Tapi....

Uhummmmmmmmmmm~
Sunday, June 28, 2009
Hero kalah dulu, bukan kalah memanjang.
Tapi ada satu golongan yang gua tak faham. Gua tau la semua orang ada masalah kot, who doesn't ya dok?Gila tiap masa ada aje masalah. Fine. Maybe dia terlalu emosi dan menganggap semuanya negatif. Tapi kalau tiap masa nak mengadu menda yang sama, apa ke hal pulaknya ni? All the time? Lama-lama orang dari simpati dengan lu, orang jadi naik menyampah dan menganggap lu pathetic. Atau mungkin lu orang akan dianggap memancing simpati dengan cerita-cerita sedih lu orang. Sikit-sikit dah la. Tapi kalau dah start jadi modal nak dapatkan attention, gila kesian sial. As if hidup lu asyik penuh dengan disaster, silap-silap orang ingat lu ni bawak sial, tak pasal-pasal aje orang avoid lu.
Cakap mak bapak lu tak sayang lu la, padahal dapat aje duit poket, kereta, silap-silap kredit kad. Itu pun nak tuduh mak bapak lu orang tak sayang la semua. Kalau tak sayang lu baik diorang dump lu belakang hospital masa kecik dulu.
Lepas tu dengan kawan-kawan. Cakap kawan-kawan tak faham lu la semua. Kawan-kawan nerd la, lu sorang aje la cool. Kawan-kawan tak suka terima idea la, kawan-kawan bitching pasal lu belakang-belakang. Mungkin ada kebenaran. Tapi lu ada tengok diri lu ke? Entah-entah lu yang set barrier tu, lu assume orang ikut suka, lu judge orang ikut kepala lu. Lu cakap ikut suka lu, lu main terjah ikut suka. Kalau dah ramai orang tak suka lu dari suka, nampak sangat ada yang tak kena.
Sebenarnya bukan apa, gua rasa semua orang pernah lalui detik paling down @ teruk dalam hidup lu orang. Yang bezakan hanyalah macam mana lu orang recover dari masalah tu. Ada yang kejap aje sebab dah tau apa nak buat, ada yang amik masa lama sebab tak pernah hadapi keadaan yang serba keliru ni, ada yang tak reti-reti. Seriously gua pun pernah hadapi. Gila babi gua rasa down sampai tahap gua dah tak nampak apa yang hidup ni offer untuk gua. Tapi gua bersyukur la lama-lama gua jadi rimas asyik nak kesian dengan diri gua, tambah pulak ada beberapa teman yang asyik gua bug dengan masalah jiwa gua. Gua jadi macam 'wtf sial, amenda gua duk melangut ni, baik gua buat menda lain'. Kesian dengan diri memang la patut ada, tapi kesian sampai satu hape pun tak jalan, apa guna?
Keluar, hadapi dunia dan lihat ni hanyalah satu kejayaan kecil untuk kemenangan yang lebih besar. Kemenangan melalui pengorbanan. Pada gua pada usia macam ni, banyak lagi gua kena hadapi. Banyak lagi gua nak tengok. Kalau gua stick dengan masa lalu yang menyedihkan, sampai bila pun takkan berubah.
*Originally ditulis dekat Myspace gua, tapi gua decide nak letak kat sini as well. Well who knows ada yang baca dan terasa ke apa kan.Bammmm!*
Saturday, June 20, 2009
Runaway/ Hide

Ha kan hening tu. Away dari segala masalah dan pandangan gua tertutup dari rasa tak puas hati dan menyampah. Rumah nenek sangat sunyi sekarang. With everybody already grown up, dan dengan hidup masing-masing, rumah nenek hanyalah the shadow of its former past. Rumah nenek yang kami panggil The Great House of Klan sekarang sunyi dari gelak-gelak kami. Dan sunyi itulah yang bawa ketenangan kepada gua.
p/s: Apa-apa pun, dua orang chicks ni memang hot. Folk instruments and chicks, memang sepadan hohohohoho!
MPE (multi purpose entity)
Anyway interview tadi berjalan lancar. Macam biasa gua cakap apa yang perlu, kelentong jangan lebih- lebih hoho. Tapi gua datang lambat tadi, gila macam apa tah. Gua sampai reception area aje kosong. Tau-tau budak-budak lain dah masuk. Gila kalut gua. Finally dapat gak masuk. Eh Fahim pun ada haha. Bukan tu aje, masa interview tu, siap ada budak ni satu course ngan gua kat universiti, siap sekelas subjek Deutsch. Shit, gua siap kelentong gua reti cakap German la semua kat interviewers tuh. Amik sekali dia suruh cakap Deutsch satu line. Lol!
