A: An Autopsy

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Adman by day, music writer by night. Closet metalhead on weekends. You may find me weird, but that's just probably you.

I quit smoking and proud of it

Sunday, May 31, 2009

Sah?Sah?Sah?

Gua memang....eh sambung nantilah. Gua penatlah. Apasal tah2,3 ari ni topik kawin duk main kat kepala gua aje.Isk.

Thursday, May 28, 2009

With a burning passion, I go!

Siol. Gua tengah sedap tulis tadi tiba-tiba Firefox gua crash. Habeh semua! Gua jadi malas nak tulis. Hish.



Semalam Azim datang sini, ajak gua lepak Mash Nasi Ayam. Kedai paling kult sebab memang ramai gila datang sini sampai penuh. Gua tak tipu ah. Dengar cerita pun si mamat ni lemau sangat duduk Kota Damansara, tu yang datang lunch sini. Sanggup kau eh? Lol. We talked and talked ah but I'm not gonna write it down here mannnnnnnn. Kinda personal dowh.

Tapi yang menarik perhatian gua masa lepak tu (kitorang lepak depan masjid yang ada sekolah agama, amacam?), somehow mengingatkan gua zaman sekolah dulu. Bukan gua sorang aje, Azim pun sama. Ala lu orang kan mesti perasan punya, bila tamat waktu sekolah, mesti ramai orang-orang yang jual snack dah tunggu luar pagar kan kan. Ala yang uncle jual aiskrim, akak jual jambu potong (buah lain pun ada), brader yang jual soya dan macam-macam lagi ah. Gua yakin lu orang pun pernah mengalami situasi yang sama dulu. For instance dulu gua suka betul beli sengkuang yang disapu jam tuh sambil ditabur kacang. 20 sen aja lol. Tapi sampai skang misteri apa yang disapu kat sengkuang tu, gua pun tak tak dapat ungkaikan. Si Azim pulak cerita pasal pakcik yang jual sate lekor (aneh eh?ala keropok lekor bulat-bulat yang dibakar) kat sekolah dia dulu. Heh, its so happen ada sorang pakcik jual menda tu semalam. Wei bro, next time OU pulak ke apa?

Tikus mati yang gua jumpa masa berjalan balik.

____________________________________________________________________________

Jadi pagi ni gua meronda macam biasa. Dan gua guna jalan yang lain lagilah. Takde apa yang menarik, ye ahh orang pergi kerja apa yang bestnya? Gua pun sebenarnya takde mood sangat tapi gua paksa jugak. Cuma ada sekali la bila gua lalu kat stesen bas depan sekolah rendah gua tu, ada sorang makcik ni. Gua bajet dia pendatang ah dari accent dia. Biasa ah wei tempat gua ni boleh consider international apa. Macam-macam warna ada. Anyway, yang buat gua tersengih tu pasal ni ha. Dia duk on the phone dengan menda tu ditekap kat telinga, macam biasa ah. Tapi yang buat gua rasa semacam tu, apahal la siol kuat benar suara orang yang cakap dengan dia tu? Gua yang dari jauh pun bole dengar,sumpah! Gila guna loudspeaker la tuh, pastu pekup kat telinga!

Macam biasa bila gua berjalan sorang-sorang gua akan selalu terfikir. Tadi gua lalu kat stall roti canai yang gua selalu singgah masa gua sekolah rendah dulu. Heh, zaman kecik anak kann. Gua selalu singgah situ sebelum gua pergi sekolah dan akan order roti john. Tiap-tiap hari. Gua rasa dia punya roti john gila kult ah. Memang gua suka gila. Tahun berganti tahun gua perhati perubahan brader tu. Dari dia muda, and baru kawin masa tu, sampai la sekarang kepala dah putih. Dari dia ada stall kecik buruk tu menumpang kat kedai sebelah, sekarang dia dah beli kedai tu dan jadi milik dia. Gua bajet brader tu mesti dah ada beberapa orang anak.

Sama ah pakcik jual nasi lemak yang dekat hujung lorong rumah gua. Gua ingat lagi dulu dia jual nasik lemak dia pakai cart aje, alih-alih skang dah ada satu spot, siap ada kerusi meja khemah, lengkap dengan macam-macam. Siap gajikan pembantu lagi. 10 years. Dalam tempoh tu berubah. Dan gua pasti semuanya perlukan kegigihan, kesabaran dan sedikit nasib baik. Gua yakin diorang pun mesti ada dalam sehari meratap betapa penatnya diorang, betapa nak putus asanya jualan tak berapa menjadi. Tapi gua pasti jugak selebih hari yang lain diorang bekerja keras dan terus menerus memasang harapan nak berjaya, whatever their goals will be. Jadi gua agak terinsaf sekejap lar bila gua jalan-jalan tadi. Eh, kira ada guna jugak la kan gua jalan-jalan. Anyway pengajaran yang gua dapat, menda yang kita nak bukan datang bergolek sekelip mata, dan perlu disusuli dengan kerja keras dan passion. Kadang-kadang menda yang too good to be true (macam menda yang tak disangka-sangka jadi dan cam gila tak real) ni pun boleh memakan diri. yelah, menda camni mesti datang, with a price. Eh paham ke? Jadinya menda yang datang perlahan-lahan tu lar lagi baik. Gua insaf lar dan malu sikit bila gua jadi susah hati pasal tak dapat kerja lagi. Gila tak logik eh, hantar resume pagi ni, malam kang mula risau entah apa-apa. Haha. Gua kena bagi masa sikit lah. Masa yang ada ni gua cuba manfaatkan tanya orang sana-sini, tanya selok belok industri macam mana. Gua tanya senior-senior gua, gua tanya kenalan-kenalan gua yang kerja kat advertising industry( thanks ah Karen kasi gua advice malam semalam). Gua harap bila gua masuk industri, gua dah bersedia. Booyah!

Wednesday, May 27, 2009

Emotionally Torn Within

"Stupid, worthless, no good, god damn *inaudible* son of a bitch, retarded, big mouth, know-it-all, asshole, jerk!"

"You forgot ugly, lazy and disrespectful..."

"Shut up bitch! Who cooks me *inaudible*?!"

"What about you,daddy?"

"Fuck you."

"No,dad. WHAT ABOUT YOU?"

"FUCK YOU!"

"NO DAD!WHAT ABOUT YOU?!"

"FUCK YOU!"

- Emotionally Torn Within by Happy Days, Defeated by Life (full length 2008)



Nah, fikir sikit. Gua malas nak bebel

Lu orang rasa, apa yang gua tulis kat sini, reflect diri gua sepenuhnya ke kat alam nyata?

Kalau lu orang fikir camtu betapa gua rasa nak buktikan betapa salahnya lu orang.

p/s: Lagi satu, gua tak jilat balik 'ludah' yang gua buang. Orang takde maruah aje buat macam tu. If you know what I mean.

Tuesday, May 26, 2009

Poket berat, mesti loaded!

