A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Friday, May 22, 2009

After the Sto..Flood!

Gua terjaga pagi ni dengan bebelan mak gua yang bising suruh adik gua bangun pergi office. Adik gua tengah praktikal skang kat law firm mana tah. Gua jadi sikit angin lar pasal dia liat sangat nak bangun, instead gua lak yang terbangun. Pastu gua jadi angin lagi bila gua punya alarm tak jalan. Gua rasa gua dah set semalam baik punya. Gua try set balik. Gua lelap balik dan bajet bangun 10 minit kemudian. Kemudian tune Faun - Andro kedengaran. Sah, memang gua yang membuta sampai tak perasan haha! Habeh burn Subuh gua.

Gua tuka seluar dengan baju, sarung kasut, pasang earphone dan bergerak keluar. Mak gua tau dah habit gua, mesti nak keluar berjalan tengok orang pagi-pagi. Siap hulur duit lagi. Untuk beli roti lar, apa lagik. Kang nak breakfast apa lak. Sambil tu gua sauk syiling yang membukit dalam bekas syiling gua.

Lama dah rupanya gua tak keliling Keramat awal pagi. Last dulu masa December, masa gua tengah jadi mamat emo yang meratap nasib yang bangang. Heh. Pastu dah balik Shah Alam harapan lar nak buat camni. Cantik KL pagi-pagi camni. Gua start ah keliling Keramat. Sambil tu gua sms Contramen ucapkan selamat berjaya untuk interview beliau hari ni. All the best ah bro. Lu jangan sedih-sedih gua dah takde kat Shah Alam heh. Sampai kat LRT Damai gua berenti kejap. Gua usha Keramat Mall yang dah nak siap tu. Haram, dekat sebelas tahun gak la nak menunggu menda ni siap. Masa mula tu gua kecik anak lagi. Suara baru nak pecah. Skang dah nak siap. Gua stop kejap la amik foto jap. Wei Dee, lu nak tau camne rupa Keramat Mall kan?



Gelap dowh, terlindung balik matahari. Tapi majestic pe?

Building ni bersambung dengan LRT Damai
Tu dia, bukti. Siap ada logo lagi.


Besar gak sebenarnya Keramat Mall ni. Sebenarnya dia bakal jadi pasar, activity centre dan macam-macam lagi lar. Nanti mesti ada budak-budak lepak sini pastu jadi mallrat. Apa-apa je ah. Gua harap Mall ni tak end up jadi macam Pasar Keramat sekarang. Gua tak lama kat sini sebab gua nak teruskan perjalanan. Gua redah udara pagi, kereta dah start banyak dah. Sambil tu dalam kepala gua berkira-kira, apa nak jadi dengan gua nanti ah. Apa kerja yang gua dapat nanti? Dapat ke gua grad on time? Lepas tu mula ah menerawang ke menda-menda personal. Cepat sungguh fikiran melayang. Sebab tu emosi gua cepat berubah-ubah. Lol.

Kemudian gua dah nak habis round Keramat, baru gua teringat mak gua pesan beli roti. Nasib baik ada bai roti (tu eh term dia?) lalu, gua tahan dia dan beli ah roti yang mak gua suruh.

"Brapa eh?"

"RM 2.10"

"Aaa ni RM 2. Jap aa"

Gua seluk poket cari syiling. Pastu gua tiba-tiba pucat. Babi! Mana syiling tadi? Gua beli Dunhill sebatang tadi (isap rokok sambil jog,memang smart!) memang ada balance. Ni mesti terjatuh masa gua tarik keluar phone. Gua memang dah cuak. Roti tu gua tolak balik kat bai tu. Hati gua dah retak. Dah la mak gua memang kasi 2 ringgit je beli roti.

"Err duit tak cukup"

Lirih aje suara gua sambil nak blah.

"Eh takpe, takpe. Amiklah."

"Uuu really?Thanks aa weih!"

Nasib baik. Malu siol. Terus gua berlari balik rumah. Cis. Kenapa la gua terlupa roti memang dah naik harga! Tak pasal-pasal kena tanggung malu. Nasib baik bai roti tu bertimbang rasa. Kalu dia jenis kapitalis mau dia rampas roti tu dan maki-maki gua, muahaha! Sampai rumah gua bagi roti kat mak gua dan gua kena bersihkan laman pulak. Semalam kan banjir. Haram, apa ah ada diapers, tin la. Paling best papan kepala katil pun ada. Apasal takde sebungkal US dollar ke apa skali kan. Tak payah gua kerja lol! Dee cakap dengan gua suruh letak foto lepas banjir. Sebenarnya bila banjir dah surut semalam gua memang malas dah nak amik gambar. Apa ingat gua journalist ke? lol. Tapi pagi ni gua amik gak ah.




Takde apa sangat pun. Cuma tinggal lumpur. Takde ah teruk pun banjirnya. Aaa dah ah. Gua nak siap lepak KLCC pulak. Gua nak usha Petrosains nak amik tak gua kerja. Lol.

7 comments:

Anfaal Ridhuan said...

Wah wah wah~ Keramat Mall tuuu~~~~ nanti mesti banyak poser pi situ weh.aku tau dah.isk.

Haha.selepas.dah cuci ke weh?hihi.

SkyLark said...

hahahah! banjir~

A, is for Anomaly said...

poser schmoser.peduli apa aku.kalau depa bukak subway dalam tu aku sanggup jadi mallrat.but no immigrants pls.

ko suka ah tu banjir ah azim?cotterdame tak pnah banjir.boringggggggggggggggggg!

Anfaal Ridhuan said...

haha.subway kalau ada kat situ aku respek aa~ apekate ko kerja trus kat subway kalau dia bukak situ weh?

hihi~

Umah azim tak banjir sebab atas bukit.mau duduk kat tanah rata,kompem banjir.

A, is for Anomaly said...

tanak!aku datang subway utk makan,bukan serve orang!grughhh grughh!

Anfaal Ridhuan said...

sementara serve ko boleh makan skali.haha.buat sandwich ape ko nak~

A, is for Anomaly said...

cant eat while work,i think.

Related Posts with Thumbnails