Semalam Anas call gua setelah dekat berbulan diam aje. Baru gua tahu dia duk struggle bekerja sana sini, patut ah senyap. Sekarang dah setel down, dia call dan beritahu untuk start praktis balik dan sambung recording yang tertangguh. Gua ingat band gua dah mati terbengkalai dah. Ahhh hidup jadi busy balik, I like! Gua harap kali ni dapat setelkan recording dan siapkan terus EP kitorang. Huzzah!
p/s: Muka interviewer tu berkerut bila gua cakap gua suka music folk. Whaaaaaaaaat? Ingat orang tua aje ke dengar folk?
Wednesday, June 17, 2009
I rather gouge my eyes, than meeting you eyes to eyes.
I would have died
A thousand more times
Just to feel her breath
On my neck as a fervent lover
To drown her sighs
In floods of tears so well refined
And blind from spying her
In the arms of others
Tuesday, June 16, 2009
Non stop high eeek eeek eeeek eeeek!

Kalau tak percaya besar mana, mari gua letak perbandingan dengan si pembuat pie dengan pie strawberrynya.

Gua memang tak larat nak makan sorang-sorang sampai habis. Btw apasal lu macam dah kurus ah Dee? Anyway gua memang dig pie lu ahh. Bagi gua pie lu memang okay, cuma gua rasa base tu kasi tebal la sikit. Tapi lu cakap biskut tu dah habis kan sebab tu cam tak tebal kan kan? Other than that okay saja. Memang high la siot bila gua balik tadi. Muahaha. Terima kasih jugak coklat Hersheys tu. Huahaha high lagik.
Nothing much happened, gua just catch up stories dengan Dee sambil jalan-jalan. Sebenarnya gua expect Azim datang join sekali tapi ntah apasal la mamat tuh tak datang. Frust jugak. Sempat jugak gua send Dee few songs dari live album Eluveitie, since gua tak dapat nak burnkan cd gua bluetooth aje ah (siot dah pandai dah guna menda2 camni, dulu haram bluetooth pun tatau amenda haha). Selain tu tujuan gua lepak hari ni adalah untuk hantar menda ni kat si pie maker.

Gua harap tak besar sangat untuk lu eh eh. Lagi satu tak payah nak takut-takutkan atok lu dengan tee nih. Takde yang horror pun. Lain la kalau cam tee Impiety gua tu muahaha.
Much appreciation ah Dee. Lepas ni buleh lepak lagi hoho. Ok ok ok?
Monday, June 15, 2009
Don't push it.
Back in the days of being ultra anguish (apa tu ah?super pemarah?), I could just spit offensive words, non stop. Nasty. But she just refused to surrender. When I asked why didn't she simply walked off from my life, she said she can't. I was puzzled but why should I care? After all, she dragged me into the mess she created maaaaaaaan. I was in a deep shit, seriously. The only way to end this is to walk away, terminate all means of communication. It worked, for 3 or 4 years I think. And then she came back.What the hell, she went all the way to get my number back ke? By that time, I grew tired of insulting her. What I did was, I play the game according her way. Yeah, she loves to annoy me, so that's what I did..ehh do. By being annoying. Ask me questions and then repeatedly ask me 'Are you sure?' or 'Eh I thought you said you are...' type of questions which driving me mad. Even driving me insane whe she said something I did not said and pretended as if I'm lying or hiding a fact. Crap. So what I did was when she asked me a question, I intentionally acted nonsensical. Pretending as if I did not get her point. Heck, it was fun (and mean) seeing her trying to repeat again and again. You got served. But hey, at least I am not insulting her. Yea man, I laughed and laughed in front of the computer. Oh well, I told her so. What? I am an asshole? Maybe. Or maybe not. I just don't want anything to do with this woman. She's just plain annoying. Oh please, do not bombard my phone with sms-es and phone calls. Do not step in to my life again. Yeah, I know. I am the type of holding grudge to those who treated me bad. I tried to distance myself so I can forget what happened (therefore the grudge will disappear), so this should work lah. Unless she does not see the way I did, she will keep pestering me.
Oh well. Ah, will be meeting Cik Na tomorrow, ah can't wait mannnnnnn. I want my pie hihi!
