A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Monday, May 4, 2009

Siapa tahu kan?

Petang tadi aku terima text dari ketua program aku.



"pls contact en h of xxxx (nama agency dirahsiakan). he is recruiting a bm copywriter. PM R"

Aku dah kalut. Haram. Mana aku ada contact number orang tu! Tak lama lepas tu satu lagi text masuk. Lega aihh. Kali ni dia supply contact number.

Aku fikir. Wah, ni mungkin peluang aku kot.Pulak tu advertising agency ni boleh tahan gak reputasi dia. Kira nama agency ni memang selalu meniti di bibir budak-budak advertising. Cuba sajalah kan? Lagipun aku dari sejak mula degree dulu beria-ia nak jadi Copywriter. Kira-kira kalau masa sekolah rendah dulu, kat ruangan cita-cita tu aku nak letak jadi Penulis Kopi (ni serius wei, dalam slip exam aku dulu tulis Copywriting sebagai Penulisan Kopi). Mesti ada rasa-rasa kaffein heh.

Terus aku bersiap dan berlari ke kedai berdekatan beli reload kredit. Esok pagi first thing aku nak call orang tu. Aku fikir bukan aku sorang je kot dapat mesej tu. Mana tahu beratur orang apply kan kan kan. Lepas tu aku mula fikir-fikir ayat apa nak susun. Ye ah nak inquiry pasal kerja kan, kena ayat best. Apa, ingat macam borak-borak ngan Contramen ke?!

This could be my chance.

3 comments:

Ami said...

Good luck buddy!

The A said...

thanks bruh.aku dah call.skang tunggu respond.berdebar siut.macam ajak kawin pulak ngahaha~

::Fariz Kongz:: said...

hohoho...
u can do it aah bro!!!
waiting for the good news from u~

Related Posts with Thumbnails