Gua seluk wallet gua, dengan harapan ada la not RM10 terselit celah-celah mana. Haram. Hati gua jadi sedih. Takde langsung. Semalam gua pergi lepak CM dengan Din, Asif dengan apanamasoranglagituakutakingat. Gua hanya bawak coins. Diulangi, coins! Lu bayang macam mana gua jalan sambil poket gua keluarkan bunyi berkerincing. Dah ah heavy, londeh seluar gua. Lu orang bayang camne gua duduk minum. Gua order ais kosong. Sahaja. Gua jadi depressive. Terus gua dengar Happy Days (contrary with the band name, band ni main depressive black metal yang berbicara pasal kecewa dengan hidup, cinta, dan segala yang negatif la hatta terpijak tahi ayam sekali) sepanjang gua balik. Budak-budak cakap pergi la mintak duit kat mak, eii gila ke? Malu la sial. Gua rasa cukup-cukup la tu kot.

Bottom line nya, gua nak kerja aaaaaaaaaaaaaaaaaaagh! Gua dah tak nak duduk rumah terperuk macam loser. Muahahaha~ Damn.


Dah dah gua nak pergi terrorize wall orang kat FB.

Monday, May 25, 2009

Spampampampampampam.

Gua sedang main game sambil berfacebook. Sebagai penganggur, apa lagi yang boleh gua lakukan ya dok? Gua bukak page Azim tengok status dia sudah update. Gua memang suka kacau page orang, lagi-lagi waktu camni.

Khairul Azim is a graper.1:15am


Amin Muhammad at 1:29am May 25


bukan groper eh?

Khairul Azim at 1:30am May 25

sucker.


Hafiz Henshin at 1:43am May 25

aku rasa azim typo.

yeap groper.

tits or gtfo!

Amin Muhammad at 1:44am May 25

agreed.

tits or ass,azim?make yer choice you mothertrucker.


Khairul Azim at 1:46am May 25

korg berdua mmg mempunyai otak yg suci.. aku faham~


Amin Muhammad at 1:51am May 25

eh?eh?eh?jom movie.bole grope ko dlm cinema.auwwww~


Anfaal Ridhuan at 1:52am May 25

Eww~

Amin Muhammad at 1:53am May 25

shadap la woman.lol.


Hafiz Henshin at 1:53am May 25

that is sick Amin

ko grope ur ownself taleh ke?

konye buleh tahan besar apa

(aku teringat gambar yg ko tunjuk Ayu then she goes EUWWWWWWWW *muka jijik gila*)


Amin Muhammad at 1:54am May 25

kannnn.balik mesti dia meratap kat corner.berdosa ke aku ah?

Anfaal Ridhuan at 1:55am May 25

Im not a girl,not yet a woman. ;p

Hafiz Henshin at 1:56am May 25

Amin : nangis air mata darah kot si Ayu tuh

Anfaal : lolwhut

Amin Muhammad at 1:56am May 25

careful with yer words weh.bole misleading sial.

Hafiz Henshin at 1:57am May 25

misinterpret.

haih dasar meskom.


Amin Muhammad at 1:58am May 25

sick twisted thoughts are for the mad, ya know.

patut la ayu takut2 je bila cakap ngan aku.gaaaaaaaaaaagagagaga!


Anfaal Ridhuan at 1:59am May 25

Hafiz ; amin typed 'shadap la woman.lol.'

i replyed 'Im not a girl,not yet a woman. ;p'

easy? LOL. :P

Hafiz Henshin at 2:01am May 25

Anfaal : sure whatever

Amin : Haha i bet Ayu terbayang THAT PIC setiap kali berbual ngan ko

Ko fucking disgusting sial. seriously.


Amin Muhammad at 2:02am May 25

wht can i do?im so fucking disgusting yet so fucking adorable.booyah!

wei dee ingat dah hanyut tido tadik.

Hafiz Henshin at 2:05am May 25

adorable my foot la Amin = ='

Amin Muhammad at 2:09am May 25

wow, i smell jealousy uuuuuu~

Saturday, May 23, 2009

Abandoned house on the Maktab Street

Gua keluar jalan-jalan pagi macam biasa. Gua cuma agak upset sikit bila mak gua decline permintaan gua untuk jalan-jalan sekali. Takpe, gua jalan sorang-sorang. Pagi ni ni gua guna route lain. Gua lemau dah balik-balik lalu jalan sama. Kali ni gua jalan-jalan kat area UTM City Campus. Boleh tahan jugak sunyi. I like bree bree bree! Takde apa pun kecuali gua lalu kat kawasan yang dikatakan keras (dari segi kuasa ghaib dan gangguan paranormal, bukan dari segi keteguhan bahan binaan) kat situ. Even mak gua pun cakap dia rasa semacam bila lalu kawasan tu waktu malam-malam. Nah gua letak foto sikit yang gua sempat snap tadi. Hihi.






Ni merupakan abandoned UTM hostel. Pernah di feature dalam VCD Entiti: Bukti. Sapa tengok? ala yang part Lando kena cakar tu la, siap rantai kena tarik la. Ni la tempatnya. Gua pun tak sure la sejauh mana benarnya legend yang cakap dulu ada student pregnant mati bunuh diri kat sini. Malas gua nak ambik tau.

Jadinya gua pun sambung la jalan menuju ke Jalan Semarak dan pusing balik ke rumah gua. Dah ah gua nak lepak kejap, pastu pas Zohor gua nak pergi Petrosains submit borang kerja.

Aufwiedersehen.

p/s: Gua sebenarnya tengah down pasal shirt Emperor gua dah hilang. Siol la aihhh~

Friday, May 22, 2009

Satu sebab pesal toksah pergi amik short course: Kau akan jadi twisted dan start kacau orang lain!

Kamil Ramli: mana ada org nk kt aku

Kamil Ramli: aku ni brutal sgt

Kamil Ramli: metal gilababi

deviant deity: perasan

deviant deity: padahal penakut

Kamil Ramli: aku mengaku aku takut riang2, hantu n kupu2 besar

Kamil Ramli: tp xbermakna aku xboleh jadi Perdana Menteri

Kamil Ramli: hahah

deviant deity: babi

deviant deity: twisted sial

deviant deity: ko ni menakutkan la

See?





Nah ah Kamil, lu layan ni buat hilang gila lu tuh.



After the Sto..Flood!

Gua terjaga pagi ni dengan bebelan mak gua yang bising suruh adik gua bangun pergi office. Adik gua tengah praktikal skang kat law firm mana tah. Gua jadi sikit angin lar pasal dia liat sangat nak bangun, instead gua lak yang terbangun. Pastu gua jadi angin lagi bila gua punya alarm tak jalan. Gua rasa gua dah set semalam baik punya. Gua try set balik. Gua lelap balik dan bajet bangun 10 minit kemudian. Kemudian tune Faun - Andro kedengaran. Sah, memang gua yang membuta sampai tak perasan haha! Habeh burn Subuh gua.

Gua tuka seluar dengan baju, sarung kasut, pasang earphone dan bergerak keluar. Mak gua tau dah habit gua, mesti nak keluar berjalan tengok orang pagi-pagi. Siap hulur duit lagi. Untuk beli roti lar, apa lagik. Kang nak breakfast apa lak. Sambil tu gua sauk syiling yang membukit dalam bekas syiling gua.

