A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Thursday, May 21, 2009

An Dro

Hari ni gua dah malas nak tulis pasal kemarahan ke kekecewaan ke pelancau ke apa. Gua malas nak amik port. Lately gua rasa sini dah jadi terlalu personal dan gua tak suka tu (walaupun secara teknikalnya gua boleh tulis apa saja mengikut prinsip 'ni blog gua,sukati gua la'). Gua pun rasa cukup-cukup la tu kan. Gua pasti pihak sana pun terasa silly dengan attempt tah apa-apanya.

Hari ni gua terasa nak buat sedikit pembacaan. Gua dah spend 3,4 hari asyik tengok movie aje. Mana boleh! Dah tepu kepala. Jadi hari ni gua nak cerita pasal An Dro. Ni bukan nama model kereta baru, bukan nama pornstar, apatah lagi nama awek yang jadi crush gua ke apa. Gila apa nama orang An Dro hihi. An Dro ni adalah folk dance Breton. Tarian An Dro yang bererti The Turn ni melibatkan penari-penari yang bergerak dalam circular motion (sambil pegang tangan). Lu orang bayang aje lah cam moshing dalam moshpit. Tapi bukan yang macam floor punching ke karate kick macam budak-budak emo selalu buat tu (ada sekali budak ni bikin itu macam dekat dengan gua masa dalam gig, sial sungguh). Lu bayang yang macam budak-budak thrash metal selalu bikin tu lar. Anyway yang ni less chaotic la sebab folk dance kan kan kan. Gua tak pernah tengok macam mana. Lu orang bole pergi sini dan baca ah. Gua tatau sangat dan tu bukan point gua bercerita kat sini.

Yang gua nak cerita kat sini adalah music yang accompany dance An Dro ni. Gua sebenarnya tak tau sangat apa music yang selalu accompany dance ni. Tapi gua bajet lagu ni yang selalu ada ah, maaf gua bukan orang Europe belah sana. Gua cuma orang Melayu berhidung penyek dan berkulit sawo matang. Anyway. Lagu An Dro ni memang gua tau sejak tahun lepas lagi melalui Eluveitie, band Folk/Melodic Death Metal kegemaran gua (walaupun melo-death skang dah sangat sell out, thanks to metalcore-emo-fag-cum eating fuckheads out there lol). Tapi version Eluveitie adalah rendition An Dro yang berbentuk Folk + Melodic Death Metal, kira epic bercampur brutality(takde ah sebrutal Tech Death ke apa kann), tapi dah cukup buat gua teruja. Tapi waktu tu gua tatau yang sebenarnya An Dro ni lagu tradisional, Eluveitie sekadar amik tune dan integrate dalam music diorang (macam Butterfingers buat dalam lagu Chrome yang meletakkan tune lagu Ikan Kekek di chorus). Lagu Eluveitie sebenarnya banyak meminjam folk tune, tapi ok apa? Siapa sangka Folk bole masuk dengan Melodic Death Metal (ala Dark Tranquillity).

Ok ok cukup tu. Berbalik pada An Dro. Hari ni gua masuk ah Youtube sekadar nak check out kot-kot ada video best yang gua boleh layan. Sebelum tu gua baca pasal review album Eluveitie yang terbaru yakni Evocation 1: The Arcane Dominion. Memang jadi top dalam playlist gua lately. Jadi gua baca la details pasal album production ni, siapa yang involved, apa instruments diorang guna (gua memang particular bab-bab ni,apasal tah gua pun tatau hihi) dan macam-macam lagi. Bila sampai kat artist jemputan gua ternampak ada sorang mamat ni dari band Faun. Hek eleh apa la cam gay gila pakai nama Faun! Haha! Jadinya gua masuk Youtube ah nak check out pasal band ni sesambil masuk Wikipedia untuk gather sedikit info. Ye lar mana tau best ke apa boleh gua layan-layan. Asyik-asyik nak dengar Cattle Decapitation aje, mau lemau kepala otak ye dok? Hasil pembacaan gua, Faun main folk berunsur pagan (eh bukan folk suma memang berunsur pagan ke?). Gua memang minat band-band folk atau band yang ada unsur-unsur folk macam Eluveitie (rulesss!), Finntroll, Cruachan, Folkearth (band projek folk metal yang besar nak mampos), The Chieftains, Tenhi (melancholic folk,gila duk worship alam semulajadi lol!), Narsilion dan macam-macam lagi lah.Jadi gua boleh masukkan Faun dalam list la kiranya. Macam gua sebut tadi, lagu An Dro pernah di cover oleh Eluveitie (dengan perisa melo-death tentunya), rupanya Faun ada cover lagu ni gak tapi dalam bentuk folk dengan sedikit unsur elektronik/programming. Best gila ah. Gua tengok video live dia memang teruja lar. Dengan setting pentas yang nampak sungguh pagan (tengkorak kambing bertanduk panjang, Man mesti suka ni lol!) beserta line-up yang cun (bagpiper dan hurdy gurdy playernya adalah aweks hihi) dan costume yang nampak medieval, gua terus suka ah. Dan bila gua dengar diorang bawak An Dro gua tak hesitate dan terus gi download album diorang lol. Sini gua letak ah video performance diorang dan lu orang rate ah sendiri.






Yang ni pulak rendition An Dro dari Eluveitie. Gua ingat nak letak yang live tapi sound tak best. Gua letak album version sudah.






Gua dedicate entry ni kepada kenalan gua yang sama-sama layan folk macam gua saperti Riez, Man, Dee dan sesapa lagi ah! Apa lagik, bawak beer dan menari lah keliling unggun api!Arerererererererererere!

2 comments:

Anfaal Dhiyana said...

Hoho.jap.Faun?Los and Faun?HAHA.adeh la.boleh layan jugak weh lagu itu.isk...tapi folk memang dah mendapat tempat dihati aku la skang.bleh joget do.gay aa aku rase bile dengar folk.

ayayai~~~ Ariba ariba~~

The A said...

gay gay gay!dah aku nak kumpul duit duduk europe pastu blajar main hurdy gurdy.amacam?

Related Posts with Thumbnails