Saturday, June 13, 2009
Tiru saya, anda poser.
Ini:
Dan ini:
dan akhir sekali, yang ini:
Lepas tu analisakan.
Sudah? Jadinya? Barangkali lu orang akan mula fikir siapa tiru siapa? Mungkin ke Eluveitie tiru Alan Stivell? Atau the other way around?
Neither of them are,actually. Trimartolod adalah (er jap aa, ni hasil yang gua baca aa tau) lagu traditional Breton. Macam AnDro jugak. Jadi Alan Stivell, Eluveitie dan satu lagi vocal group apa tah namanya hanya hanya preserve lagu traditional ni. Jika Alan Stivell sekadar menyanyikan @ memainkan balik Trimartolod, Eluveitie olah balik dan integrate kan dengan music melodic death metal mereka. Yeah, it's called improvise. Pada gua ni merupakan usaha untuk lebih appeal kepada wider audience especially anak-anak muda. Takde la headbang tak tentu hala, terutama kepada Arch Enemy (gua hanya suka works Michael Amott dalam Carcass), BMTH ataupun ABRB. Fuck off and die.
Kalau study betul-betul, music Eluveitie banyak gunakan tune dari lagu-lagu traditional. Lain kali gua akan letakkan lah. Tapi pada gua, usaha diorang memang kreatif. Gua pernah cakap pada adik gua yang music bawaan diorang ni bukan setakat untuk entertainment purpose, tapi juga boleh digunakan untuk pembelajaran sejarah (untuk orang-orang sana ah). Yeah mannnn, pergi dengar sendiri lah. Gua fikir alangkah baiknya kalau ada band-band Malaysia yang buat macam ni. But then again, entah bila ah kot. Lagipun music tradisional kita sebenarnya banyak pinjam dari budaya luar (gua bercakap dari perspektif bangsa Melayu, bangsa lain gua taknak usik). Hakikatnya gua kadang-kadang rasa bangsa Melayu ni kuat ciplak, bukan setakat sekarang, malahan dari dahulu. Eh kejap. Ciplak tu berbunyi kejam sangat, pada gua kita dah terlalu banyak asimilasi dengan budaya lain. Which is in a way ada kebaikan dan keburukan. Oh well. Gua rasa lu orang boleh fikir kot. Tarian-tarian kita banyak dipinjam dari budaya luar,muzik-muzik "tradisional" kita pun sama lah. Jadi apa originality yang kita ada? Gua tak tahu ah, gua pun tak banyak buat study lagi.
Dah ah tu.
Friday, June 12, 2009
Come and pick your stuff hey hey hey~

Gua jeles sebab tee ni lagi cantik dari gua punya,argh! Kenapa ah takde saiz gua damn damn damn! So sila datang pick up yeah cik Na. Gua jeles!
Yang gua tengah layan sekarang
Folk/ Celtic metallers Eluveitie is the king! Gua memang dig gila album-album diorang sejak Spirit. Memang hasil-hasil diorang terbaik lah. Pada gua lagu-lagu band ni secara tak langsung berbentuk education (bercerita tentang sejarah dan lirik2 archaic yang diambil dari stone engraving) dan juga bersifat sedikit patriotik dan nasionalis (adakah NS secara tak langsung juga?oh well), haha. Bukan takat main music keras eh? Semalam gua ke Pertama dan jumpa album Spirit digipak dan Slania special edition. Fuckkkkkkkkkk geram sial, dah la dua-dua tu ori. Gua bawak seratus dah terbelanja lak beli tee. Arghhhhhhhhh! Takpe, tunggu gua ada duit nanti gua sambar,siap dengan Eluveitie drinking horn ewahhh!