Lama dah rupanya gua tak keliling Keramat awal pagi. Last dulu masa December, masa gua tengah jadi mamat emo yang meratap nasib yang bangang. Heh. Pastu dah balik Shah Alam harapan lar nak buat camni. Cantik KL pagi-pagi camni. Gua start ah keliling Keramat. Sambil tu gua sms Contramen ucapkan selamat berjaya untuk interview beliau hari ni. All the best ah bro. Lu jangan sedih-sedih gua dah takde kat Shah Alam heh. Sampai kat LRT Damai gua berenti kejap. Gua usha Keramat Mall yang dah nak siap tu. Haram, dekat sebelas tahun gak la nak menunggu menda ni siap. Masa mula tu gua kecik anak lagi. Suara baru nak pecah. Skang dah nak siap. Gua stop kejap la amik foto jap. Wei Dee, lu nak tau camne rupa Keramat Mall kan?



Gelap dowh, terlindung balik matahari. Tapi majestic pe?

Building ni bersambung dengan LRT Damai
Tu dia, bukti. Siap ada logo lagi.


Besar gak sebenarnya Keramat Mall ni. Sebenarnya dia bakal jadi pasar, activity centre dan macam-macam lagi lar. Nanti mesti ada budak-budak lepak sini pastu jadi mallrat. Apa-apa je ah. Gua harap Mall ni tak end up jadi macam Pasar Keramat sekarang. Gua tak lama kat sini sebab gua nak teruskan perjalanan. Gua redah udara pagi, kereta dah start banyak dah. Sambil tu dalam kepala gua berkira-kira, apa nak jadi dengan gua nanti ah. Apa kerja yang gua dapat nanti? Dapat ke gua grad on time? Lepas tu mula ah menerawang ke menda-menda personal. Cepat sungguh fikiran melayang. Sebab tu emosi gua cepat berubah-ubah. Lol.

Kemudian gua dah nak habis round Keramat, baru gua teringat mak gua pesan beli roti. Nasib baik ada bai roti (tu eh term dia?) lalu, gua tahan dia dan beli ah roti yang mak gua suruh.

"Brapa eh?"

"RM 2.10"

"Aaa ni RM 2. Jap aa"

Gua seluk poket cari syiling. Pastu gua tiba-tiba pucat. Babi! Mana syiling tadi? Gua beli Dunhill sebatang tadi (isap rokok sambil jog,memang smart!) memang ada balance. Ni mesti terjatuh masa gua tarik keluar phone. Gua memang dah cuak. Roti tu gua tolak balik kat bai tu. Hati gua dah retak. Dah la mak gua memang kasi 2 ringgit je beli roti.

"Err duit tak cukup"

Lirih aje suara gua sambil nak blah.

"Eh takpe, takpe. Amiklah."

"Uuu really?Thanks aa weih!"

Nasib baik. Malu siol. Terus gua berlari balik rumah. Cis. Kenapa la gua terlupa roti memang dah naik harga! Tak pasal-pasal kena tanggung malu. Nasib baik bai roti tu bertimbang rasa. Kalu dia jenis kapitalis mau dia rampas roti tu dan maki-maki gua, muahaha! Sampai rumah gua bagi roti kat mak gua dan gua kena bersihkan laman pulak. Semalam kan banjir. Haram, apa ah ada diapers, tin la. Paling best papan kepala katil pun ada. Apasal takde sebungkal US dollar ke apa skali kan. Tak payah gua kerja lol! Dee cakap dengan gua suruh letak foto lepas banjir. Sebenarnya bila banjir dah surut semalam gua memang malas dah nak amik gambar. Apa ingat gua journalist ke? lol. Tapi pagi ni gua amik gak ah.




Takde apa sangat pun. Cuma tinggal lumpur. Takde ah teruk pun banjirnya. Aaa dah ah. Gua nak siap lepak KLCC pulak. Gua nak usha Petrosains nak amik tak gua kerja. Lol.

Thursday, May 21, 2009

Brughhh booom!

Gua baru balik dari AU 2. Celebrate birthday mama gua. Jarak birthday dia dengan gua tak jauh, kurang dari seminggu. Dulu selalu celebrate sekali dengan dia birthday gua. Tapi la ni gua dah tak amik port sangat nak sambut-sambut birthday ni. Dulu ye ah teruja gila. Haha. Jadinya gua dengan satu family pergi dinner dekat Mak Tim di atas recommendation gua.Tu pun sebab tadi sebelum keluar gua sibuk baca blog kegemaran gua yakni Melayu Minimalis, gua tengok dia ada cerita pasal Mak Tim. Gua teringin juga nak try tu yang gua ajak satu family pergi. Tapi hampeh ah, kecewa ah gua. Gua rasa macam biasa aje kecuali Mi Rebus dia yang sedap. Takpe, Happy Birthday mak! Gua takde ah nak beli apa ke kecuali beli kek dengan buku pasal kucing untuk dia. Lol. Tahun lepas pasal kucing tahun ni pun kucing gak!

Anyway tu bukan cerita sebenar hihi. Petang tadi gua plan nak keluar pi KLCC sementelah dah lama tak ke sana (sambil gua nak beli kek untuk mak gua). Sekali pas gua dah solat langit jadi gelap, hujan turun lebat gila aihhh. Gua dah jiwa kacau. Takpa, gua bajet mesti hujan berenti lagi setengah jam. Sekali lebih sejam hujan gua dah tak sedap hati. Mana boleh jadi, gua nak keluar jugak! Gua usha luar tingkap. Siol. Banjir ah.




Adoi, dah la tak dapat keluar, banjir pulak. Air tengah mencurah-curah tu. Gua pun panik la mencari penutup lubang kat dapur.Karang dah masuk air limbah camtu bertambah la pulak masalah. Gua cepat-cepat tutup. Air memang dah setengah lagi sampai lutut aa. Pastu gua masuk la rumah. Tapi hati tak sedap. Mana pulak kucing gua pergi?! Adoi, lu jangan la hanyut Dott! Karang satu hal la pulak nak cari lu! Arghh gua sauk payung terus pergi rumah nenek gua. Selang satu rumah aje lol. Sampai sana gua terus tanya makcik gua mana kucing gua. Nasib baik lar dia tengah sedap tido bawah katil nenek gua. Ada guna jugak jadi pemalas kucing nih lol. Gua redah balik rumah, gua call adik gua suruh dia yang belikan kek. Dah gua takleh keluar. Gila apa nak berkaki ayam pi KLCC? Banjir nih! Lol. Tu ah basically apa yang jadi tadi. Mak gua dah keluarkan arahan suruh bersihkan lumpur depan rumah menjelang esok pagi .Aaa yelah. Nasib baik tak masuk rumah. Kalau tak haihhh tak bole ah gua bayang.

An Dro

Hari ni gua dah malas nak tulis pasal kemarahan ke kekecewaan ke pelancau ke apa. Gua malas nak amik port. Lately gua rasa sini dah jadi terlalu personal dan gua tak suka tu (walaupun secara teknikalnya gua boleh tulis apa saja mengikut prinsip 'ni blog gua,sukati gua la'). Gua pun rasa cukup-cukup la tu kan. Gua pasti pihak sana pun terasa silly dengan attempt tah apa-apanya.

