A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Thursday, May 21, 2009

Brughhh booom!

Gua baru balik dari AU 2. Celebrate birthday mama gua. Jarak birthday dia dengan gua tak jauh, kurang dari seminggu. Dulu selalu celebrate sekali dengan dia birthday gua. Tapi la ni gua dah tak amik port sangat nak sambut-sambut birthday ni. Dulu ye ah teruja gila. Haha. Jadinya gua dengan satu family pergi dinner dekat Mak Tim di atas recommendation gua.Tu pun sebab tadi sebelum keluar gua sibuk baca blog kegemaran gua yakni Melayu Minimalis, gua tengok dia ada cerita pasal Mak Tim. Gua teringin juga nak try tu yang gua ajak satu family pergi. Tapi hampeh ah, kecewa ah gua. Gua rasa macam biasa aje kecuali Mi Rebus dia yang sedap. Takpe, Happy Birthday mak! Gua takde ah nak beli apa ke kecuali beli kek dengan buku pasal kucing untuk dia. Lol. Tahun lepas pasal kucing tahun ni pun kucing gak!

Anyway tu bukan cerita sebenar hihi. Petang tadi gua plan nak keluar pi KLCC sementelah dah lama tak ke sana (sambil gua nak beli kek untuk mak gua). Sekali pas gua dah solat langit jadi gelap, hujan turun lebat gila aihhh. Gua dah jiwa kacau. Takpa, gua bajet mesti hujan berenti lagi setengah jam. Sekali lebih sejam hujan gua dah tak sedap hati. Mana boleh jadi, gua nak keluar jugak! Gua usha luar tingkap. Siol. Banjir ah.




Adoi, dah la tak dapat keluar, banjir pulak. Air tengah mencurah-curah tu. Gua pun panik la mencari penutup lubang kat dapur.Karang dah masuk air limbah camtu bertambah la pulak masalah. Gua cepat-cepat tutup. Air memang dah setengah lagi sampai lutut aa. Pastu gua masuk la rumah. Tapi hati tak sedap. Mana pulak kucing gua pergi?! Adoi, lu jangan la hanyut Dott! Karang satu hal la pulak nak cari lu! Arghh gua sauk payung terus pergi rumah nenek gua. Selang satu rumah aje lol. Sampai sana gua terus tanya makcik gua mana kucing gua. Nasib baik lar dia tengah sedap tido bawah katil nenek gua. Ada guna jugak jadi pemalas kucing nih lol. Gua redah balik rumah, gua call adik gua suruh dia yang belikan kek. Dah gua takleh keluar. Gila apa nak berkaki ayam pi KLCC? Banjir nih! Lol. Tu ah basically apa yang jadi tadi. Mak gua dah keluarkan arahan suruh bersihkan lumpur depan rumah menjelang esok pagi .Aaa yelah. Nasib baik tak masuk rumah. Kalau tak haihhh tak bole ah gua bayang.

3 comments:

Anfaal Ridhuan said...

hoho.canggih la weh banjir~ selepas mane?hoho.
esok aa tangkap weh..hehe.. :D

SkyLark said...

hahahhaa.. keramat banjir!~ hahahah~
cepat ar movie. damn u pondan!

A, is for Anomaly said...

movie movie.lu tu kat sana dah habeh kemas rumah ke?

Related Posts with Thumbnails