Wednesday, June 10, 2009
Awak nak jadi saya punya..err errr
Masa sekolah dulu:
Trend adik/kakak/abang angkat adalah sangat phenomenal. Lu orang boleh lihat di awal tahun sewaktu adik-adik form 1 baru masuk. Tak kira jantina. Senior akan turun padang mencari mana-mana junior yang sesuai dijadikan adik-adik angkat. Macam ritual. Jadi bila minggu orientasi berlalu, lu orang akan boleh lihat kawan-kawan lu orang tersengih-sengih happy, sebab dah ada akak/abang angkat. Seronok la kot tu. Selalunya kalau perempuan akan dapat adik angkat lelaki (ada juga perempuan), dan lelaki akan dapat adik angkat perempuan. Takde kot yang amik adik angkat lelaki. Kecuali kalau senior tu pondan atau desperate nak jugak ada adik. Whoa. Bila datang season memberi request (satu tradisi di mana lu orang boleh hantar hadiah beserta ucapan kepada mana-mana individu. Typically balak-awek, tapi adik-kakak-abang angkat pun ada buat), adik-adik angkat ni akan terima lah hadiah dari akak/abang angkat diorang. Simbol kasih sayang kot. Mana yang super popular tu akan akan menerima berkoyan-koyan hadiah lah. Bila ditanya, akak/abang angkat si budak ni dekat 6 orang. Melangit pulak banyak wouh! Kemudian akan jadi satu macam pertandingan tak rasmi antara budak-budak form 1 ni, tengok sapa paling banyak dapat hadiah request. Kira lagi banyak lagi berharga ah diorang di mata senior dan status sebagai jambu juga naik lah. Jadinya siapa yang takde abang/kakak angkat ni pastinya tak menerima hadiah request, dan akan jadi pressure akibat persaingan entah apa-apa ni. Jadinya ada yang attempt buat request dan hantar hadiah ke diri sendiri dan disguise sebagai orang lain sebagai penerima. Agak pathetic tapi betul oh. Haha. Anyways, gua juga perhati senior perempuan memang suka mengumpul adik-adik angkat ni. Dari cerita yang gua risik-risik ni, yang berwajah kurang menarik, dan tak popular memang suka mengumpul adik angkat ni. Kira macam trofi pulak. Mungkin untuk elevate imej mereka, well who knows. Jumlah adik-adik tak macam banyak pulak. Pergh tak payah sebut ah. Dan kadang-kadang sampai bergaduh-gaduh berebut adik angkat. Complicated betul. Gua pun tak faham kenapa perlu ramai adik angkat. Tapi satu peristiwa yang gua ingat sampai sekarang adalah masa gua dalam library. Masa tu gua form 1 lagi dan memang freshie sangat lah. Gua masuk library sekadar nak baca buku (dan nak rasa air con, muda-muda kan macam perangai tah apa-apa). Kemudian gua mula perasan, dari ekor mata gua ada dua oang senior perempuan nak approach. Gua buat tak tahu, selaku social outcast memang dari muda gua dah terapkan sikap misantrofik dan hateful dalam diri gua. Gua dapat agak sesuatu akan berlaku.
"hmm"
"nak tanya sikit"
"yeah,apa dia?"
"awak..ehmm.hihi.awak.."
"ha?"
"awak nak jadi adik angkat kita tak?"
Haha, zaman sekolah memang seronok. Gua rindukan 5 tahun yang berharga tu.
Tuesday, June 9, 2009
Yes, I do
Lagi satu gua terpikir dengan bayaran yang dapat ni boleh ke menampung kos hidup kat KL ni. Gua cuba berfikir secara realistik lah, dengan ambil kira keadaan gua sebagai fresh graduate (officially belum, tapi cincai kira ah ye) sebagai contoh. Gua masih berkira-kira berapakah jumlah gaji yang boleh dikira adequate untuk survive kat KL ni. Tahap di mana tolak sana sini, masih ada baki untuk simpanan. Eh, risau sangat apahal ye dok?
Gua teringat pesanan teman-teman dan senior untuk tidak terlalu memilih kerjaya. Dulu gua boh layan saja. Tapi lama-lama gua fikir tak boleh jugak, kental sangat pilih-pilih last-last gua gak terbongkang. Gua bukan dalam posisi untuk memilih. Gua hanya boleh terpilih. Eh paham ke? Yelah, kerja yang gua dapat ni bukanlah dream job gua, tapi for the moment bole ah kot. Sooner or later gua tetap akan move on pursue apa yang gua nak. Masa interview tu hari orang tu ada tanya gua apa gua bayangkan diri gua 5 tahun dari skang. Gua sekadar cakap ' I view myself as a successful copywriter which I always dream of, living a good life, stable income and achieved half of my dreams. And this position,sir, is my first step towards that.' Gua cuak jugak kot-kot gua tersalah cakap, sebab gua tengok dia usha lama semacam aje. Anyway, kadang-kadang gua lupa, nak dapat yang bagus dan berbaloi kena mula dari bawah. Dan gua lupa, kadang-kadang kalau dapat sesuatu yang too good to be true, baik berhati-hati. Cuz it comes with a price, yang kadang-kadang kita sendiri tak mampu tanggung. Macam peristiwa..eh baik gua tak payah ungkap lah.