Hari ni gua terasa nak buat sedikit pembacaan. Gua dah spend 3,4 hari asyik tengok movie aje. Mana boleh! Dah tepu kepala. Jadi hari ni gua nak cerita pasal An Dro. Ni bukan nama model kereta baru, bukan nama pornstar, apatah lagi nama awek yang jadi crush gua ke apa. Gila apa nama orang An Dro hihi. An Dro ni adalah folk dance Breton. Tarian An Dro yang bererti The Turn ni melibatkan penari-penari yang bergerak dalam circular motion (sambil pegang tangan). Lu orang bayang aje lah cam moshing dalam moshpit. Tapi bukan yang macam floor punching ke karate kick macam budak-budak emo selalu buat tu (ada sekali budak ni bikin itu macam dekat dengan gua masa dalam gig, sial sungguh). Lu bayang yang macam budak-budak thrash metal selalu bikin tu lar. Anyway yang ni less chaotic la sebab folk dance kan kan kan. Gua tak pernah tengok macam mana. Lu orang bole pergi sini dan baca ah. Gua tatau sangat dan tu bukan point gua bercerita kat sini.

Yang gua nak cerita kat sini adalah music yang accompany dance An Dro ni. Gua sebenarnya tak tau sangat apa music yang selalu accompany dance ni. Tapi gua bajet lagu ni yang selalu ada ah, maaf gua bukan orang Europe belah sana. Gua cuma orang Melayu berhidung penyek dan berkulit sawo matang. Anyway. Lagu An Dro ni memang gua tau sejak tahun lepas lagi melalui Eluveitie, band Folk/Melodic Death Metal kegemaran gua (walaupun melo-death skang dah sangat sell out, thanks to metalcore-emo-fag-cum eating fuckheads out there lol). Tapi version Eluveitie adalah rendition An Dro yang berbentuk Folk + Melodic Death Metal, kira epic bercampur brutality(takde ah sebrutal Tech Death ke apa kann), tapi dah cukup buat gua teruja. Tapi waktu tu gua tatau yang sebenarnya An Dro ni lagu tradisional, Eluveitie sekadar amik tune dan integrate dalam music diorang (macam Butterfingers buat dalam lagu Chrome yang meletakkan tune lagu Ikan Kekek di chorus). Lagu Eluveitie sebenarnya banyak meminjam folk tune, tapi ok apa? Siapa sangka Folk bole masuk dengan Melodic Death Metal (ala Dark Tranquillity).

Ok ok cukup tu. Berbalik pada An Dro. Hari ni gua masuk ah Youtube sekadar nak check out kot-kot ada video best yang gua boleh layan. Sebelum tu gua baca pasal review album Eluveitie yang terbaru yakni Evocation 1: The Arcane Dominion. Memang jadi top dalam playlist gua lately. Jadi gua baca la details pasal album production ni, siapa yang involved, apa instruments diorang guna (gua memang particular bab-bab ni,apasal tah gua pun tatau hihi) dan macam-macam lagi. Bila sampai kat artist jemputan gua ternampak ada sorang mamat ni dari band Faun. Hek eleh apa la cam gay gila pakai nama Faun! Haha! Jadinya gua masuk Youtube ah nak check out pasal band ni sesambil masuk Wikipedia untuk gather sedikit info. Ye lar mana tau best ke apa boleh gua layan-layan. Asyik-asyik nak dengar Cattle Decapitation aje, mau lemau kepala otak ye dok? Hasil pembacaan gua, Faun main folk berunsur pagan (eh bukan folk suma memang berunsur pagan ke?). Gua memang minat band-band folk atau band yang ada unsur-unsur folk macam Eluveitie (rulesss!), Finntroll, Cruachan, Folkearth (band projek folk metal yang besar nak mampos), The Chieftains, Tenhi (melancholic folk,gila duk worship alam semulajadi lol!), Narsilion dan macam-macam lagi lah.Jadi gua boleh masukkan Faun dalam list la kiranya. Macam gua sebut tadi, lagu An Dro pernah di cover oleh Eluveitie (dengan perisa melo-death tentunya), rupanya Faun ada cover lagu ni gak tapi dalam bentuk folk dengan sedikit unsur elektronik/programming. Best gila ah. Gua tengok video live dia memang teruja lar. Dengan setting pentas yang nampak sungguh pagan (tengkorak kambing bertanduk panjang, Man mesti suka ni lol!) beserta line-up yang cun (bagpiper dan hurdy gurdy playernya adalah aweks hihi) dan costume yang nampak medieval, gua terus suka ah. Dan bila gua dengar diorang bawak An Dro gua tak hesitate dan terus gi download album diorang lol. Sini gua letak ah video performance diorang dan lu orang rate ah sendiri.






Yang ni pulak rendition An Dro dari Eluveitie. Gua ingat nak letak yang live tapi sound tak best. Gua letak album version sudah.






Gua dedicate entry ni kepada kenalan gua yang sama-sama layan folk macam gua saperti Riez, Man, Dee dan sesapa lagi ah! Apa lagik, bawak beer dan menari lah keliling unggun api!Arerererererererererere!

Wednesday, May 20, 2009

Get down!

Kamil

hi assfuck

10:17pm A

yo

10:18pm Kamil

any pornholes?

hahaha

10:18pm A

takde la bro

main mortal kombat la!

10:18pm Kamil

damn

old skool

10:19pm A

syok pe

10:35pm Kamil

ko rindu aku x?

10:35pm A

kimak gay babi

10:35pm Kamil

ko ni x caring la

10:35pm A

haha

lelaki mana caring2

dia brotherhood

10:36pm Kamil

aku rindu kt ko

10:36pm A

fuck

10:37pm Kamil

what? all i did was care

10:37pm A

haha

10:37pm Kamil

ok2

klu cm2

ko tringat kt aku x?

jawab la babi

10:38pm A

bole tahan ahh cam aku teringat kat shah alam

10:39pm Kamil

aku ni mcm sex symbol shah alam ar

kn?

10:39pm A

adoi,bole tak jgn perasan?

10:39pm Kamil

=)

x

aku kn confident orangnya

10:40pm A

gay!fuck!

10:41pm Kamil

metrosexual is not a crime

10:43pm A

yeah,but annoying.

Kamil

ok smartass

hey baby

u got girlfriend in vietnam?

me so horny

me love you long time

me sucky2

10:44pm A

hahaha!

nice one!

*based from FB chat.

*Gua dah cakap jangan pergi short course. Tengok skang apa jadi? Jadi gila isim sorang-sorang kat sana! Pastu gua lak jadi mangsa layan ayat tah apa-apa!Lol!

Closure

Sekali lagi aku terkekeh-kekeh gelak.

Eh buat apa aku nak menyesal? Aku dah menyesal dari dulu lagi. Sampai satu tahap aku sedar, pehal nak menyesal? Skang bukan masa untuk menyesal. Eh hidup aku bukan revolve around sesiapa lah (nobody in particular, sekali lagi untuk avoid sesiapa naik angin tak memasal). Well, aku tak mahu elaborate lebih-lebih, nanti jadi too personal. Kelak yang malu aku dan juga orang-orang yang terlibat. You know, reputasi kena jaga juga. Oh come on, kau tak pernah fikir pasal tu?

