A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Monday, May 18, 2009

Lu rasa lu smart?

Originally written bila gua sampai KL around pukul 10 semalam. Jadi gua italic-kan semua ah untuk indicate yang ni post yang tertunggak. Eh sapa peduli kan?

Gua baru balik dari Melaka. Hari-hari yang berlalu sebagai penganggur takde ah indah mana pun haha. Dari tengah semalam gua terima bertalu-talu ucapan selamat hari lahir dari kenalan-kenalan. Gua mampu cakap terima kasih ah pasal lu orang ingat gua lagik. Tapi gua tunggu lagi ah pie strawberry gua kannnn kannn kann? Gua rasa selari dengan umur meningkat gua perlu lebih jadi forgiving dan memahami ah. Eh, apasal bunyi semacam siak?

So pagi tadi sebelum gerak Melaka gua teman mak gua pergi Ampang Point, dia mau amik buku dari kawan dia. Gua biar dia pergi jumpa kawan dia sambil gua dengan adik gua usha buku-buku terpakai kat concourse floor. Hari ni ada plak dia buat jualan penghabisan. Gua memang tunggu sangat la. Nak beli buku baru takde duit, second hand pun jadi ah. Gua sibuk la flip sana sini tapi haram takde satu pun yang buat gua tertarik. Buku jiwang, buku self help, Bible la, suma gua tolak tepi sampai gua jumpa buku ni.


Walden Two, hasil BF Skinner. Hasil kerja beliau ni disebut-sebut dalam kelas Asian Politics yang gua attend semester itu hari, memandangkan ia berkisar pasal Utopia yang berdasarkan kawalan manusia mengikut teknologi saintifik. Tapi gua tak abes baca lagi. Takpe, gua memang mencari gak buku nih.

Pastu gua singgah Shah Alam kejap pas balik dari Melaka pasal adik gua nak buat clearance kolej. Jadi kami singgah rumah sewa gua, untuk solat Magrib.Dah tu mak gua ajak makan kat Secret Recipe, yeah celebrate birthday gua ah. Tapi gua malu ah bila adik gua start point camera kat muka gua. Tatau ah, tapi gua ada satu habit jadi malu bila amik gamba kat public and gua akan request supaya tak pakai flash. Bila orang tanya gua akan simply jawab "nanti kena sawan ah kalau kena flash", padahal gua memang tak suka flash.

Muka serabai dan selekeh. Mak gua cakap janggut gua dah macam berus kaligrafi.Hi.

*Sayang mak gua ahhh weh. Lu orang tak sayang ke mak lu orang?*

Lagi satu gua jumpa nih masa jalan-jalan kat Ampang Point,earlier that day. Hihi tak sangka ada lagu tajuk After the Storm. Nanti gua nak cari ah.



Agak-agak tak nampak, yang second tu ahh yang Craig Armstrong tuh.

Gua perasan lately gua jadi open sikit dengan reveal muka gua. Entah ah, gua rasa gua dah penat main sembunyi-sembunyi muka kot. Ah apa ada hal kannnnnnnn?

Aufwiedersehen.

*Terima kasih weh sapa-sapa yang mesej gua thru sms ke facebook ke yang wish gua happy birthday. Tak terlarat gua nak reply. Sampai jam browser gua.*

*Dee, lu bila nak lepak ngan gua lagi?Sejak dah berkasih-kasih ni takkan lupa gua wei?!Sentap ah ni macam.Hihi.*

8 comments:

The Rhymeweaver said...

gua pun blaja gak BF Skinner ni dlm paper education woots

wah dah 23 thn ni semakin matang dgn mempublish gambar sendiri di internetz

The A said...

aku baca sikit mesti tertidur. shit. tak sehebat menonton porno la baca buku BF Skinner nih lol!

kimek lu azam,ye ah pasni aku gua tanak letak foto gua ahh.sial sial sial.haha~

Anfaal Dhiyana said...

alolo.letak ah gambar lagi min~
best pe letak gambar..ceria blog ko.hihi.

haa.ala,bile2 je weh nak lepak.roger la aku.isk.aku free saje! :)

The A said...

segan ah letak foto.gamba x hebat ahaha.aku kan camera shy.

nanti aaa aku call bila2 mau lepak.ni baru bergelar penganggur nih.hoho.appa kau nak pakai caddy tak?

Anfaal Dhiyana said...

haha.alah.tak pe.jangan amik 45 degree.amik je depan2.kalau 45 deg tu memang ah boleh buat segan diri sendri.haha.

ayah aku baru ja main golf tadi.haha.tak tau la dia nak pakai caddy ke tak.lol

The A said...

aku ada strict 'no 45 degree angle photo' policy,so tak payah risau.haha!

ha cantek.tanya ah appa weh!cakap dia im also good at discussing politics masa main golf!go go!

Anfaal Dhiyana said...

haha.bagus.next time aku nak try 90 deg plak.haha :P ko tak payah.lol.

appa aku tengah tido.haha.penat ah tu pi main golf pepagi ape kes.hehe

The A said...

90 degree camne ah siot.ko pakai self timer sudah le.isk.

appa kau keletihan kerana tiada pembantu.aku email resume aku sat lagi,hang printkan pastu selit bawah pintu bedroom dia.confirm esok pagi dia hire aku hohohohohohoho!

Related Posts with Thumbnails