Anyway, this is it. Gua harap gua kental menghadapi dunia baru ni. Oh gua pasti gua boleh ah.
Monday, June 8, 2009
My mother is more metal than your pathetic mother.

Kann. Gua dah cakap! Ni baru baju kurung okay! Dah ada tulis Dimmu Borgir. Tah-tah baju kerja dia ada Gorgoroth ke I Shalt Become ke. Gua tak selak-selak lagi handbag dia. Mungkin ada Bestial Mockery ke, Nokturnal Mortum ke. Arch Enemy gua yakin takde. Apa lagi As Blood Runs Black. Mak gua metal kental! Buargh!
*Sebenarnya gua tengah down sikit la. Risau sungguh isk isk isk*
Jadinya interview petang tadi berakhir dalam pukul 3 lebih. Gua harap gua dapat position tu. Gua terus terang aje tadi cakap yang gua memang nak kerja ni untuk bina reputation. Dan gua harap gua penuhi apa yang diorang nak. Sebenarnya gua ada terfikir gua ada buat beberapa kesilapan sewaktu belajar degree dahulu. Tak perlu lah gua nyatakan kat ini. Isk. *Pukul-pukul muka sendiri*
Takpe, yang penting gua kena ada duit. Takde duit hati jadi gundah gulana haha. Kerja malam pun malam lah. Gua bukan ada menda nak buat malam-malam pun kecuali tido dan buang masa. Keluar malam pun gua jarang. Eh apasal berbunyi seperti seorang loser? Haha.
Alah malas ah nak tulis. Gua nak main PS2 ah.
Tell us about yourself, mister.
Jadinya position yang gua tengok tu takde kaitan dengan advertising pun. So sad, tapi gua redah aje ah. Janji gua boleh bina repo. Yang gua ingat broadcasting something apa tah. Cis dengar cerita kerja malam pulak tu. Takpe, gua tengok dulu. Apa-apa gua nak kena bersiap. Ish sejuk tapak tangan!
*menangis sorang-sorang sebab takut.lol!*
Sunday, June 7, 2009
Ayam!
Tapi tadi ada beberapa insiden tak best. Macam biasa ah gaduh-gaduh. Gua tengok pun rasa macam ridiculous. Anyway tadi memang chaotic ah. Ceh, dah pun punk/ Oi! punya set, memang la rabak. Macam nak roboh stage. Mika tadi pun cakap ada sekali tu dekat 23 orang atas stage. Anak haram gila babi ah sial. Gua memang takleh tahan ngan panas gila campur asap rokok jadi gua keluar sekejap-sekejap. Tadi memang ada budak-budak DMTM, jadi gua lepak semeja dengan diorang. Bobo panggil gua depressive sebab senyap, haha sial la. Tapi jujur ah gua macam cuak sikit la dengan budak-budak skin/ punk tadi. Ye arr dah gua memang bukan dari kelompok diorang. Budak-budak metal pun berapa kerat aje tadi. Shit sial. Gua buat bodo aje ah haha.
Pas gig abes around 10, gua ingat nak gerak balik KL. Bone kata nak anta gua balik, hadi gua okay saja. Sekali melencong pergi Jalan Semarak. Budak-budak organiser buat bbq. Eh, makan free! Suka ah gua tapi segan ah pasal gua mana kenal diorang. Lol. Tapi sebab lapar gua redah aje. Pas makan gua attempt la borak-borak ngan budak-budak skinhead yang gua kenal. Aaa ok apa. Diorang cakap ngan gua next gig diorang datang ah. Tak silap gua diorang budak-budak KL Troopers. Yang buat bbq tu pun diorang la. Gua tadahal la ideologi diorang NS ke apa ke. Melayu jugak. Baik ngan gua, camtu gak gua balas.Lagipun kitorang yang pergi tadi budak-budak DMTM pun NS gak lol. Dah tak payah soal DMTM tu apa. Diam. Tadi masa borak-borak diorang ada mention band Daarchlea lol. Pergh jangan main-main, skinhead pun dengar extreme metal tuuuuuuuuuu~ Haha. Kesimpulannya hari ni gua rasa terisi sikit dan kenal-kenal ah dengan kenalan si Din. Gua penat, gua malas nak tulis, mungkin gua tambah lagi.
Aufwidersehen.