It's ok lah kalau mahu sangka aku hipokrit ke apa kan. Tak kisah juga kalau panggil aku guna nama agama semata-mata nak dapatkan sesuatu. Tak kisah juga lah kalau nak sangka buruk-buruk pasal aku. Tak kisah. Sebab kalau aku explain berkati-kati pun bukan kau ambil peduli. Oh come on, mana seronok kawan dengan orang macam aku. Geeks are no fun, for fuck's sake! Geek hanya layak dapat thrashing dari sport jocks atau whatever it is.

Marah ya? Marah sebab attempt kau dapat balasan yang serba hostile dari aku? Kau tau kenapa? Eh think lah. Tu lah, boleh cakap depan-depan kau tak mahu. Guna cara macam ni last-last sendiri rasa nak mengamuk. Oh well, I'm not gonna debate siapa lagi matang ke apa sebab obviously kau akan rasa kau lagi matang dan kau akan cakap aku "need a time of your own to mature by yourself". Thumbs up. Betul sangat. Haha!

Eh sebenarnya bagus juga semua ni jadi. Takdelah, takde aku cakap kau ni manusia teruk ke apa. Kita semua sama aje. Amalan je yang bezakan kita. Aku rasa kau perlu duduk dan fikirlah betul-betul. Apa kau mahu sebenarnya dalam hidup. No no aku bukan nak berceramah.

Eh eh, rilek dowh. Aku okay aje. Aku dah lepas depression period. Toksah risau lah. Jangan risau, aku boleh hiduplah. It's just another period yang membolehkan aku kenali orang-orang dan juga aku. No no, bukan aku nak buang terus kau dari hidup aku. Tapi mungkin juga. I don't know. Hidup kena move on. Plenty of new people to meet. Thousands of obstacles to face. Billions of opportunities to grab. How old am I? 23? Ah muda lagi, hidup barely bermula pun.

Think, think. Sometime in the future, kalau Tuhan ada berikan kesempatan, aku akan berjumpa kau dalam keadaaan yang berbeza. Atau ini mungkin dah takde lagi, takpe jugaklah. Eh kau percaya Tuhan jugak kan? Aku memanglah deeply hurt, tapi in time aku akan get better. It's not the end of the world. Aku masih mampu senyum. I'm doing fine.

It's laga kerbau, brother. Bukan laga pau!


Line up BLBs yang hampir lengkap. Fifi masih visible dalam foto sekalipun hanya kelihatan torso dan ke bawah. Yang tadak Paliy dan Zul Ustaz.


Menjelang paper Kak Nora BRO351, status BLBs di Facebook menunjukkan gaya yang sama:

Azim: Sorry, Kak N lambat, ada pitching kat RTM tadi. Im gonna miss her~

Paliy: Kak N, Kak N, Kak N, Kak N, Kak N.

Fifi: (sebenarnya Fifi aku tak ingat tapi rasanya lebih kurang macam Paliy gak) Kak N, Kak N, Kak N

Gua: Weih apahal semua duk puja dia ni?Wei aku nak gak ah! Kak N Kak N Kak N Kak N!

Lol, suma duk puja dia apahal? Honestly kelas dia memang best gila. Sebab tu budak-budak suka dia kot. Termasuk aku ah. Hihi.

Remember boys, gua selalu rindu lu orang ah. Gila gay sial statement haha!



For once, cuba buang rasa keanak-anakan tu, kalau kita rasa kita mampu lah.

Instead of menjadi freak out dan maniac tak tentu hala, aku cuba take it easy dengan ajak Dee teman aku borak-borak sambil tolong dia carikan lagu apa tah dia nak tadi. Tak kisah ah dia duk cerita pasal makan, aku layankan aje. Sambil-sambil tu aku duk rekomen ah dia pi dengar album ESTK baru. Padahal aku pun belum dengar. Jadinya sama-sama download. Ala lemau sial. Tak best. Aku sambung aje ah download Thyrfing. Gila aih dari diploma aku memang dig gila babi band nih.

Yeah berbalik kepada isu nak meletup dan mencarut maki-maki berkoyan-koyan kat sini. Tak perlu la kot. Aku tau apa aku buat. Aku rasa tak perlu la kot nak tunjuk perasaan kat sini. Gila rebellious. Yela, kalau ikut mau aje cakap fuck you ungrateful fucking fuck kepala bapak kau sampai 7 keturunan buncit macam whateverthenameis tapi instead aku pilih untuk gelak, dan terus gelak. Gelak sampai berbuih, or whatever you may call it. Aku lagi suka hidup sekarang. Aku dah jumpa penyebab, aku dah nampak segalanya. Jadi tadahal ah. Cuma jangan datang rapat lah. Aku tak mampu nak kawal sepenuhnya. Seumpama volatile combination yang sungguh combustible, kita simpan menda tu di tempat selamat. Eh faham ke?

Jadi apa yang menyebabkan berlaku accuse sesama sendiri? Senang saja, lack of communication. Dan pemilihan saluran yang tak betul. Menyebabkan mesej disalahtafsir. Hey, pilihan di tangan masing-masing. Either bersemuka atau main cara bacul; yakni cakap sorok-sorok and pretend nothing happened. Boleh juga macam tu, tapi akan membawa risiko salah tafsir dan mengakibatkan salah faham yang maha buruk. Kadang-kadang untuk menilai seseorang hanya dari satu segi pun tak betul juga. Macam kau menilai seseorang dari segi penulisan, mungkin kau hanya betul sekitar beberapa peratus sahaja. Atau kau menilai seseorang hanya berdasarkan dari buah mulut orang. Hanya dari sumber yang belum tentu betul, kau nilaikan terus. Silap lah tu. Lagi parah bila kau berlagak tahu semua, siap dengan ekspresi riak seolah-olah 'gua betul,lu salah, so lu bole fuck off lah'. Hik, klasik sungguh. Sejujurnya, aku ada aje jumpa orang jenis macam ni. Memang memalukan dan lucu. Aku suka prove kepada orang macam ni betapa salahnya diorang (tak ditujukan pada sesiapa in particular). But hey, kebanyakannya mana mahu mengaku salah (sekali lagi,tak ditujukan pada sesiapa in particular. Kang tak sebut ada pula tak tido malam ke apa). Fine with me, pasal aku tau aku bukannya bagus and eventually kalau bukan aku yang tegur, somebody will.Definitely. Or maybe belajar sendiri dari kesilapan, that way kau lebih menghargai apa yang terjadi (with a price lah be it maruah kau hilang, or whatever lah). Tapi bila kau dah jumpa orang yang berperangai keras kepala tahap memang tak bole terima langsung (aka tahap pukimak penuh kutu,whooops tercarut), satu-satunya cara adalah kau buat tak tahu aje. Itu kalau kau jenis malas ambik pusing lah. Kalau kau jenis thrill seeker, kau lawan api dengan api. Tak kira la camne ending dia janji kau suka. Alah, it's your call mannnnnn.

