A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Tuesday, May 19, 2009

Haha, cam tak caya dowh!

Waktu diploma dulu, gua sangat berminat dengan bidang broadcasting, sampaikan satu tahap gua berangan nak amik Broadcasting bila degree nanti. Tapi ntah apa jadi tah apasal tiba-tiba gua apply Advertising bila masuk dgeree. Antara sebabnya gua dapat tahu ramai gila budak-budak nak apply Broadcasting, gua jadi lemau. Bukan gua takut saingan ke apa (sebab pointer gua memang melayakkan gua pilih mana-mana sequence tanpa sebarang masalah) tapi bila dah ramai gua rasa macam dah tak eksklusif. Tak rare la bai. Dengan ego yang melambung tinggi masa tu gua apply advertising, dan gua dapat. Tapi tu bukan ceritanya lah.

Ya gua memang into broadcasting masa awal pengajian diploma dulu, sekalipun gua sebenarnya camera shy (apa jenis camera termasuk cctv hihi). Gua lebih prefer kepada kerja-kerja belakang tabir, macam cameraworks (padahal tangan mengigil nak pegang kamera lol!), scriptwriting dan paling gua gemar sekali; directing. Gua buktikan yang gua capable bab directing ni bila gua menangi 2 semester berturut-turut sebagai pengarah terbaik. Yang first pengarah iklan dan yang kedua pengarah dokumentari. Gua suka berimaginasi dan cuba buat yang lain (gua rasa ayat ni syok sendiri, oh wth); contohnya masa dokumentari shooting, ada satu scene tu gua mount camera atas skuter dan buat circular motion mengelilingi subjek. Memang agak gila la sebab penunggang skuter tu macam nak patah pinggang keliling dalam bulatan dalam 12 kali. Tapi sebagai seorang yang autokratik gua suruh jugak buat.Hihi. Anyway gua memang suka lah actually tapi bila masuk degree gua tak nak amik, sebab gua rasa gua perlu amik sesuatu yang lain. Ego anak muda masa tu haha.

Dalam pembikinan.


Awards yang gua dapat. Yang depan untuk pengarah iklan terbaik dan yang belakang pengarah dokumentari terbaik.

Anyway, tu bukan point sebenar gua tulis ni haha!Memandangkan gua seorang yang camera shy memang susah nak tengok gua terhegeh-hegeh nak berada depan camera. Tapi ada ah a few exception, di mana gua bantu rakan-rakan berlakon dalam assignment diorang. Walapun most of the time gua cakap muka gua takde commercial value dan kaku (dan berbagai alasan tah apa-apa), gua tolong jugak la. Turned out okay jugak lah, takde la nampak macam extra kaku ke apa. Yang gua ingat gua berlakon untuk commercial coklat (gua jadi watak utama yang sungguh barai) dan yang kedua dalam music video di mana gua membawa watak lelaki skim cepat kaya. Siol sungguh, gua dipilih sebab dikatakan wajah gua nampak evil dan wicked. Sorry ahh yang commercial tu gua dah ilang cd dia, yang gua letak sini hanya dari music video, itupun gua screen capt dari youtube.


Haha. Kalu lu orang nak tengok hasil penuh, boleh ke sini. Videonya memang kelakar ah. Directornya memang kenalan gua jugak, duduk pun area dekat dengan rumah gua. Tapi skang dengar cerita dia dah kerja kat production house sekitar Puchong. Gua respek dengan dia sebab idea dia selalu berbeza dan aneh. Dulu gua selalu anggap dia saingan gua, haha. Takde hal ah kan Yid?

Til then, aufwiedersehen.

2 comments:

Anfaal Dhiyana said...

Aku dapat awards pelajar yang paling fokus dulu.fokus tengok slides tapi tak paham ape.HAHA. ;p

The A said...

fokus abes,kepala melayang tah ke mana.hoho.

Related Posts with Thumbnails