Saturday, June 6, 2009
of failure and perseverance
Gua cuma harapkan gua diberikan peluang lagi sekali. Rasa bersalah tu masih hantui gua. Sungguh.
Friday, June 5, 2009
Duit dari langit duit dari langit duit dari langit grghhhh~
Gua tengah selak-selak newspaper bila tiba-tiba phone gua berbunyi. Kamil si pervert call.
"Yeah,boy?"
"Eh supp. Apa bikin?"
"Nah, lepak baca paper. aa napa nih?"
"Weh Ahad ni jom tengok gig."
"Gig amenda lak Ahad ni?" gua jadi puzzled kejap.
"Alaa Makam Malaysia tour kat MCPA"
"Ohh thaaat. Eh Ahad ni ke?Damn, mak aku ajak pi Kuala Selangor tengok kelip-kelip dowh." Righttt, alasan bunyi busuk gila. Tengok kelip-kelip? Haha. Gua pun tergelak pikir balik, tapi betol doh mak gua memang ajak jalan-jalan Ahad ni.
"Ah shit mann. Aku balik nak tengok gig ni,please aa."
"Haishh aku bukan tanak pergi, duit pun tengah kering. Gila mahal dowh nak masuk Makam tuh. RM 25? fuck ah mahal. Aa jom ahh esok tengok Malaysian Rebelling Troops. Budak-budak DMTM ada kat sana. Aku pun dah lama tak jumpa diorang" gua cuba pujuk Kamil.
"Alaa panas ah pi Paul's Place. Ahh leceh ah nak pi sana"
"Ko tanya la Men, ajak dia pergi"
"Tapi dia kerja.."
"Ahad mana kerja ngong! Ish, aku bukan tanak pergi." Gua mula rasa bersalah. Ish leceh betul.
Perbualan kemudian tamat. Hadoi, tu ah dia. Bila tadak duit memang jadi masalah. Shit. Gua ingat nak start jual barang lah ini macam. Ok sapa nak Doc Mart gua? RM250! Cepat!


Sorry ah, Makam punya gua rasa macam kena pass aje. Larra (D.I.E) dah mesej gua sebulan lepas pasal menda ni, tapi macam tak dapat datang aje. Sorry ah kak, gua tebus lain kali ahh hihi. Tengok la camne, kot-kot ada duit jatuh dari langit ke pagi Ahad nanti gua pergi ah. Gua harap kalau gua pergi Makam, gua tak jumpa sesuatu yang boleh bikin mood gua hilang. Oh well, you know what I mean. Pfttt!
Dah ah, gua nak tengok movie.
Thursday, June 4, 2009
Screw everything, I want you Eluveitie muah muah~

Seriously, gua nak ni! Badly! Betul dowh gua sungguh-sungguh nak ni! Album terbaru Eluveitie yakni Evocation 1: The Arcane Dominion, disertakan dengan DVD Live @ Summer Breeze dan paling awesome, Eluveitie drinking horn! Siap ada metal plate tertulis logo diorang! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Awesome alright, drinking horn! Err tapi tu ah, kewangan tengah tak stabil pulak.
Tuesday, June 2, 2009
Necro,sial.


Aaaa dah dah. Gua nak layan Couple pulak,lol!
Monday, June 1, 2009
Hek eleh, kecoh sial.
Gua masih keletihan sejak balik dari kenduri semalam. Gua tengok gua gelap sikit, barangkali lepas gua berjemur mengawal lalu lintas di kenduri kahwin semalam. Gua ingat gua nak buat summary sikit pasal benda-benda yang berlaku dari Jumaat lepas, tapi gua tangguhkan dulu ah. Malas pulak. Foto pun gua tak transfer lagi. Jadinya gua spend masa selongkar multiply si Men, sedut lagu-lagu faveret gua masa zaman sekolah dulu. Hihi tetiba nak dengar balik band-band local yang gua gila-gila minat dulu. Gua rasa gua ada lagi simpan kaset-kaset tu, tapi tah mana pergi (Ada masa gua up foto colelction gua kat sini). Mana ada orang dengar kaset lagi skang!Gua ingat nak jual ah lagi 10 tahun akan datang,amacam?
Pertama skali gua nak jual...ok sapa nak compilation A Circle of Friends? Muahaha, sori ah mana gua nak jual! Susah tu nak jumpa lol.
Dah dah gua nak sambung sedut Nebiras. Apa barang dengar Arch Enemy.