Satu lah, if you have anything to say. Kau datang dan bercakap depan-depan. Takde jatuhnya maruah buat macam tu. Unless kalau kau memang fikir macam tu, ah tu nasib kau lah. Dan untuk aku, apa jadi pun aku tetap duduk sini, sebab aku tak nak apa-apa yang buruk jadi dah. Bacul tak nak ambil risiko? Mungkinlah. Atau mungkin tidak. Atau mungkin masa belum sampai. Oh come on, perlu ke berfikir negative sentiasa? Eh maraaaaaaaaaaaaaaah?

Tuesday, May 19, 2009

May 19 2009, 23 years old 2 days.

Apa susah? Pedulikan aje lah.


















































*Satu hari sampai 3 entry?Dah ah cukup-cukup ah kot.*

Luring the cat out of its cage

"They are like cats. Treat them like cats. Because they are cats, and cats are like that."

- from a conversation with a stranger.



Haha, cam tak caya dowh!

Waktu diploma dulu, gua sangat berminat dengan bidang broadcasting, sampaikan satu tahap gua berangan nak amik Broadcasting bila degree nanti. Tapi ntah apa jadi tah apasal tiba-tiba gua apply Advertising bila masuk dgeree. Antara sebabnya gua dapat tahu ramai gila budak-budak nak apply Broadcasting, gua jadi lemau. Bukan gua takut saingan ke apa (sebab pointer gua memang melayakkan gua pilih mana-mana sequence tanpa sebarang masalah) tapi bila dah ramai gua rasa macam dah tak eksklusif. Tak rare la bai. Dengan ego yang melambung tinggi masa tu gua apply advertising, dan gua dapat. Tapi tu bukan ceritanya lah.

Ya gua memang into broadcasting masa awal pengajian diploma dulu, sekalipun gua sebenarnya camera shy (apa jenis camera termasuk cctv hihi). Gua lebih prefer kepada kerja-kerja belakang tabir, macam cameraworks (padahal tangan mengigil nak pegang kamera lol!), scriptwriting dan paling gua gemar sekali; directing. Gua buktikan yang gua capable bab directing ni bila gua menangi 2 semester berturut-turut sebagai pengarah terbaik. Yang first pengarah iklan dan yang kedua pengarah dokumentari. Gua suka berimaginasi dan cuba buat yang lain (gua rasa ayat ni syok sendiri, oh wth); contohnya masa dokumentari shooting, ada satu scene tu gua mount camera atas skuter dan buat circular motion mengelilingi subjek. Memang agak gila la sebab penunggang skuter tu macam nak patah pinggang keliling dalam bulatan dalam 12 kali. Tapi sebagai seorang yang autokratik gua suruh jugak buat.Hihi. Anyway gua memang suka lah actually tapi bila masuk degree gua tak nak amik, sebab gua rasa gua perlu amik sesuatu yang lain. Ego anak muda masa tu haha.

Dalam pembikinan.


Awards yang gua dapat. Yang depan untuk pengarah iklan terbaik dan yang belakang pengarah dokumentari terbaik.

Anyway, tu bukan point sebenar gua tulis ni haha!Memandangkan gua seorang yang camera shy memang susah nak tengok gua terhegeh-hegeh nak berada depan camera. Tapi ada ah a few exception, di mana gua bantu rakan-rakan berlakon dalam assignment diorang. Walapun most of the time gua cakap muka gua takde commercial value dan kaku (dan berbagai alasan tah apa-apa), gua tolong jugak la. Turned out okay jugak lah, takde la nampak macam extra kaku ke apa. Yang gua ingat gua berlakon untuk commercial coklat (gua jadi watak utama yang sungguh barai) dan yang kedua dalam music video di mana gua membawa watak lelaki skim cepat kaya. Siol sungguh, gua dipilih sebab dikatakan wajah gua nampak evil dan wicked. Sorry ahh yang commercial tu gua dah ilang cd dia, yang gua letak sini hanya dari music video, itupun gua screen capt dari youtube.


Haha. Kalu lu orang nak tengok hasil penuh, boleh ke sini. Videonya memang kelakar ah. Directornya memang kenalan gua jugak, duduk pun area dekat dengan rumah gua. Tapi skang dengar cerita dia dah kerja kat production house sekitar Puchong. Gua respek dengan dia sebab idea dia selalu berbeza dan aneh. Dulu gua selalu anggap dia saingan gua, haha. Takde hal ah kan Yid?

Til then, aufwiedersehen.

Monday, May 18, 2009

You dah takde kerja stalk blog I?Takde life?

Jiwa kacau ah. Gua tunggu panggilan interview untuk job. Gua dah hantar lebih kurang 10 application. Semuanya sebagai copywriter. Kawan gua tanya, lu tanak try selain dari scope advertising ke? Gua belajar advertising, jadi gua nak try dulu yang berkaitan. Penat gua belajar advertising tiba-tiba dapat lain. Bukan bermaksud gua memilih (in a way sebenarnya memang pun), tapi buat peringkat terawal ni biar gua try dulu ah kan? Pasal tu gua macam frust bila pergi career expo itu hari. Gua rasa macam advertising tak dipandang langsung. Atau mungkin gua terlalu mentah untuk memahami, hihi.

Tapi serius cakap, gua rasa eager gila babi nak kerja. So kalau ada interview datang mari, memang gua pergi. Tapi memandangkan skang takde lagi, gua harus duduk bersabar dulu. Oleh itu sekarang gua sedang mendownload bonus DVD Rip Swallow The Sun dari album Ghosts of Loss. Alang-alang kan? Semalam gua download Alexisonfire. Aaa ye la gua tau gua dah kurang metal skang. Dengar screamo la pelancau. Itu hari dengar Everlea. Takpa, janji gua tak sakit jiwa. Somehow bila gua dah melewati umur 23, gua rasa semua kenangan lama terpadam. Macam kena reformat. Tadak ah nak sakit-sakit jiwa ke apa. Tapi mungkin tu hanya perasaan saja kan.

Dah ah, gua nak tengok tv. Pastu tengok ah kalau gua bosan sangat gua pergi Ampang Point ke apa. Great Eastern Mall ke. Keramat Mall ke lol!

Aufwiedersehen.

Lu rasa lu smart?

Originally written bila gua sampai KL around pukul 10 semalam. Jadi gua italic-kan semua ah untuk indicate yang ni post yang tertunggak. Eh sapa peduli kan?

Gua baru balik dari Melaka. Hari-hari yang berlalu sebagai penganggur takde ah indah mana pun haha. Dari tengah semalam gua terima bertalu-talu ucapan selamat hari lahir dari kenalan-kenalan. Gua mampu cakap terima kasih ah pasal lu orang ingat gua lagik. Tapi gua tunggu lagi ah pie strawberry gua kannnn kannn kann? Gua rasa selari dengan umur meningkat gua perlu lebih jadi forgiving dan memahami ah. Eh, apasal bunyi semacam siak?

So pagi tadi sebelum gerak Melaka gua teman mak gua pergi Ampang Point, dia mau amik buku dari kawan dia. Gua biar dia pergi jumpa kawan dia sambil gua dengan adik gua usha buku-buku terpakai kat concourse floor. Hari ni ada plak dia buat jualan penghabisan. Gua memang tunggu sangat la. Nak beli buku baru takde duit, second hand pun jadi ah. Gua sibuk la flip sana sini tapi haram takde satu pun yang buat gua tertarik. Buku jiwang, buku self help, Bible la, suma gua tolak tepi sampai gua jumpa buku ni.


Walden Two, hasil BF Skinner. Hasil kerja beliau ni disebut-sebut dalam kelas Asian Politics yang gua attend semester itu hari, memandangkan ia berkisar pasal Utopia yang berdasarkan kawalan manusia mengikut teknologi saintifik. Tapi gua tak abes baca lagi. Takpe, gua memang mencari gak buku nih.

Pastu gua singgah Shah Alam kejap pas balik dari Melaka pasal adik gua nak buat clearance kolej. Jadi kami singgah rumah sewa gua, untuk solat Magrib.Dah tu mak gua ajak makan kat Secret Recipe, yeah celebrate birthday gua ah. Tapi gua malu ah bila adik gua start point camera kat muka gua. Tatau ah, tapi gua ada satu habit jadi malu bila amik gamba kat public and gua akan request supaya tak pakai flash. Bila orang tanya gua akan simply jawab "nanti kena sawan ah kalau kena flash", padahal gua memang tak suka flash.

Muka serabai dan selekeh. Mak gua cakap janggut gua dah macam berus kaligrafi.Hi.

*Sayang mak gua ahhh weh. Lu orang tak sayang ke mak lu orang?*

Lagi satu gua jumpa nih masa jalan-jalan kat Ampang Point,earlier that day. Hihi tak sangka ada lagu tajuk After the Storm. Nanti gua nak cari ah.



Agak-agak tak nampak, yang second tu ahh yang Craig Armstrong tuh.

Gua perasan lately gua jadi open sikit dengan reveal muka gua. Entah ah, gua rasa gua dah penat main sembunyi-sembunyi muka kot. Ah apa ada hal kannnnnnnn?

Aufwiedersehen.

*Terima kasih weh sapa-sapa yang mesej gua thru sms ke facebook ke yang wish gua happy birthday. Tak terlarat gua nak reply. Sampai jam browser gua.*

*Dee, lu bila nak lepak ngan gua lagi?Sejak dah berkasih-kasih ni takkan lupa gua wei?!Sentap ah ni macam.Hihi.*

Don't hang up.Aiiiiiiiiiiehh!

A very short post.



I spoke to a stranger tonight on the phone for almost an hour, who bear a name closely to you. I don't know what am I doing, but I guess it's just a random act.




Correction, that wasn't a stranger. She's my homie (amenda tah maksud homie aku pun tatau) back in Shah Alam heh. Yeah so whatever ah.

Saturday, May 16, 2009

Jadi, hari ni seperti gua dah janjikan kat Azim lebih kurang seminggu lepas, kami pergi career exhibition dekat PWTC. Takde la into sangat sebab gua tau scope untuk career untuk lepasan (technically belum lagi graduate ahh hehe) advertising macam gua memang susah nak jumpa job kat expo camtu tapi gua gagahkan la pergi. Mana tau rezeki terpijak ke apa kan.

Pas Subuh gua tertido balik pulak sampai pukul 9. Haram, kalut jugak gua nak bersiap-siap. Dah le gua dah lama tak pergi PWTC, mana tau siol naik LRT pi sana. Keluar toilet aje gua tengok phone gua ada misscall dari Azim. Sah dia dah sampai sana.

"Weih, pehal?"

"Kat mana ko dowh?Gerak dah?"

"Arr aku baru abes mandi haha. Ko dah sampai ke. Aku siap ni terus pergi ahh."

"Ramai gila kat sini. Belum bukak lagi dah penuh ni."

"Aaa takpe. Aku sampai kang aku call ke apa."

Siot. Dah lari planning ni. Cepat-cepat gua iron kemeja ngan print resume. Tu aaa malam semalam buleh buat pi main tangguh kerja. Terus gua sauk resume, pen ngan pendrive yang dah isi ngan soft copy resume. Gua pasang earphone kat telinga, gua pakai kasut Converse itam gua tu, gua singgah kejap kedai beli Dunhill sebatang baru gua gerak.Gua sampai PWTC dalam 10 lebih. Cepat gak sampai. Heran gua. Tapi satu ah gua nak tergelak, gua kalut mencari mana tempat exhibition tu. Gua call Azim nak tanya mana tempat tuh. Haram dia nak angkat. Gua sms pun dia tak reply. Gua dah jadi baran. Gua cari gak la akhirya jumpa gak. Gila jauh ke dalam rupanya. Orang tak payah cakap la ramai camne. Macam sardin. Pastu kena register pulak. Gua tadahal dengan tu. Gua register la pakai komputer sana. Diorang minta resume gua yang soft copy dalam pendrive tuh. Gua dengan tenang cucuk la pendrive gua. Terus gua pucat. Apasal kosong ni?Argh mana pergi resume gua wei! Terpaksa gua fill in resume kat situ jugak. Spoil betul ah.

Overall takde apa yang menarik lah. Gua pusing-pusing sampai bahu naik sengal berlaga dengan orang. Gua drop la resume gua kat 3, 4 booth. Pastu ada gak jumpa budak-budak MassComm kat situ. Pastu Fifi dengan Syuk datang dalam pukul 1 camtu. Diorang pun konon nak usha job lah. Last skali sama lemau macam gua. Kami decide ah nak lepak lunch. Daripada buang masa baik pergi makan. Hoho. Kat Nasi Ayam Keramat. Since kat Facebook ari tu dah kepoh-kepoh mintak gua belanja budak-budak BackLineboys makan kat situ, gua turutkan aje ah. Lagipun gua memang dah janji dengan diorang. Lepak dengan diorang memang kecoh ah siak. Gua memang dah lama tak gelak-gelak gila babi punya. Sempat ah on the way nak pergi kereta Azim diorang duk usha-usha phone baru gua. Henfon lama gua dah rosak. Habis jahanam button. Terus gua tukar baru.


Nokia 5130 XpressMusic. Takpa, janji puas hati. Ada mp3 player, 1GB SD card ngan apa lagi tah. Gua buta technology ah. Yang penting gua tak hadap nak bikin video 3GP atau camwhoring angle 45 degree aka Myspace angle.Walaupun Azim bahan gua sebab phone gua takleh main Facebook cam phone HTC dia, gua tak kisah.

"Phone warna biru, pondan!"

"Bapuk gila pakai phone ada sarung!"

Sial ah gua makan kutukan tadi. Gua sebenarnya tak tau apa nak tulis pasal gua penat gila ah. Kena pulak hujan tadi kannn.



Fifi, as usual nak jadi macam idola dia (Azim) dan jadi camwhore ngan phone gua.

Of pussycat and Friskies.

"Perempuan ni, macam kucing. Dan duit, macam Friskies. Kucing dan Friskies serasi bersama.Get it?"



"Wow, ain't that sounds a bit sexist? Yeah but I get the idea. I feed the cat with poisoned Friskies. Fucking wicked."




Friday, May 15, 2009

Hello future, may I come in?

"Aku takut"

"kau takut apa?"

"Aku takut nak menjalani perubahan. I'm afraid of changes. Aku tak ready nak tinggalkan student life."

"Eh? Kau jugak?"

I think that is the real reason why me and Fahim decided to stay back even examination ended almost a week ago. Kenapa? Sayang student life. Rasa attached sangat dengan buku, tho we are not that rajin pergi kelas hihi. 5 years beb, we've gone through so much changes. And petang tadi lepak minum-minum, we recalled the memories. And we smiled, and we weep how we are going to miss studying after this.

"Does that mean we are not ready to take up the challenge yet,bro?"

"Well,maybe. Or maybe not."

"I'm going for masters after this.."

"Eh tapi cakap tak nak sambung dah?"

"This November kot."

Grow up. Being an adult means you gotta face and make decisions and ready to adapt yourself into..err apa-apa saja situasi.

We rode home, and bukak yearbook diploma and gelak-gelak recalling those years. Glorious years. Recalling how naive we once was, recalling how we were eager to finish up our studies and enter the working world, but when the time comes, semua jadi takut. Ironic,isn't it? Aku pun tak berani cakap aku gila babi eager nak kerja. Aku ada juga takut-takut. Tak cuba tak tahu kan? Deep down inside, diri kami masih lagi kanak-kanak yang mahu berseronok. Mungkin lah. Walaupun mulut cakap " Ala malas siut nak pergi kelas" tapi itu mungkin bukan maksud sebenar. Aku akan rindukan semua ini. True, we shouldn't live in the past. Because is something we remember and cherish. Jadinya? Teruskan. Aku jumpa korang lagi sepuluh tahun, semoga kita semua berjaya apa yang kita mahu.

"Remember what was your nickname back in Arau?"

"Haha, abang Misai Manja!"

"Ha ah. Gross sial nama tu!"

"Ingat dulu kita selalu pergi practice brass band? And then after that kita selalu jamming kat bilik band?"

"Yeah, awesome gila kan? And makan aduh mak aii best sungguh."

"Yeah, we sure gonna miss those."

Puncak Perdana, 2005, where just got transferred from Arau. Still having the high-school kids look.

Documentary shooting, 2005. We won 9 out of 11 awards.

Puncak Perdana 2005. Preparing for a presentation. Always with the corporate look.

Melaka, documentary shooting, 2006. This time, it was an all-male group.

2006, me and Fahim in our second band together. Called The Breakfast Club (inspired from Futurama series)


2009, Shah Alam campus, final year in degree of Advertising.

2009, Lumut, adFEST. Spending our final days before final exam.


Ni entry paling lama aku tulis. Almost makan masa 5 jam. Siap keluar lepak ke McD sect 3, pastu balik sambung tulis. Heh. And sepanjang aku tulis aku ditemani lagu Lynrd Skynrd 'Free Bird'. Hey, pretty inspiring ah the lyrics. Aku letak sikit kat sini. Tak sangka sial dengar Southern rock haha.

If I leave here tomorrow

would you still remember me

For I must be travelling on now

there's too many places I gotta see

And if I stay here with you girl

things just wouldn't be the same

For I'm as free as a bird now

and this bird you cannot change, oh

and the bird you cannot change

and this bird you cannot change

Lord knows I can't change

Bye bye, baby, it's been sweet love

though this feeling I can't change

Please don't take it so badly

Cause Lord knows I'm to blame




Til then, aufwiedersehen.







Thursday, May 14, 2009

Reminiscing the old times: part 1

MassComm Night, Arau, October 2004

cameraman: ok aeehh, cakap ah nama band apa.

Syukri: We are..err.apa nama kita, super roti man?

gua: Band Laden la bodo!

the rest of the band members: *chuckles*



L-R: Amy, Fahim, Nol, Syukri,gua


Yeah, it was one of the best moment masa diploma dulu. Hihi.

Syukri: Vocal

Amy: Guitar

Fahim: Guitar / Backing Vocals

Nol: Bass

Gua: Drums

Band ni hanya bertahan satu semester, lepas tu masing-masing bawak hal sendiri. Hanya gua dengan Fahim aje bertahan sama-sama dalam satu band sampai ke degree part 3. Lama eh?

Meh meh cuci dosa kau meh meh.

I've been lazying around for the past few days, so today I should start packing my stuff up. Moving out of the house by the end of the month. Fahim and Apis had also started packing their stuff. Eh Apis dah blah dah pun lol. Yeah, so it was raining yesterday, I'm basically in the mood. Kalau panas-panas mana ada mood nak bikin kerja heh.

So I started with the book rack (sambil gua pasang album Dargaard: Rise and Fall,baru kacip.<---gua cilok term Pipiyapong haha~). Eh banyak jugak buku-buku gua. I'm not the type of buying text books. It's either pinjam from classmates, photostate or worse, tadak buku langsung. Basically gua student yang rabak. Miskin memanjang haha. But yeah, that's not the reason untuk tak study ya dok? Aite, some of the notes and books gua simpan, mana tau ada kegunaan nanti, while some I dumped into the black plastic bag. Being easily distracted, sambil tu gua tengok-tengok la notes lama. Haha kenangan beb. Dah ah malas sebenarnya gua nak cerita. Gua sempat amik a few photos tadi.

Sebahagian notes yang gua kemaskan.



Temeraire; novel yang gua suka gila baca hihi, yearbook diploma masscomm; kalau-kalau rindu zaman diploma gua selak balik tengok foto-foto dalam tu, buku self help; gua beli masa start semester itu hari tapi haram tah hapa2 tah content, baik gua semayang aje lagi tenang lol.



Exam questions. Banyak gak yang lepas-lepas punya gua simpan. Sekali gua tengok eh, rabak gak gua jawab exam. Penuh paper ngan mind map semua. Yang ni paper media law, gila antara paper yang killer gak lar. Gua amik masa 4 hari ngafal suma kes dan terms etc. Tapi tak dapat A gak haha. B+ kot.




Yang ni buat gua sengih sorang-sorang. Gua rasa yang ni Ayu tulis kot. Biasa la conteng-conteng kertas orang. Gua sayang lu orang wei walaupun gua perangai macam asshole kadang-kadang. Lu orang panggil gua diva siol (pasal gua sorang je jantan lepak ngan diorang budak2 pompuan). Sampai bila-bila gua ingat ah.



Yang on top tu academic proposal gua. Gila bai satu semester gua spend nak buat proposal aje. Reject reject reject sampai gua rasa lemau gila nak buat. Tapi syukur ah bila sampai the real academic writing semua went smoothly (although masa tu gua sedang hadapi krisis jiwa @ emotional breakdown paling lebat dalam hidup gua). Terima kasih ah Tuhan sebab kurniakan aku kekuatan nak hadapi semua nih. Dapat jugak lar A -. Eh still A gak pe?!

Well, tu aje ah kot, for now.

Tata.
Related Posts with Thumbnails